Domain Tosa
| Domain Kōchi (1868–1871)高知藩 Tosa Domain (1601–1868)土佐藩 | |
|---|---|
| Domain di Jepun | |
| 1601–1871 | |
Istana Kōchi di Kōchi | |
| Ibu kota | Istana Kōchi |
| Keluasan | |
| • Koordinat | 36°33′52″U 136°39′33″T / 36.564317°U 136.659228°T |
| Sejarah | |
| Kerajaan | |
| Daimyō | |
• 1601-1605 | Yamauchi Kazutoyo (pertama) |
• 1859-1871 | Yamauchi Toyonori (terakhir) |
| Era bersejarah | Zaman Edo |
• Ditubuhkan | 1601 |
| 1871 | |
| Terkandung dalam | |
| • Wilayah | Tosa |
| Hari ini sebahagian daripada | Wilayah Kōchi |
Domain Tosa (土佐藩, Tosa-han) ialah sebuah domain feudal di bawah pemerintahan Keshogunan Tokugawa pada zaman Edo di Jepun, yang menguasai seluruh Wilayah Tosa, kini dikenali sebagai Wilayah Kōchi di pulau Shikoku. Domain ini berpusat di Istana Kōchi dan sepanjang sejarahnya diperintah oleh puak Yamauchi, yang tergolong dalam tozama daimyō.
Banyak tokoh terkenal berasal dari domain ini yang memainkan peranan penting dalam peristiwa-peristiwa akhir zaman Edo, termasuk Nakahama Manjirō, Sakamoto Ryōma, Yui Mitsue, Gotō Shōjirō, Itagaki Taisuke, Nakae Chōmin dan Takechi Hanpeita.
Domain Tosa dinamakan semula sebagai Domain Kōchi (高知藩, Kōchi-han) pada awal zaman Meiji sehingga dibubarkan dengan penghapusan sistem han pada tahun 1871 dan wilayahnya menjadi Wilayah Kōchi.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada penghujung zaman Sengoku, puak Chōsokabe menguasai Wilayah Tosa dan pernah menguasai seluruh pulau Shikoku di bawah Chōsokabe Motochika (1583–1585) sebelum tewas kepada ppToyotomi Hideyoshi]]. Anak lelakinya, Chōsokabe Morichika menyokong tentera Barat pro-Toyotomi dalam Pertempuran Sekigahara (1600) dan kemudiannya kehilangan gelaran dan nyawanya. Selepas itu, Keshogunan Tokugawa melantik Yamauchi Kazutoyo, tuan Istana Kakegawa, sebagai daimyō Domain Tosadengan kokudaka nominal sebanyak 202,600 koku.[1] Kazutoyo menghadapi tentangan dari bekas pengikut Chōsokabe dan penduduk Tosa, dan terpaksa menundukkan pemberontakan dengan kekerasan.
Bekas pengikut Chōsokabe yang lebih rendah diberi jawatan samurai rendah sementara pengikut Yamauchi menguasai jawatan kanan. Kazutoyo membina Istana Kōchi sebagai pusat pentadbiran baru, dan penggantinya, Yamauchi Tadayoshi memajukan pembangunan sawah dan industri, mengekalkan kewangan domain sehingga pertengahan zaman Edo.
Bagaimanapun, dari era Horeki (1751–1764), pemberontakan dan migrasi petani melemahkan pentadbiran. Usaha reformasi oleh Yamauchi Toyochika dan Toyoteru hanya mencapai kejayaan terhad. Pada zaman Bakumatsu, Yamauchi Toyoshige melantik Yoshida Tōyō untuk menjalankan reformasi besar, tetapi Tōyō dibunuh oleh pengikut Takechi Hanpeita. Toyoshige kemudian menindas gerakan Sonnō Jōi, menyokong [[Kōbu gattai], dan akhirnya memimpin domain ke Perikatan Satchō, memainkan peranan penting dalam usaha Taisei Hokan (pengembalian kuasa kepada Maharaja Jepun, 1867).
Pada 1868, Domain Tosa dinamakan semula sebagai Domain Kōchi. Selepas pemansuhan sistem han pada 1871, menjadi Wilayah Kōchi. Puak Yamauchi dinaikkan pangkat sebagai marquis dalam sistem kazoku pada 1884.[2][3]
Pegangan
[sunting | sunting sumber]Tidak seperti kebanyakan domain dalam sistem han yang terdiri daripada beberapa wilayah terpisah dan dinilai berdasarkan kokudaka (hasil beras) melalui bancian tanah berkala dan anggaran hasil pertanian, Domain Tosa merupakan satu wilayah yang bersatu dan berterusan.[4][5] Pada akhir abad ke-16, kokudaka Wilayah Tosa di bawah puak Chōsokabe hanyalah sekitar 98,000 koku menurut bancian tanah Taikō.
Apabila puak Yamauchi mengambil alih, kokudaka rasmi Tosa ditetapkan pada 202,600 koku. Bagaimanapun, selepas Domain Tokushima memperoleh Wilayah Awaji pada 1615 dan menaikkan kokudakanya kepada 257,000 koku, Tosa menuntut penilaian semula agar setara demi mengekalkan prestij. Keshogunan Tokugawa menolak tuntutan tersebut, dan Tosa kekal dengan nilai rasmi 202,600 koku. Walau bagaimanapun, nilai ini bersifat nominal; kokudaka sebenar Domain Tosa dianggarkan sekurang-kurangnya 494,000 koku, jauh lebih tinggi daripada angka rasmi.
Wilayah Tosa meliputi banyak kampung merentasi beberapa daerah: Aki (47 kampung), Kami (30), Nagaoka (38), Tosa (23), Agawa (40), Takaoka (61) dan Hata (109). Ini menggambarkan keluasan dan potensi ekonomi domain tersebut walaupun dinilai rendah secara rasmi.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Bendera yang digunakan oleh pasukan Tosa semasa Perang Boshin.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ M. B. Jensen, The making of modern Japan, (Harvard University Press, 2002), pp. 51–52
- ↑ Nigi, Kenichi (2004). 藩と城下町の事典―国別. Tokyodo Printing. ISBN 978-4490106510.
- ↑ Papinot, E (1910). Historical and Geographic Dictionary of Japan. Tuttle (reprint) 1972.
- ↑ Mass, Jeffrey P. and William B. Hauser. (1987). The Bakufu in Japanese History, p. 150.
- ↑ Elison, George and Bardwell L. Smith (1987). Warlords, Artists, & Commoners: Japan in the Sixteenth Century, p. 18.