close
Pergi ke kandungan

October Sky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
October Sky
Poster
PengarahJoe Johnston
PenulisScreenplay:
Lewis Colick
Book:
Homer Hickam
Dihasilkan olehLarry J. Franco
Charles Gordon
Marc Sternberg
DibintangiJake Gyllenhaal
Chris Cooper
Laura Dern
SinematografiFred Murphy
Disunting olehRobert Dalva
Muzik olehMark Isham
Diedarkan olehUniversal Studios
Tarikh tayangan
19 Februari, 1999
Masa tayangan
108 min.
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

October Sky merupakan sebuah filem tahun 1999 yang diterbitkan oleh Charles Gordon, dibintangi Jake Gyllenhaal, Chris Cooper dan Laura Dern. Ia adalah kisah benar Homer Hickam.

Pada 1957 Coalwood, West Virginia, John Hickam (Chris Cooper)mempunyai impian agar kedua-dua anak lelakinya, Jim (Scott Thomas) dan Homer (Jake Gyllenhaal) akan mewarisi kerjanya di lombong arang batu pada suatu hari nanti.

Penduduk setempat berkumpul di luar rumah pada satu malam pada bulan Oktober untuk melihat satelit Soviet, Sputnik bergerak di ruang angkasa. Semenjak itu, Homer bercita-cita untuk mencipta roket yang mampu berlegar di ruang angkasa juga. Orang ramai beranggapan beliau tidak siuman terutama apabila beliau bergaul dengan Quentin (Chris Owen), rakan sekolah yang pelik dan mengetahui mengenai sains roket. Mereka berdua bersama Roy Lee (William Lee Scott) dan Odell (Chad Lindberg) memulakan penyelidikan dengan bersemangat. Dengan bantuan dan galakan oleh penduduk setempat dan guru sains mereka, Miss Riley (Laura Dern), yang mengharapkan Homer dan rakan-rakan dapat memasuki pertandingan sains, mereka berempat memulakan ujian, tetapi bermula dengan pelbagai halangan.

ActorRole
Jake GyllenhaalHomer Hickam
Chris CooperJohn Hickam
Laura DernMiss Frieda Riley
Chris OwenQuentin Wilson
William Lee ScottRoy Lee Cooke
Chad LindbergSherman O'Dell
Natalie CanerdayElsie Hickam
Randy StriplingLeon Bolden
Chris EllisJohn Turner
Elya BaskinIke Bykovskyy
O. Winston LinkRailroad engineer
Andy StahlJack Palmer

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Templat:Joe Johnston