Sathiya
Sathiya | |
|---|---|
| Kelahiran | Sathia a/l Periasamy[1] 1964 (umur 61–62) |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
| Tahun aktif | 1985–kini |
| Anak-anak | 2 |
Sathia Periasamy atau nama pentasnya Sathiya (lahir 1964) merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang berketurunan India. Beliau popular menerusi watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada dekad 90an. Lakonan beliau sebagai pegawai keselamatan dalam filem Setem pada tahun 2009 pernah mendapat pujian pengkritik. Beliau popular dengan tagline "Sudah tukar ka?".
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah memenangi tiga tahun berturut-turut menerusi kategori Artis Bukan Melayu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian bermula tahun 1999 hingga 2001. Namun pada 2002, kategori itu dipintas Hans Isaac.
Sathia pertama kali terlibat untuk sebuah program komedi berbahasa Tamil di RTM berjudul Kalapadam pada 1 Februari 1985. Daripada situ laluannya mula terbentang luas apabila diundang menjadi pelawak untuk program Hiburan Minggu Ini pada 1992.
Pada tahun 1993 beliau terbabit dengan sitkom Baba & Nyonya. Ini dikuti dengan siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pada awalnya, beliau hanya menjadi watak undangan untuk satu watak kecil menggantikan tempat Accapan. Akhirnya beliau dikekalkan dan diwujudkan watak Ravi.
Impak watak Ravi dalam drama arahan Othman Hafsham itu cukup mengesankan apabila kelemahan Sathia berbahasa Melayu dengan baik mengundang satu tanda pengenalan ‘sudah tukar ka’ menjadi ingatan penonton. Terbaru, watak Vellu yang dilakonkan suami kepada Kamala Nair itu di dalam filem Setem yang ditayangkan 30 Julai lalu banyak menghidupkan perjalanan cerita filem arahan Kabir Bhatia itu[2].
Selepas Setem, Sathiya yang namanya kerap dieja di media cetak dan media elektronik sebagai Sathiya itu diundang lagi melakonkan watak Jegathesan Mani di bawah arahan Kabir lagi menerusi drama Jalan Merdeka bagi saluran Astro Warna. Disiarkan mulai 3 September lalu, Sathia bergandingan dengan Mustapha Kamal dan Chew Kin Wah.
Sathiya kemudian terbabit dalam drama Jalan Merdeka arahan Kabir Bhatia, dan bekerjasama dengannya sekali lagi untuk drama Jalan Merdeka pula. Drama Jalan Merdeka ini secara dasarnya menyokong laungan 1Malaysia yang kini sedang rancak diterapkan untuk setiap kita yang bergelar rakyat Malaysia. Drama ini mengenai tiga sekawan yang mewakili setiap bangsa di negara kita. Mereka terpisah dan berjumpa semula, lalu berkembang plot cerita yang ingin disampaikan.
