close
Pergi ke kandungan

Hameed Mytheen Kunju Basheer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hameed Basheer)
Hameed Mytheen Kunju Basheer
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Menyandang jawatan
5 April 2023
(Kerja, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan)
GabenorMohd Ali Rustam
TimbalanZahari Abd Kalil
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
Didahului olehRahmad Mariman
Kawasan pilihan rayaAyer Limau
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Ayer Limau
Menyandang jawatan
20 November 2021
Didahului olehAmirudin Yusof
(BNUMNO)
Majoriti1,085 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2021–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir (1973-02-08) 8 Februari 1973 (umur 53)
MelakaMalaysia Ayer Limau, Melaka, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanGuru
Hameed Mytheen Kunju Basheer di Facebook

Hameed bin Mytheen Kunju Basheer[1] merupakan seorang ahli politik dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Ayer Limau sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN. Di peringkat parti, beliau ialah Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Masjid Tanah. Sebelum menyertai politik, beliau merupakan guru pendidikan jasmani di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah.[2]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Hameed Mytheen telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dalam pilihan raya negeri 2021 pada 20 November 2021 dengan memenangi kerusi Ayer Limau daripada Amirudin Yusof yang juga daripada gabungan BN dan telah bersara sebagai ADUN. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab terhadap Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan oleh Ketua Menteri ke-13, Ab Rauf Yusoh pada 5 April 2023.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Melaka[3]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2021 N03 Ayer Limau Hameed Mytheen Kunju Basheer (UMNO) 3,838 51.94% Noordina Abd Latif (BERSATU) 2,753 37.25% 7,389 1,085 66.71%
Maznah Baharuddin (AMANAH) 798 10.80%
  1. "Hameed Myhteen Kunju Basheer". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2023.
  2. "Pendidikan, sukan fokus calon BN Ayer Limau". Berita Harian. 11 November 2021. Dicapai pada 7 April 2023.
  3. "N.3 AYER LIMAU". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
  4. "Senarai Penerima Pingat Pangkuan Negara Tahun 2015" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  5. "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2020" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
  6. "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.