Tongmenghui
Tongmenghui of China 中國同盟會 | |
|---|---|
| Pemimpin/ketua | Sun Yat-sen Song Jiaoren |
| Pengasas | Sun Yat-sen, Song Jiaoren |
| Diasaskan | 20 Ogos 1905 |
| Dibubarkan | 25 Ogos 1912 |
| Penggabungan | Xingzhonghui Huaxinghui Guangfuhui |
| Didahului oleh | Revive China Society (en) Huaxinghui (en) |
| Digantikan oleh | Kuomintang |
| Ibu pejabat | Tokyo, Shanghai dan Nanjing Empayar Jepun dan Dinasti Qing |
| Keanggotaan | s. 50,000–100,000 |
| Ideologi | Nationalisme Cina Nationalisme Han Republikanisme Minsheng Sentimen anti-Qing Puak: Anarkisme Cina[1] |
| Kedudukan politik | Khemah besar |
| Warna | Biru |
| Majlis Penasihat (1909) | 5 / 200 |
| Bendera parti | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Tongmenghui | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
Tongmenghui, yang juga dikenali sebagai Liga China Bersatu, Liga Bersatu, Perikatan Revolusioner China, Perikatan China dan Perhimpunan Perikatan Bersatu, ialah sebuah perhimpunan rahsia dan gerakan pemberontakan bawah tanah yang diasaskan oleh Sun Yat-sen, Song Jiaoren, dan lain-lain di Tokyo, Jepun, pada 20 Ogos 1905.[2][3] Perhimpunan tersebut dibentuk dari penggabungan beberapa kumpulan revolusioner China pada akhir Dinasti Qing.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Era revolusi
[sunting | sunting sumber]
Tongmenghui diasaskan melalui penyatuan Xingzhonghui (Perhimpunan Kebangkitan China) yang dipimpin Sun Yat-sen, Guangfuhui (Perhimpunan Pemulihan) dan beberapa kumpulan revolusioner China lain. Beberapa anggota Tongmenghui ialah Huang Xing, Li Zongren, Zhang Binglin, Chen Tianhua, Wang Jingwei, Hu Hanmin, Tao Chengzhang, Cai Yuanpei, Li Shizeng, Zhang Renjie, dan Qiu Jin.
Pada 1906, sebuah cabang dari Tongmenghui dibentuk di Singapura, setelah kunjungan Sun disana; cabang tersebut disebut cabang Nanyang dan bertugas sebagai pejabat organisasi untuk Asia Tenggara. Anggota dari cabang tersebut termasuk Wong Hong-kui (黃康衢; Huang Kangqu),[4] Tan Chor Lam (陳楚楠; Chen Chu'nan; 1884-1971) [5] dan Teo Eng Hock (張永福; Zhang Yongfu; asalnya pengilang kasut).[6] Tan Chor Lam, Teo Eng Hock dan Chan Po-yin (陳步賢; Chen Buxian; 1883-1965) menubuhkan Chong Shing Chinese Daily Newspaper (中興日報, 中興 bermaksud kebangkitan semula China),[7] dengan keluaran pembukaan pada 20 Ogos 1907 dan pengagihan harian 1,000 salinan. Akhbar tersebut berakhir pada 1910, berikuta Revolusi Xinhai pada 1911. Bekerja dengan orang Kanton lain, Tan, Teo dan Chan membuka Kedai Buku Kai Ming (開明書報社, 開明 bermaksud kebijaksanaan terbuka) yang berkaitan dengan revolusi[8] di Singapura. Untuk revolusi tersebut, Chan Po-yin menyalurkan lebih dari 30,000 yuan untuk membantu keperluan keperluan (dari Singapura ke China) dan menyokong orang-orang yang berhijrah dari Singapura ke China untuk revolusioner.[9][10]
Dari Disember 1906 hingga April 1908, tujuh pemberontakan yang dipimpin oleh Tongmenghui telah ditewaskan oleh kerajaan Qing.[11](m/s.38) Ramai ahli Tongmenghui melarikan diri ke Asia Tenggara.[11](m/s.38)Keadaan ini menyebabkan peningkatan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli terhadap kepimpinan Tongmenghui.[11](m/s.38)
Pada 1909, ibu pejabat Nanyang Tongmenghui telah dipindahkan ke Pulau Penang. Sun Yat-Sen sendiri menetap di Pulau Pinang dari Julai hingga Disember 1910. Dalam tempoh ini, Persidangan Pulau Pinang 1910 telah diadakan untuk merancang Pemberontakan Guangzhou Kedua. Selepas itu, mesyuarat persediaan berprofil tinggi yang melibatkan penyokong Dr. Sun Yat-Sen telah diadakan di Ipoh—di vila milik Teh Lay Seng, pengerusi Tongmenghui Ipoh di Jalan Sungai Pari—bagi mengumpul dana.[12] Pemimpin-pemimpin di Ipoh ialah Teh Lay Seng, Wong I Ek, Lee Guan Swee dan Lee Hau Cheong.[13] Para pemimpin tersebut melancarkan kempen besar-besaran untuk mengumpulkan sumbangan di seluruh Semananjung Tanah Melayu. Sebanyak $47,683 dolar Selat berjaya dikumpulkan.[12] Tongmenghui juga mula sebuah akhbar bernama Kwong Wah Jit Poh, dengan keluaran pertamanya diterbitkan pada Disember 1910 dari 120, Armenian Street, Pulau Pinang.
Di Hainan, beberapa Muslim China menjadi anggota Tongmenghui.[14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Boorman (1968), m/s. 319.
- ↑ "The Manchu Qing Dynasty (1644-1911), Internal Threats". Countries Quest. Dicapai pada 26 September 2011.
- ↑ 計秋楓; 朱慶葆 (2001). 中國近代史. Volume 1. Chinese University Press. m/s. 468. ISBN 9789622019874.
|volume=has extra text (bantuan) - ↑ 尤列事略补述一. ifeng.com (dalam bahasa Cina). Phoenix New Media.
- ↑ 陈楚楠 [Chen Chu'nan]. Baidu Baike (dalam bahasa Cina). 3 Disember 2011.
- ↑ 张永福 [Zhang Yongfu]. Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu. 6 Mei 2012.
- ↑ 中兴日报 [ZTE Daily]. Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu. 8 Disember 2011.
- ↑ 张冬冬 (21 October 2011). (辛亥百年)探寻同德书报社百年坚守的"秘诀" [Xinhai Century: exploring the Tongmenhui publisher's hundred-year secret]. China News (dalam bahasa Tuionghoa). Singapore. China News Service.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ↑ Chan Chung, Rebecca; Chung, Deborah; Ng Wong, Cecilia (2012). Piloted to Serve.
- ↑ "Piloted to Serve". Facebook.
- 1 2 3 Yang, Zhiyi. Poetry, History, Memory: Wang Jingwei and China in Dark Times. Ann Arbor: The University of Michigan Press. m/s. 38. ISBN 978-0-472-05650-7.
- 1 2 Chan, Sue Meng (2013). Road to Revolution: Dr. Sun Yat Sen and His Comrades in Ipoh. Singapore. Singapore: Sun Yat Sen Nanyang Memorial Hall. m/s. 10. ISBN 9789810782092.
- ↑ Khoo & Lubis, Salma Nassution & Abdur-Razzaq (2005). Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development. Areca Books. m/s. 231. ISBN 983-42113-0-9.
- ↑ Allès, Elisabeth (September–October 2003). "Notes on some joking relationships between Hui and Han villages in Henan". China Perspectives (49).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Aktiviti Tongmenhui di AS Diarkibkan 2006-05-14 di Wayback Machine
