close
Pergi ke kandungan

Kristen Wiig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kristen Wiig
Wiig pada tahun 2014
Kelahiran
Kristen Carroll Wiig

(1973-08-22) 22 Ogos 1973 (umur 52)
Pusat pendidikanUniversiti Arizona
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • penulis
  • penerbit
Tahun aktif2003–sekarang
PasanganHayes Hargrove (k. 2005; c. 2009)

Kristen Carroll Wiig (/ˈwɪɡ/; lahir Ogos 22, 1973)[1] ialah seorang pelakon, pelawak, penulis dan penerbit Amerika Syarikat dikenali dengan kerjanya dalam siri sketsa komedi NBC, Saturday Night Live (2005–12) dan filem-filem seperti Knocked Up (2007), Walk Hard: The Dewey Cox Story (2007), Paul dan Bridesmaids (kedua-duanya pada tahun 2011), Girl Most Likely (2013), The Secret Life of Walter Mitty (2013), siri filem animasi Despicable Me, The Skeleton Twins (2014) dan The Martian (2015).

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Wiig dilahirkan di Canandaigua, New York,[2] anak perempuan kepada Laurie J. (née Johnston) dan Jon J. Wiig.[3][4] Bapanya berketurunan Norway dan Ireland manakala ibunya berketurunan Inggeris dan Scotland.[5]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Wiig membuat penampilan pertama dalam SNL Musim 31 pada November 12, 2005. Beliau terselamat satu potongan bajet SNL,[6] menjadi ahli penuh barisan pelakon ketika permulaan Musim 32 pada tahun 2006 sehingga tahun 2012.

Wiig dicalonkan satu Anugerah Primetime Emmy untuk kategori Pelakon Wanita Sokongan Cemerlang dalam Siri Komedi[7] untuk kerjanya dalam Saturday Night Live (2009,[8] 2010, 2011, 2012).[9] Pada bulan Disember 2009, beliau menjadi watak utama dalam istimewa Krismas SNL Presents: A Very Gilly Christmas. Wiig berada dalam senarai Entertainment Weekly 15 Lakonan Hebat untuk pelbagai penyamaran beliau dalam Saturday Night Live[10] (Disember 2008) dan dalam senarai EW 25 Wanita Paling Kelakar di Hollywood (April 2009).[11] Bermula tahun 2011, beliau menyuarakan watak Lola Bunny dalam The Looney Tunes Show.

Lakonan terakhirnya sebagai ahli dalam Saturday Night Live adalah pada Musim 37, Episod 22, yang ditayangkan pada Mei 19, 2012.[12] Beliau kembali untuk menghoskan program itu pada Mei 11, 2013.[13] Wiig muncul dalam episod kedua The Tonight Show dari 30 Rockefeller Plaza di Bandar Raya New York (Februari 19, 2014).[14] Beliau kembali sebagai tetamu istimewa untuk muncul dalam monolog dan beberapa sketsa SNL pada Oktober 14, 2014.

Di Anugerah Grammy 2015, Wiig menyertai Maddie Ziegler untuk persembahan tarian konsert bersama-sama Sia yang menyanyikan lagunya, 'Chandelier'.[15]

Wiig membuat penampilan filem pertamanya dalam filem Krismas 2006, Unaccompanied Minors. Pada tahun beriktunya, beliau muncul dalam Knocked Up dan dalam Walk Hard. Pada tahun 2008, beliau mempunyai peranan kecil dalam beberapa filem termasuk Forgetting Sarah Marshall dan Ghost Town. Pada tahun 2009, Wiig mempunyai peranan sokongan dalam Adventureland, Extract dan Whip It, sebuah arahan sulung Drew Barrymore. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam MacGruber, Despicable Me dan Despicable Me 2 serta All Good Things. Wiig mendapat peranan utama pertamanya sebagai Ruth Buggs dalam Paul pada tahun 2011.

