close
Pergi ke kandungan

Sean Bean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sean Bean
Bean pada tahun 2015.
Kelahiran
Shaun Mark Bean[1]

(1959-04-17) 17 April 1959 (umur 67)
Pusat pendidikanRoyal Academy of Dramatic Art
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1983–sekarang
PasanganDebra James (k. 1981–1988)
Melanie Hill (k. 1990–1997)
Abigail Cruttenden (k. 1997–2000)
Georgina Sutcliffe (k. 2008–2010)
Anak-anak3

Shaun Mark Bean (lahir 17 April 1959), dikenali secara profesional sebagai Sean Bean, ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau membuat penampilan profesional pertama dalam produksi teater Romeo dan Juliet pada tahun 1983. Beliau mula mencapai kejayaan selepas melakonkan watak Richard Sharpe dalam siri ITV, Sharpe. Bean selepas itu menerima pengiktirafan lagi untuk lakonannya sebagai Ned Stark dalam siri HBO, Game of Thrones serta peranan dalam siri antologi, BBC, Accused dan siri ITV, Henry VIII. Peranan filemnya yang paling terkenal adalah sebagai Boromir dalam trilogi The Lord of the Rings (2001–2003).

Peranan-peranannya yang lain termasuk Alec Trevelyan dalam filem James Bond, GoldenEye (1995) dan Odysseus dalam Troy (2004) serta peranan dalam Patriot Games (1992), Ronin (1998), National Treasure (2004), North Country (2005), The Island (2005), Silent Hill (2006), Black Death (2010), Jupiter Ascending (2015) dan The Martian (2015). Sebagai seorang pelakon suara, Bean mempunyai peranan dalam permainan video, The Elder Scrolls IV: Oblivion dan drama The Canterbury Tales. Beliau telah menerima beberapa anugerah dalam kariernya dan memenangi Emmy Antarabangsa untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Beliau juga dicalonkan Anugerah BAFTA dan Anugerah Zuhal.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Bean dilahirkan di Handsworth. Beliau adalah anak lelaki kepada Rita (née Tuckwood) dan Brian Bean.[3] Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Lorraine.

Semasa tayangan perdana North Country di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2005

Bean menamatkan pengajian dari RADA pada tahun 1983, membuat penampilan lakonan profesional pertamanya pada tahun itu sebagai Tybalt dalam Romeo dan Juliet di Teater Watermill, Newbury.[3] Diantara tahun 1986 dan 1988, beliau merupakan ahli Royal Shakespeare Company, muncul dalam produksi Romeo dan Juliet, The Fair Maid of the West dan A Midsummer Night's Dream.[4][5] Beliau muncul dalam filem pertamanya, Caravaggio (1986), melakonkan watak Ranuccio Tomassoni disusuli dengan War Requiem (1988). Pada tahun 1989, beliau membintangi sebagai Dominic O'Brien dalam The Fifteen Streets.

Beliau muncul dalam produksi BBC, Clarissa dan Lady Chatterley.[6] Pada tahun 1990, Bean membintangi The Field. Juga pada tahun 1990, beliau melakonkan watak Anton dalam Windprints. Pada tahun 1996, beliau melakonkan watak Jimmy Muir dalam When Saturday Comes.[7] Walaupun filem ini tidak menerima ulasan positif, Bean dipuji untuk lakonannya.[8] Kerjanya yang berkaitan dengan bola sepak berterusan pada tahun 1998 apabila beliau menceritakan La Coupe de la Gloire, filem rasmi untuk Piala Dunia FIFA 1998.[9]

Pujian kritis Bean dalam Caravaggio dan Lady Chatterley menyumbang kepada imej beliau sebagai simbol seks, tetapi beliau lebih dikenali dengan peranannya sebagai Richard Sharpe dalam siri ITV, Sharpe. Bean melakonkan watak Richard Fenton dalam minisiri TV, Scarlett. Penampilan Hollywood pertamanya yang dikenali adalah dalam filem 1992, Patriot Games.

Dalam filem 1995, GoldenEye, Bean melakonkan watak Alec Trevelyan (MI6's 006).[10] Beliau melakonkan watak Spence dalam Ronin (1998), seorang bekas banduan dalam Essex Boys (2000) dan seorang penculik/pencuri dalam Don't Say a Word (2001). Beliau juga dikenali dengan meluas sebagai Ian Howe dalam National Treasure dan melakonkan watak saintis jahat dalam The Island (2005). Beliau juga mempunyai peranan dalam filem bebas, Far North.

Peranan Bean yang paling menonjol adalah sebagai Boromir dalam trilogi The Lord of the Rings. Beliau muncul dalam The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring, The Lord of the Rings: The Two Towers dan The Lord of the Rings: The Return of the King.

Bean juga muncul dalam Outlaw dan The Hitcher. Pada tahun 2009, beliau muncul dalam trilogi Red Riding sebagai John Dawson. Beliau juga muncul dalam Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief (2010) sebagai Zeus. Juga pada tahun itu, Bean membintangi CA$H sebagai Pyke Kubic dan Reese Kubic.