Beliau mempunyai dua anak bernama Nickyneswary, dan Vickyneswaran, sudah berlakon lebih 1,000 buah drama dan 15 buah filem antaranya Yes, Tuan!, Panggilan Pulau dan Burung Besi. Selain berlakon, Sathia yang pernah menjadi pemandu bas persiaran selama enam tahun sebelum bergelar artis ini sudah mengarahkan 10 buah VCD di dalam bahasa Tamil.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun 1991 | Tajuk Naan Oru Malaysian | Watak Antagonist comedy | Catatan Filem Pertama |
|---|---|---|---|
| 1994 | Panggilan Pulau | Ceti | |
| 1996 | Yes, Tuan! | Sathia | |
| 1999 | Burung Besi | ||
| 2000 | Soal Hati | Pemandu Bas | Penampilan khas |
| 2002 | KL Menjerit | Jiran Mustaffa | |
| 2006 | Man Laksa | Arru | Pelakon undangan |
| 2007 | Orang Minyak | Kuruparan | |
| 2008 | Tumi Kato Sundor | Dina | |
| 2009 | Setem[2] | Vellu | |
| 2010 | Kapoww!! | Mamak | |
| Appalam | Prakash Vellu | ||
| Senario Asam Garam | Tam | ||
| Janin | Chetti | Penampilan khas | |
| 2011 | Kembar Siang | Mohamad Rafi | |
| Libas | Mamak | ||
| Apa Tengok-Tengok | Kumpulan Muzik | ||
| 2012 | Cinta Beruang | Tauke Sarkas | |
| 2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Subra | |
| Kecoh Hantu Raya Tok Chai[3] | |||
| 2014 | Kami Histeria | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
| Mana Mau Lari | Mekanik | ||
| 2015 | Pontianak Menangis | ||
| Cicakman 3[4] | Datuk Bandar Metrofulus | ||
| 2021 | Kenderaan Berat Ikut Kiri | ||
| Hanya Namamu Laila | Muthu | ||
| Arwah Pak Mat, Lif & AJK[5] | Prabu | ||
| Mr. Peyii | |||
| 2022 | Operasi UFO | VJ | |
| Juang | Jiran Encik Tham | ||
| Mistik 3 Logi Puaka | |||
| 2023 | Sawadikap Pei | ||
| Kau Pilih Siapa? | |||
| 2024 | Padu | Rajintiran | |
| Hantu Telur Kampung | Bomoh | ||
| TBA | Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie | Ravi | Dalam perancangan |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1985 | Kalapadam | TV2 | Drama pertama | |
| 1993 | Baba & Nyonya | |||
| 1993–2004 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu[1] | Ravi | TV3 | |
| 1995–1996 | Sambal | Dharmendra | ||
| 2009-2010 | Kapten Kit | Samy | Juga pelakon | |
| 2013 | OMG (Ohsem Music Group) The Series | |||
| 2015 | Sketso | Astro Warna | ||
| 2020 | Jaman Tori | Raja Bersiong | Awesome TV | |
| 2021 | Annyeonghaseyo Cikgu Maryam | Vijay | Astro Citra | |
| 2022 | Bukan Pi Mai Pi Mai | Savhi | Astro Ria | |
| 2023 | Projek: High Council | Ayah Prakash | Penampilan khas | |
| Jiranku Sayang | TV1 | |||
| 2024 | Yak Yak Yey! | Astro Warna |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2003 | Pelakon Popular | Dirinya sendiri | VCD | Telefilem pertama |
| Neon | Penjaga Tandas Awam | Penampilan khas | ||
| 2014 | OMG Kelaut | TV3 | ||
| 2022 | Hantu Viral | Appu | TV2 | |
| 2023 | Selendang Putih | Raju | ||
| Jangan Panjat Pagar Itu | Jaya | TV1 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2009 | Spontan (Musim 1) | Artis Jemputan | Astro Warna | Episod 2, 9 & 25 Separuh Akhir |
| 2012 | Betul ke Bohong? (Musim 1) | Episod 11 (Suku Akhir) | ||
| 2025 | Sepahtu Reunion Live 2025 | Bapa Mertua Rayyan | Astro Prima | Cameo: Episod: "Bukan Cinta Biasa" |
| Muzikal Lawak Superstar (musim 5) | Artis Jemputan | Minggu 8 (Akhir) |
Peserta
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Kumpulan |
|---|---|---|
| 2011 | Maharaja Lawak Mega 2011 | Pi Mai |
| 2012 | Super Spontan 2012 | Beruang Comel |
| Maharaja Lawak Mega 2012 | Sabon | |
| 2013 | MasterChef Selebriti Malaysia (musim ke-2) | Solo |
| Maharaja Lawak Mega 2013 (Kerusi Panas) | Glory | |
| 2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 (Kerusi Panas) | |
| 2019 | Maharaja Lawak Mega 2019 (Kerusi Panas) | SPM |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Artis Bukan Melayu Popular 1998/1999 (ABPBH)
- Pencalonan Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) - 3 kali pada tahun 1996, 1998/99 dan 2001.
