close
Pergi ke kandungan

Zubir Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zubir Ahmad
زبير أحمد
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kedah
Menyandang jawatan
25 September 2023
TimbalanAbdul Razak Khamis
Didahului olehJuhari Bulat
Maklumat peribadi
Lahir (1963-02-24) 24 Februari 1963 (umur 63)
Pulau Lagenda, Langkawi, Kedah, Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PendidikanPMR
PekerjaanAhli Politik

Dato' Zubir bin Ahmad (lahir 24 Februari 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah pada 25 September 2023[1]. Beliau ialah Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Langkawi[2].

Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kedah 2023 menyaksikan telah berlakunya masalah dalaman Perikatan Nasional di Parlimen Langkawi. Perikatan Nasional telah mencalonkan wakil dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi kedua-dua DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Shamsilah Siru (DUN Ayer Hangat) dan Amar Pared Mahmud (DUN Kuah). Keputusan itu mendapat bantahan daripada anggota PAS di Langkawi. Ini kerana, pada pilihan raya parlimen 2022, wakil Bersatu telah dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Langkawi, iaitu Mohd Suhaimi Abdullah[3]. Sebagai tindak balas bantahan tersebut, dua orang pemimpin PAS peringkat kawasan iaitu timbalan yang dipertua PAS kawasan, Mazlan Ahmad (DUN Kuah) dan timbalan ketua pemuda PAS kawasan, Safwan Hanif Shafie (DUN Ayer Hangat) telah bertanding sebagai calon Bebas[4]. Keanggotaan kedua-dua calon Bebas ini daripada PAS telah gugur secara automatik[5]. Keputusan pilihan raya menyaksikan kedua-dua calon Bersatu menang[6]. Zubir yang merupakan yang dipertua PAS kawasan telah dilantik sebagai Yang di-Pertua DUN Kedah bagi menamatkan pertikaian dalaman yang tercetus. dan "diselesaikan dengan harmoni"[7].

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[8]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P004 Langkawi Zubir Ahmad (PAS) 5,738 25.79% Abu Bakar Taib (UMNO) 16,510 74.21% 22,844 10,772 81.64%
2018 Zubir Ahmad (PAS) 5,512 15.96% Mahathir Mohamad (PPBM) 18,954 54.90% 35,250 8,893 80.87%
Nawawi Ahmad (UMNO) 10,061 29.14%
Dewan Undangan Negeri Kedah[9]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N01 Ayer Hangat Zubir Ahmad (PAS) 5,753 45.51% Mohd Rawi Abd Hamid (UMNO) 6,888 54.49% 12,951 1,135 80.58%
2013 Zubir Ahmad (PAS) 5,855 34.40% Mohd Rawi Abd Hamid (UMNO) 11,166 65.60% 17,313 5,311 85.24%
  • Kedah
    • Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) – Dato' (2026)[10]
    • Darjah Ahli Mahkota Kedah (AMK) (2023)[11][12]
    • Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) (2009)[13]
  1. "Yang Dipertua Pas Langkawi dipilih jadi Speaker DUN Kedah". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-25.
  2. ABDULLAH, JAMLIAH (2023-09-25). "YDP Pas Langkawi dilantik Speaker DUN Kedah baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-25.
  3. "Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-24. Dicapai pada 2023-09-25.
  4. Ikhsan, M. Hifzuddin (2023-07-31). "Sanusi gagal rundingan di Langkawi, pimpinan Pas bertanding calon Bebas". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-25.
  5. NIZAM, FITRI (2023-08-01). "Dua pemimpin Pas Langkawi tanding Bebas letak jawatan, tinggalkan parti". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-25.
  6. KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Kedah". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-09-25.
  7. HASHIM, ROSLINDA (2023-09-25). "Pelantikan Speaker dari Pas tamatkan isu dalaman PN di Langkawi". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-25.
  8. "Undi.info - LANGKAWI". undi.info. Dicapai pada 2023-09-25.
  9. "Undi.info - AYER HANGAT". undi.info. Dicapai pada 2023-09-25.
  10. M Hifzuddin Ikhsan (5 Julai 2026). "Panglima ATM, Ketua Polis Negara dahului senarai penerima pingat Sultan Kedah". Berita Harian.
  11. "Carian Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". eservices.kedah.gov.my.
  12. "Setpol MB Kedah terima pingat AMK". harakahdaily.net. 21 June 2023.
  13. "SENARAI DARJAH KEHORMATAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2009" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Kedah.