close
Pergi ke kandungan

Lara Aishah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lara Aishah adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 yang diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin, dibintangi Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan Dian P. Ramlee. Siri drama ini mula disiarkan bermula 29 Ogos 2016 di Slot Tiara, Astro Prima[1]

Lara Aishah
Genre
Berdasarkan daripada
La Loba terbitan TV Azteca.
Ditulis oleh
  • Bethel Flores
    (Penulis Skrip)
  • Patricia Palmer
    (Penulis Skrip)
  • Adzim Shahabuddin
    (Penyelia Skrip)
PengarahMuhamad Riza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dirgahayu" oleh Siti Nurhaliza ft. Faizal Tahir
Lagu penutup"Dirgahayu" oleh Siti Nurhaliza ft. Faizal Tahir
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod100
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zetty Adila Dato' Ramly
  • Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Mohd. Jiwa
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima & Astro Maya HD
Siaran asal29 Ogos 2016 – 13 Januari 2017
Kronologi
MengikutiRumi & Jawi
Diikuti olehPapa Ricky

Siri drama ini diadaptasi daripada telenovela Mexico, Fierce Angel atau La Loba terbitan TV Azteca.

Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (Dian P. Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin. Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fathil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran. Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.

Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar. Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. Drama Lara Aishah mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.