Cabaran Kesihatan Sathiya Periasamy
[sunting | sunting sumber]Fasa kebelakangan dalam kehidupan pelawak veteran Sathiya Periasamy didominasi oleh siri perjuangan perubatan yang amat mencabar akibat komplikasi penyakit kronik yang dihidapinya sejak sekian lama. Sebagai seorang pesakit kencing manis (diabetes) kronik dan darah tinggi, tahap kesihatan beliau mula merosot secara drastik yang menuntut kekuatan fizikal serta mental yang luar biasa. Rentetan masalah kesihatan ini bukan sahaja mengehadkan pergerakan aktif beliau dalam dunia seni, malah memerlukan pengorbanan yang besar daripada pihak keluarga demi kelangsungan hidup beliau.
Krisis perubatan yang paling kritikal bermula sekitar pertengahan tahun 2025 apabila jangkitan kuman yang serius dikesan pada bahagian kakinya. Pada bulan Julai 2025, beliau terlebih dahulu terpaksa menjalani pembedahan awal di Hospital Ampang untuk memotong tiga jari kaki kanannya bagi menyekat penularan jangkitan. Walaupun beliau menunjukkan disiplin yang tinggi dalam menghadiri temu janji susulan dan mengambil ubat-ubatan, pemeriksaan lanjutan pada bulan September 2025 mendedahkan kehadiran bintik-bintik hitam pada tapak kaki kirinya. Hasil ujian imbasan X-ray mendapati saluran darah gagal membekalkan oksigen ke bahagian tersebut akibat gangguan saraf, sekali gus memaksa doktor melakukan pembedahan kecemasan untuk memotong kaki kirinya hingga ke paras lutut. Pembedahan tersebut disusuli dengan pembedahan kedua seminggu kemudian bagi mengeluarkan darah beku yang terbentuk di bahagian kaki yang sama.
Ujian kesihatan Sathiya tidak terhenti di situ apabila menjelang Mac 2026, keadaan beliau sekali lagi dilaporkan kritikal sehingga tidak sedarkan diri di zon kuning Hospital Ampang akibat jangkitan kuman yang merebak pantas ke dalam badan. Keadaan ini memaksa pihak pakar ortopedik menjalankan satu lagi pembedahan besar untuk memotong bahagian kaki kiri tersebut ke tahap yang lebih tinggi, iaitu di atas paras lutut. Selain isu kaki kiri, kaki kanan beliau turut mengalami masalah bengkak yang serius. Walau bagaimanapun, hasil pemantauan rapi pasukan perubatan, beliau menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang positif dan dibenarkan keluar dari hospital pada pertengahan Mac 2026 untuk meneruskan fasa pemulihan dan penjagaan rapi di kediamannya di Setapak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Amin Hazlan (10 Februari 2024). "Sathia masih berlakon, tak gemar 'menggemis' tawaran dari produksi... Di usia 60 tahun lebih suka habis masa bersama keluarga". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2024. Dicapai pada 5 Julai 2024.
- 1 2 ""Setem" membanggakan, setaraf filem komedi antarabangsa". mStar. 16 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2023. Dicapai pada 5 Julai 2024.
- ↑ Kemalia Othman (18 April 2013). "Tidak Kecewa Tonton 'Kecoh! Hantu Raya Tok Chai'". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2024. Dicapai pada 5 Julai 2024.
- ↑ Syanty Octavia Amry (30 Januari 2015). "Cicakman3 bakal menggegar". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 5 Julai 2024.
- ↑ Sudirman Mohd Tahir (10 Jun 2021). "Hiburan ketika di rumah". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2023. Dicapai pada 5 Julai 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- #SHOWBIZ: Sathiya's left leg amputated, family accepts fate
- 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' star Sathiya faces amputation amid health battle
- Keluarga reda kaki kiri Sathiya dipotong
- .com/hiburan/kaki-sathiya-dipotong-anak-dedah-hanya-dua-rakan-artis-yang-datang-menziarah-tak-tahu-diorang-tahu Kaki Sathiya Dipotong, Anak Dedah Hanya Dua Rakan Artis Yang Datang Menziarah - "Tak Tahu Diorang Tahu Ke Tak"