Lady Boss
Penampilan
| Lady Boss | |
|---|---|
| Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
| Penulis | Abdul Razak Mohaideen |
| Lakon layar | Azhari Zain |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 1.78 juta |
Lady Boss ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2005 arahan Abdul Razak Mohaideen. Filem Lady Boss diterbitkan dalam bentuk filem warna filem ini mempunyai tempoh tayangan 1 jam 13 minit.
Filem Lady Boss mula ditayangkan pada 2005 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Saiful Apek, Ning Baizura, Erra Fazira, Yusry Abdul Halim dan ramai lagi.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang Sheila, bos wanita yang garang dan angkuh namun berubah apabila Saiful dan Yusry masuk bekerja di tempat yang sama.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Saiful Apek sebagai Saiful, seorang graduan lulusan universiti yang berkali-kali tukar kerja akibat sering berlaku insiden yang melibatkannya bersama Yusry di tempat kerja. Tetap tanpa beliau sedari, beliau merupakan pewaris syarikat swasta yang dikendalikan oleh Dato Ismail.
- Ning Baizura sebagai Sheila, “Lady Boss”, anak angkat Dato Ismail yang panas baran, angkuh, sombong & bongkak. Sering menghina golongan yang dianggap tidak setaraf dengannya. Namun, beliau mula insaf setelah mengetahui siapa sebenarnya dirinya.
- Erra Fazira sebagai Salmi, setiausaha kepada Sheila. Menjalinkan hubungan cinta dengan Saiful.
- Yusry Abdul Halim sebagai Yusry, graduan universiti. Kawan baik Saiful. Menyimpan perasaan kepada Sheila meskipun Sheila sering mengherdik dan menghinanya.
- Farid Kamil sebagai Izwan, bekas teman lelaki Sheila yang berang kerana Sheila telah memalukannya ketika beliau bersama ibu bapanya masuk meminang Sheila.
- Ismail Din sebagai Dato' Ismail, ayah angkat Sheila. Pemegang amanah harta yang ditinggalkan oleh Arwah Ayah Saiful.
- Khatijah Tan sebagai Kak Jah, ibu Saiful
- M. Rajoli sebagai Haji Wahab, ayah kandung Sheila. Pengawal keselamatan di rumah Dato Ismail.
- Zamarul Hisham sebagai Farid, kawan baik Sheila yang sudah masak dengan sikap dan perangai Sheila.
- Zulkifli Zain sebagai Datuk Zikri, ayah Izwan
- Normala Omar sebagai Datin Mala, Ibu Izwan
- Piee sebagai Ayah Saiful
- Mak Jah sebagai Mak Mah
- Aziz M. Osman sebagai Ahli Lembaga Pengarah 1
- Hafizuddin Fadzil sebagai Ahli Lembaga Pengarah 2
- Nasir Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah 3
- Nazrul Andre Abdullah sebagai Ahli Lembaga Pengarah 4
- Mohammad Iqbal sebagai Ali Driver
- Kelvin Lau sebagai Penjual VCD
- Aleeza Kasim sebagai Kawan Sheila 1
- Nurul Azura Zulkefli sebagai Kawan Sheila 2
- Shahrudin Kassim sebagai Kawan Izwan
- Pierre Andre sebagai Kawan Izwan 2
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Pada 11 Januari 2009, Astro Kirana, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Lady Boss.