Cina Buta
cina buta” adalah istilah orang melayu. Iaitu perkahwinan yang membolehkan pasangan yang telah bercerai (ba’in kubro) atau talak tiga, dijodohkan semula dengan syarat telah berkahwin dengan orang lain, diceraikan dan telah tamat iddahnya. Pernikahannya sah dan suami yang baru tidak terikat untuk menceraikannya, iaitu boleh terus kekal sebagai suami isteri. Ia merupakan suatu kaedah syarak yang diharuskan. Bagaimanapun, jika dilakukan dalam bentuk yang “dirancang”, ia adalah haram dan bercanggah dengan syarak serta boleh membawa kesan buruk terhadap agama. Perlu diingat bahawa terdapat hadis yang menyebut bahawa perbuatan mengatur sesuatu perkahwinan dengan tujuan supaya dapat berkahwin dengan isteri yang dicerai ba’in kubro adalah dilaknat oleh Allah SWT, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لعن الله المحلل والمحلل له Maksudnya : “Allah melaknat المحلل (lelaki yang menikahi seorang wanita, dengan tujuan agar wanita tersebut dibolehkan menikah kembali dengan bekas suaminya yang telah menjatuhkan talak tiga padanya) dan والمحلل له (lelaki yang menyuruh lelaki lain untuk menikahi bekas isterinya supaya bekas isteri tersebut dibolehkan untuk ia dinikahi semula.)[1]