Gilbert N. Lewis
Penampilan
Gilbert N. Lewis | |
|---|---|
| Kelahiran | 25 Oktober 1875 |
| Meninggal dunia | 23 Mac 1946 (umur 70) |
| Warganegara | Amerika |
| Terkenal kerana | Ikatan kovalen Struktur Lewiss Teori ikatan valens Asid dan bes Lewis Termodinamik kimia Air berat Istilah foton Huraian pendarfosfor |
| Anugerah | Felo Persatuan Diraja[1] Anugerah Willard Gibbs (1924) Pingat Davy (1929) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Kimia fizik |
| Penasihat kedoktoran | Theodore William Richards |
| Pelajar kedoktoran | Michael Kasha Harold Urey Glenn T. Seaborg Joseph Edward Mayer |
| Pengaruh | Irving Langmuir Merle Randall |
Gilbert Newton Lewis (25 (atau 23)[2] Oktober 1875 – 23 Mac 1946) ialah seorang ahli kimia fizik Amerika. Beliau terkenal dengan penemuannya berkenaan ikatan kovalen dan konsep pasangan elektron, struktur Lewis serta penemuan-penemuan lain yang membentuk teori ikatan kimia moden. Beliau juga menyumbang kepada termodinamik kimia, fotokimia dan pemisahan isotop. Lewis dikenali melalui konsep asid dan besnya.[3] Beliau juga mengkaji kerelatifan dan fizik kuantum, dan mengemukakan istilah 'foton' untuk menghuraikan unit terkecil bagi tenaga cahaya.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Hildebrand, J. H. (1947). "Gilbert Newton Lewis. 1875-1946". Obituary Notices of Fellows of the Royal Society. 5 (15): 491–506. doi:10.1098/rsbm.1947.0014.
- ↑ Gilbert N. Lewis, American chemist William B. Jensen di Encyclopedia Britannica
- ↑ Davey, Stephen (2009). "The legacy of Lewis". Nature Chemistry. 1 (1): 19. Bibcode:2009NatCh...1...19D. doi:10.1038/nchem.149. ISSN 1755-4330.
- ↑ "December 18, 1926: Gilbert Lewis coins "photon" in letter to Nature". APS News: This Month in Physics History (dalam bahasa Inggeris). American Physical Society. December 2012. Dicapai pada 2019-08-04.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Kategori berkaitan Gilbert Newton Lewis di Wikimedia Commons