close
Pergi ke kandungan

Piramidion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar dekat Piramidion Amenemhat III di Dahshur. Muzium Mesir, Kaherah

Sebuah piramidion (jamak: piramidia; Jawi: ڤيراميدييون) ialah batu tukup bagi piramid Mesir atau bahagian atas sebuah obelisk.[1] Penutur bahasa Mesir Purba memanggil piramidion sebagai benbenet[2] dan mengaitkan keseluruhan piramid dengan batu benben suci.[3]

Piramidion biasanya diperbuat daripada batu kapur, batu pasir, basalt atau granit,[4][5] dan kadangkala dilapisi dengan kepingan tembaga,[6] emas atau elektrum.[3][7] Bermula dari Kerajaan Pertengahan, ia sering "diukirkan gelaran diraja dan simbol keagamaan".[3]

Piramidion terkenal

[sunting | sunting sumber]
Empat piramidion di Muzium Mesir, Kaherah

Muzium Mesir

[sunting | sunting sumber]

Empat piramidion disimpan di dewan utama Muzium Mesir di Kaherah:

Piramid Merah

[sunting | sunting sumber]
Piramidion Piramid Merah yang direstorasikan di Dashur, dipamerkan di sebelah piramidnya

Sebuah piramidion batu kapur Tura putih yang rosak teruk, dipercayai dibuat untuk Piramid Merah Sneferu di Dahshur, telah direstorasi dan dipamerkan di luar, di sebelah piramid tersebut. Namun, yang ganjilnya sudut kecondongannya lebih curam daripada piramidnya yang ia sepatutnya tutupi.

Monumen Washington

[sunting | sunting sumber]

Didirikan pada tahun 1876 di Washington D.C., Monumen Washington mempunyai sebuah piramidion aluminium yang bertulisan.

Piramid bata persendirian dengan piramidion

[sunting | sunting sumber]

Semasa Kerajaan Baru, beberapa makam bawah tanah persendirian ditandakan di permukaan oleh piramid bata kecil yang ditutupkan dengan piramidion. Empat sisi penampangnya mengandungi teks dan adegan yang berkaitan dengan pemujaan dewa matahari (sebagai perwakilan Firaun).

Adegan-adegan ini biasanya menggambarkan perjalanan matahari, terbit di satu penampang, terbenam di muka bertentangan, dan bergerak, sepanjang malam, melalui alam bawah tanah, yang diperintah oleh Osiris.

Piramidion jurutulis Mose

[sunting | sunting sumber]
Y4F31S29
Jurutulis Moses//Mes, S
dalam hieroglif Mesir

Piramidion Mose (mes, Kerajaan Baru, Dinasti ke-19, s.1250 SM, batu kapur, tinggi 53 cm) menggambarkan diri beliau memberi persembahan, dengan namanya pada dua muka yang bertentangan. Dua lagi muka memaparkan seekor babun: "Mengeriak ketika Matahari Terbit, dan Siang". (Babun juga perwakilan dewa jurutulis bagi Jurutulis, untuk dewa Thoth.)[10]

Piramidion Ptahemwia

[sunting | sunting sumber]

Piramidion Ptahemwia (Dinasti ke-19, Tempoh Ramsisiyah, s.1200 SM, batu kapur, lebar 28 cm, tinggi 42 cm) juga memaparkan adegan-adegan berkaitan dengan matahari.[8]:252 Dewa Matahari, Ra-Horakhti, dan dewa Alam Bawah Tanah, Osiris, ditunjukkan pada satu penampang.

Menghadap kedua-dua dewa, pada muka lateral yang disebelahnya, ialah Ptahemwia yang telah meninggal, berdiri dengan gaya memberi persembahan, menghadap tiga lajur hieroglif.[8]:252

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Pyramidion - Definition of Pyramidion by Merriam-Webster". Dicapai pada 18 February 2016.
  2. Ermann, Grapow, Wörterbuch der ägyptischen Sprache 1, 459.13-14
  3. 1 2 3 Toby Wilkinson, The Thames and Hudson Dictionary of Ancient Egypt, Thames & Hudson, 2005. p. 197
  4. Jánosi, Peter (1992). "Das Pyramidion der Pyramide G III-a. Bemerkungen zu den Pyramidenspitzen des Alten Reiches". Studia Aegyptiaca (dalam bahasa Jerman). 14: 301–308.
  5. Rammant-Peeters, Agnès (1983). Les pyramidions égyptiens du Nouvel Empire (dalam bahasa Perancis). Peeters Publishers. ISBN 9789070192082.
  6. Verner, Miroslav (2007). The Pyramids: The Mystery, Culture, and Science of Egypt's Great Monuments. m/s. 318.
  7. Edwards, Iorwerth Eiddon Stephen (1993) [1947]. The Pyramids of Egypt (ed. Revised). Penguin Group. m/s. 267. ISBN 9780140136340.
  8. 1 2 3 editor Regine Schulz dan Matthias Seidel (dengan 34 Penulis sumbangan), Egypt, The World of the Pharaohs, Konemann, Germany: 1998. Amenemhat III, 1842–1797 BC p. 115
  9. "Two Pyramidions of the 13th Dynasty from Ezbet Rushdi El-Kebira (Khatacna)". Annales du Service des Antiquités de l'Egypte. 52. Le Caire, Impr. de l'Institut français d'archéologie orientale. 1954. m/s. 471–479.
  10. Peck, William. Splendors of Ancient Egypt, William H. Peck, The Detroit Institute of Arts, (University Lithoprinters Inc., Ann Arbor, Mich.), c. 1997, (p. 67). (Piramidion Moses dari "Roemer and Pelizaeus Museum, Hildesheim, Germany".)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Piramidia di Wikimedia Commons