Ziema Din
Ziema Din | |
|---|---|
السيد وينتر | |
| Kelahiran | Rozima binti Bidin 9 Mei 1983 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2002–kini |
Karya | Filemografi |
Rozima Bidin atau lebih dikenali sebagai Ziema Din (lahir 9 Mei 1983) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem Kerja Kahwin, Hantu Kak Limah dan telefilem 16 Puasa.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ziema memulakan kerjayanya apabila beliau melakoni watak pembantu dalam siri drama Cinta Ibadah arahan Ayie Mustaffa. Drama yang ditayangkan pada 8 September 2014 ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Aishah Ilias, Raja Ilya, Hisyam Hamid dan Sherry Ibrahim. Pada tahun yang sama pula, Ziema Din berkesempatan berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Maharani. Pada 2017, Ziema turut menjayakan sebuah filem komedi romantik, Kerja Kahwin arahan wardi Jamil. Seterusnya, beliau melakoni watak pembantu dalam filem Hantu Kak Limah sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Dalam filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid, Ziema melakoni watak sebagai Kak B Vavavoom. Filem ini dibintangi oleh Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan Imuda dan ditayangkan pada 7 Mei 2020. Ia menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di televisyen tanpa ditayangkan di pawagam. Pada 2021, Ziema juga turut berlakon dalam sebuah filem arahan Azizi "Chunk" Adnan yang berjudul 10 Tips Tipu Bini.