Kemudiannya pada tahun 2011, beliau membintangi Bridesmaids, yang ditulis olehnya bersama Annie Mumolo untuk Universal Pictures, ditayangkan pada Mei 13, 2011.[16] Filem ini mencapai kejayaan kritis dan box office, menerima dua pencalonan untuk Filem Terbaik-Muzikal atau Komedi dan Wiig sendiri dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik-Filem, Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globe ke-69. Filem ini juga menerima dua pencalonan Anugerah Akademi. Filem ini mengutip $280 juta di seluruh dunia.[17]

Pada tahun 2014, Wiig membintangi The Skeleton Twins. Pada tahun 2015, beliau membintangi Nasty Baby sebagai Polly.[18] Wiig juga membintangi Welcome to Me, sebuah drama komedi diarahkan oleh Shira Piven. Filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014.

Pada tahun 2014, berita melaporkan bahawa Wiig dan Mumolo sedang menulis sebuah komedi baru yang akan menyaksikan Wiig membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah.[19] Nama filem ini dan tarikh tayangan belum ditentukan.[20] Pada bulan Januari 2015, Wiig menjadi salah satu watak utama dalam Ghostbusters juga dibintangi Melissa McCarthy, Leslie Jones dan Kate McKinnon.[21]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Wiig berkahwin dengan pelakon, Hayes Hargrove dari tahun 2005 sehingga 2009.[22][23] Beliau adalah seorang vegetarian.[24]

Filmografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Nota
2006Unaccompanied MinorsCarole Malone
2007Knocked UpJill
2007Meet BillJane Whitman
2007The Brothers SolomonJanine
2007Walk Hard: The Dewey Cox StoryEdith Cox
2008Semi-ProBear Handler
2008Forgetting Sarah MarshallPengajar Yoga
2008Pretty BirdMandy
2008Ghost TownPakar bedah
2009AdventurelandPaulette
2009Ice Age: Dawn of the DinosaursIbu Beaver Tembam (suara)
2009Whip ItMaggie Mayhem
2009ExtractSuzie Reynolds
2010How to Train Your DragonRuffnut (suara)
2010Date NightHaley Sullivan
2010MacGruberVicki St. Elmo
2010Despicable MeMiss Hattie (suara)
2010All Good ThingsLauren Fleck
2011PaulRuth Buggs
2011BridesmaidsAnnie WalkerJuga penulis dan penerbit
2012Friends with KidsMissy
2012Revenge for Jolly!Angela
2013Girl Most LikelyImogeneJuga penerbit eksekutif
2013Despicable Me 2Agen Lucy Wilde (suara)
2013HerSexyKitten (suara)
2013The Secret Life of Walter MittyCheryl Melhoff
2013Anchorman 2: The Legend ContinuesChani[25]
2014Hateship, LoveshipJohanna Parry
2014The Skeleton Twins Maggie
2014How to Train Your Dragon 2Ruffnut (suara)
2014Welcome to MeAlice KliegJuga penerbit
2015The Diary of a Teenage GirlCharlotte
2015Nasty BabyPolly
2015The MartianAnnie Montrose
2016Zoolander No. 2Alexanya Atoz
2016Sausage PartyRoti sosej (suara)
2016GhostbustersErin Gilbert
2016MastermindsKelly

