close
Pergi ke kandungan

Opera (pelayar web)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Opera
PembangunOpera Software
Dikeluarkan1995[1]
Ditulis dalamC++[2]
EnjinBlink, V8
Sistem pengendalianWindows
OS X
Linux
FreeBSD
iOS
Android
BlackBerry
JenisPelayar web
LesenHak milik percuma dengan komponen sumber terbuka
Laman webwww.opera.com

Opera merupakan satu pelayar web. Versi terkini pelayar web boleh beroperasi untuk sistem pengendalian Windows, Apple OS X dan Linux, ia menggunakan susun atur Blink (enjin susun atur). Setakat Ogos 2014, versi Linux berasaskan Blink boleh digunakan untuk para pembangun.[3]

Opera juga boleh beroperasi untuk sistem operasi seperti Android, iOS, Symbian, Maemo, Bada, BlackBerry dan Windows Mobile, juga untuk peranti Java ME.[4]

Opera Software menyatakan, pengguna seluruh dunia mencapai lebih 350 juta (lebih 270 juta pengguna mudah alih) dalam bulan Disember 2013.[5] Opera terkenal dengan memulakan ciri Speed Dial, yang kemudian diikuti oleh pelayar web yang lain.[6]

Opera ditubuhkan di Oslo, Norway, yang sehingga kini kekal sebagai pangkalan utama syarikat serta menjadi sumber inspirasi bagi reka bentuk dan ciri-cirinya. Wrocław, Poland, berperanan sebagai hab pembangunan desktop, di mana semua pembangunan pelayar dijalankan dan turut menjadi pusat aktiviti sosial syarikat. Sementara itu, Linköping dan Gothenburg, Sweden, berfungsi sebagai hab pembangunan mudah alih, di mana pasukan berbakat Opera menghasilkan produk pelayaran mudah alih bertaraf tinggi. Sejak 2018, Opera disenaraikan secara awam di bursa saham NASDAQ, New York.

Pasukan Pengurusan[7]
Nama Jawatan
Song Lin Ketua Pegawai Eksekutif
Jorgen Arnesen Naib Presiden Eksekutif
Frode Jacobsen Ketua Pegawai Kewangan
Krystian Kolondra Naib Presiden Eksekutif
Aaron McParlan Ketua Peguam
Jan Standal Naib Presiden Kanan
Per Wetterdal Naib Presiden Eksekutif
  1. "Opera version history — Opera 1 series". Opera Software. 21 February 2012. Dicapai pada 16 September 2014.
  2. Lextrait, Vincent (July 2010). "The Programming Languages Beacon, v10.3". Dicapai pada 16 September 2014.
  3. "Opera 24 for Linux released on the Developer stream". 2014-06-23. Dicapai pada 2014-09-19.
  4. O'Brien, Kevin (13 April 2010). "Apple Lets Opera Browser Use Own Software on iPhone". The New York Times. Dicapai pada 16 September 2014.
  5. "Fast Facts". Opera Software. Dicapai pada 11 June 2014.
  6. Reimer, Jeremy (1 September 2009). "First look: Opera 10 faster with new features". Ars Technica. Dicapai pada 16 September 2014.
  7. "Pasukan Pengurusan".



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.