Josiah Hogan
Josiah Hogan | |
|---|---|
جوزيا هوجان | |
| Kelahiran | Josiah Padilla Hogan 9 Oktober 1986 |
| Warganegara | |
| Nama lain | Mohamad Musleh Hogan bin Abdullah |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pemuzik, pengacara |
| Tahun aktif | 2006–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 177 cm (5 ka 10 in) |
| Pasangan | Nurul Hidayu Noordin (k. 2013) |
| Anak-anak |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Rock |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Kegiatan berkaitan | Maddame |
Mohamad Musleh Hogan bin Abdullah (né Josiah Padilla Hogan, lahir 9 Oktober 1986) ialah seorang pelakon, penyanyi, pemuzik dan pengacara lelaki Amerika Syarikat.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2010 dan terkenal dengan peranan televisyen termasuk Bicara Hati (2010), Cinta Jangan Pergi (2013) dan Gerak Khas (2017) serta peranan filem termasuk Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014), KL Special Force (2018),[2] Wira (2019) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Selain itu, beliau juga seorang pemuzik dan bergiat aktif bersama kumpulannya, Maddame.[3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1986 di Kingsville, Texas, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Malaysia pada usia enam tahun. Beliau memeluk islam sejak usia empat tahun serta fasih bertutur bahasa Melayu, dialek pantai timur dan Inggeris.[4] Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai empat anak. Perkahiwnan pertama Josiah dengan bekas isterinya dikurniakan seorang anak, Irvine Hogan. Josiah berkahwin kali kedua dengan Noor Hidayah Nordin pada 25 Mei 2013.[5][6] Beliau dikurniakan tiga lagi anak, iaitu Ireleen Hogan, Irsa Hogan dan anak keempatnya Irmelda Hogan yang dilahirkan pada 12 Mei 2020.[7]
Pada Disember 2016, Josiah mendedahkan dalam satu temubual bahawa impiannya untuk berlakon di A.S. tidak menjadi kenyataan apabila beliau ditipu oleh sebuah studio penerbitan Hollywood.[8][9][10]
Beliau merancang ingin mencari keluarga sebelah bapanya di Mexico.[11][12]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2010, Josiah berlakon dalam drama biopik Natrah yang dibintangi oleh Juliana Evans. Beliau telah muncul dalam telefilem Disapa Izrail yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang ingin menebus kesilapan lalu. Beliau memegang watak seorang pemandu teksi yang bernama Hamdan.
Kerjaya filem Josiah bermula pada 2013 apabila Ellie Suriati menawarkan beliau berlakon dalam filem Penanggal. Ia menjadi filem sulung lakonannya dengan watak lakonannya sebagai Syed Yassin. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi, memegang watak sebagai Hudd.
Beliau memegang watak sebagai Fredo dalam filem romantik karya Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) lakonan Shaheizy Sam, Fazura dan Lisa Surihani.
Beliau juga ialah pengacara rancangan dokumentari paranormal Strange Encounters untuk siaran di Go Asean di mana beliau menjelajah ke beberapa negara Asia bagi membongkar kisah-kisah misteri dan aneh.[13]
Josiah muncul dalam filem drama sukan 2018 bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mustaqim Bahadon dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama lakonan bersama Josiah dan Mustaqim.[14][15] Tidak lama selepas itu, beliau memegang watak sebagai Bakar, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.
Josiah merupakan pelakon utama drama Mimpi Sabrina yang bersiaran di TV3, bersama Juliana Evans dan Erwin Dawson, beliau memegang watak sebagai Ridzuan. Beliau kemudian muncul dalam drama Degup Cinta di Astro Ria.[16]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Georgie Joseph (21 Februari 2018). Ramai terlupa ‘tag’ Josiah Harian Metro. Diperoleh pada 11 Jun 2018.
- ↑ Fairuz Izyana Ayub (22 Februari 2018). Josiah Hogan mahu mencuba melakonkan pelbagai watak Utusan Malaysia. Diperoleh pada 11 Jun 2018.
- ↑ Nurfarhana Mohamed (22 Februari 2018). Henti menilai luaran Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ↑ Georgie Joseph (6 September 2019). Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2019.
- ↑ Kemalia Othman (2 Jun 2013). Isteri cemburu jika tonton lakonan saya di TV mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2014.
- ↑ Ramlah Zainal (2 November 2018). Tolak watak lelaki Inggeris Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2018.
- ↑ Georgie Joseph (12 Mei 2020). Josiah Hogan dapat anak keempat Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2020.
- ↑ Mohd Izzat Mohd Khalizan (15 September 2017). Josiah Hogan ditipu sebelum ke Hollywood mStar Online. Dicapai pada 16 September 2017.
- ↑ Ramlah Zainal (27 September 2017). Josiah dedah rasa tertipu Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2017.
- ↑ Bibi Nurshuhada Ramli (17 September 2017). Actors dream shattered New Straits Times. Dicapai pada 17 September 2017.
- ↑ Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico Harian Metro (6 September 2019). Dicapai pada 8 November 2019.
- ↑ Dennis Chua (15 November 2019). "#Showbiz: Josiah Hogan on quest to find Mexican relatives". New Straits Times. Dicapai pada 25 Julai 2020.
- ↑ Strange Encounters Go Asean. Dicapai pada 10 Mei 2017.
- ↑ Ardell, Josiah enggan 'main-main' Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (9 November 2016). Dicapai pada 9 November 2016.
- ↑ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ↑ Georgie Joseph (14 Mei 2020). Intai tahap 'luar biasa' Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2020.