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Nota
2003The Joe Schmo ShowDr. Pat9 episod
2004I'm with HerKristyEpisod: "The Heartbreak Kid"
2004The Drew Carey ShowSandyEpisod: "House of the Rising Son-in-Law"
2005–2012Saturday Night LivePelbagai135 episod
200730 RockCandace Van der SharkEpisod: "Somebody to Love"
2009Flight of the ConchordsBrahbrahEpisod: "Love Is a Weapon of Choice"
2009–2010Bored to DeathJennifer Gladwell3 episod[26]
2010Ugly AmericansTristan (suara)Episod: "So, You Want to Be a Vampire?"
2010The Cleveland ShowMrs. Stapleton (suara)Episod: "The Curious Case of Jr. Working at The Stool"
2011–2014The Looney Tunes ShowLola Bunny (suara)25 episod
2011The SimpsonsCalliope Juniper (suara)Episod: "Flaming Moe"
2011SpongeBob SquarePantsMadame Hag Fish (suara)Episod: "The Curse of the Hex"
2012PortlandiaGathyEpisod: "Cat Nap"
2013The Simpsons Annie Crawford (suara)Episod: "Homerland"
2013Saturday Night LiveDiri sendiri (hos)Episod: "Kristen Wiig/Vampire Weekend"
2013Arrested DevelopmentLucille Bluth Muda7 episod[27]
2013Drunk HistoryPatty HearstEpisod: "San Francisco"
2014The Spoils of BabylonCynthia Morehouse6 episod
2015A Deadly AdoptionSarah BensonFilem televisyen
2015The Spoils Before DyingDelores O’Dell6 episod
2015Wet Hot American Summer: First Day of CampCourtney3 episod
  1. "Monitor". Entertainment Weekly (issue 1220/1221). August 17, 2012. m/s. 28. |issue= has extra text (bantuan)
  2. Tapak sesawang rasmi
  3. "Kristen Wiig: 'My next movie – it's going to be a Porky's prequel' " November 18, 2011, The Guardian
  4. Margaret (Johnston) Harris Obituary at MPNow.com, August 6, 2010
  5. Always the bridesmaid – Film & Cinema, Entertainment. The Independent. (Ireland) Retrieved on August 7, 2011.
  6. Village Voice article Diarkibkan 2015-04-07 di Wayback Machine
  7. "Kristen Wiig". Television Academy.
  8. Bierly, Mandi. (July 15, 2009) Emmy Awards: the 2009 nominees | EW.com Diarkibkan 2010-01-12 di Wayback Machine. Popwatch.ew.com. Retrieved on August 7, 2011.
  9. Ryan, Joal (July 8, 2010). "Emmys 2010 Comedy Acting: Matthew Morrison Leads Glee Choir". ca.eonline.com. Dicapai pada April 29, 2011.
  10. "15 Great Performances In 2008" Diarkibkan 2014-04-07 di Wayback Machine Entertainment Weekly, Photo 19 of 20,
  11. "The 25 Funniest Actresses in Hollywood" Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine. Entertainment Weekly Photo 6 of 26
  12. "Kristen Wiig gets an emotional send-off from 'SNL'". USATODAY.COM.
  13. Luippold, Ross (April 26, 2013). "Kristen Wiig To Host 'SNL' May 11 With Vampire Weekend". The Huffington Post. Dicapai pada April 26, 2013.
  14. "It's Tuesday night live! Kristen Wiig does hilarious Harry Styles impression on fellow SNL alumnus' Jimmy Fallon's Tonight Show". Daily Mail. London.
  15. Swift, Andy (2015-02-08). "Sia Enlists Kristen Wiig for 'Chandelier' Performance at 2015 Grammy Awards". tvline.com. Dicapai pada 2015-02-08.
  16. Jeremy Kay (July 21, 2009). "Mandate Pictures heads for the highway with female road movie". Screen Daily. Dicapai pada July 25, 2009.
  17. Bridesmaids at Box Office Mojo
  18. Zach Hollwedel (September 5, 2014). "First Look: Kristen Wiig In Sebastian Silva's 'Nasty Baby - The Playlist". The Playlist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-10. Dicapai pada 2016-01-01.
  19. "'Bridesmaids' Team Kristen Wiig And Annie Mumolo Set Comedy At TriStar". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2015-10-30.
  20. "Kristen Wiig to direct first film, written with 'Bridesmaids' partner". LA Times. June 11, 2014. Dicapai pada August 26, 2014.
  21. Andreeva, Nellie (October 20, 2014). "Female Ghostbusters Revealed". Dread Central. Dicapai pada October 21, 2014..
  22. Ryzik, Melena (January 4, 2009). "She's Really Shy, but That's a Secret". The New York Times. Dicapai pada April 3, 2010.
  23. "Kristen Wiig Rules Out Second Marriage". The San Francisco Chronicle. San Francisco Chronicle. June 13, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-26. Dicapai pada January 8, 2012.
  24. Tanenbaum, Sharon (July 13, 2011). "12 Influential Celebrity Vegans and Vegetarians". Everyday Health. Dicapai pada January 10, 2015.
  25. Zakarin, Jordan. "Kristen Wiig Joins 'Anchorman' Sequel". The Hollywood Reporter.
  26. The Alanon Case Diarkibkan 2012-10-08 di Wayback Machine – Yahoo! TV
  27. Chen, Joyce (February 19, 2013). "Arrested Development Season 4 Will Feature Guest Stars Seth Rogen, Kristen Wiig – Us Weekly". Usmagazine.com. Dicapai pada August 26, 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]