Bean membintangi musim pertama Game of Thrones sebagai Eddard Stark.[11] Pada bulan Ogos 2012, Bean muncul sebagai Simon dalam episod pembukaan musim kedua siri televisyen UK, Accused. Beliau membintangi Soldiers of Fortune dan filem 2012, Cleanskin.

Beliau muncul dalam Mirror Mirror yang ditayangkan di A.S. pada bulan Mac 2012.[12] Bean menyambung wataknya sebagai Christopher Da Silva dalam sekuel Silent Hill, Silent Hill: Revelation 3D.[13] Beliau mmebintangi drama bersiri ABC, Missing yang pertama kali ditayangkan pada awal tahun 2012.[14]

Bean membintangi siri televisyen, Legends sebagai Martin Odum.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Bean telah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Beliau berkahwin dengan Debra James pada 11 April 1981. Perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 1988. Bean berjumpa dengan pelakon, Melanie Hill di RADA dan mereka berkahwin pada 27 Februari 1990. Anak pertama pasangan ini, Lorna, dilahirkan pada bulan Oktober 1987; anak kedua mereka, Molly, dilahirkan pada bulan September 1991. Perkahwinan Bean dan Hill berakhir dengan perceraian pada bulan Ogos 1997. Semasa penggambaran Sharpe, Bean berjumpa dengan pelakon, Abigail Cruttenden dan mereka berkahwin pada 22 November 1997. Anak mereka, Evie Natasha, dilahirkan pada bulan November 1998. Bean dan Cruttenden bercerai pada Julai 2000.

Bean mula mempunyai hubungan dengan pelakon, Georgina Sutcliffe pada tahun 2006. Beliau berkahwin dengan Sutcliffe pada 19 Februari 2008. Bean dan Sutcliffe berpisah pada 6 Ogos 2010,[15][16] dan perceraian itu diselesaikan pada 21 Disember 2010.[17] Bean memulakan hubungan dengan pelakon, Ashley Moore pada tahun 2013.[18]

Filmografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Nota
1984Winter FlightPelacur
1986CaravaggioRanuccio
1988Stormy MondayBrendan
1989How to Get Ahead in AdvertisingLarry Frisk
1989The Fifteen StreetsDominic O'Brien
1989War RequiemAskar Jerman
1990WindprintsAnton
1990The FieldTadgh McCabe
1992Patriot GamesSean Miller
1994ShoppingVenning
1994Black BeautyFarmer Grey
1995GoldenEyeAlec Trevelyan / Janus
1996When Saturday ComesJimmy Muir
1997Anna KareninaVronsky
1998RoninSpence
1998AirbornDave Toombs
2000Essex BoysJason Locke
2001The Lord of the Rings: The Fellowship of the RingBoromir
2001Don't Say a WordPatrick Koster
2002The Lord of the Rings: The Two TowersBoromir
2002EquilibriumErrol Partridge
2002Tom and ThomasPaul Shepherd
2003The Lord of the Rings: The Return of the KingBoromir
2003The Big EmptyKoboi
2004National TreasureIan Howe
2004TroyOdysseus
2005North CountryKyle
2005FlightplanKapten Marcus Rich
2005The IslandDr. Merrick
2006The DarkJames
2006Silent HillChris Da Silva
2007The HitcherJohn Ryder
2007OutlawDanny Bryant
2007Far NorthLoki
2010Black DeathUlric
2010Percy Jackson & the Olympians: The Lightning ThiefZeus
2010Ca$hPyke Kubic
Reese Kubic
2011Death Race 2Markus Kane
2011Age of HeroesJones
2012CleanskinEwan
2012Soldiers of FortuneDimidov
2012Mirror MirrorRaja, Bapa Snow White
2012Silent Hill: Revelation 3DChristopher Da Silva / Harry Mason
2014Wicked BloodFrank Stinson
2015The Snow Queen: Magic of the Ice MirrorArrogSuara
2015Any DayVian
2015Jupiter AscendingStinger Apini
2015PixelsCorporal Hill
2015The MartianMitch Henderson
2016The Young MessiahSeverus

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Nota
1984The BillHorace ClarkEpisod: "Long Odds"
1984PuntersLurchFilem televisyen
1985Exploits at West PoleyScarred ManFilem televisyen
1986The Practice2 episod
1988The StorytellerThe PrinceEpisod: "The True Bride"
1988TroublesCapt. BoltonFilem televisyen
1989The Jim Henson HourPrinceEpisod: "Musicians"
1990Screen TwoVicEpisod: "Small Vones"
1990Lorna DooneCarver DooneFilem televisyen
1990WeddedManFilem televisyen
19914 PlaySmithEpisod: "In the Border Country"
1991Screen OneGabriel Lewis / Jack Morgan2 episod
1991ClarissaLovelace4 episod
1992Inspector MorseAlex BaileyEpisod: "Absolute Conviction"
1992Fool's Gold: The Story of the Brink's-Mat RobberyMicky McAvoyFilem televisyen
1992My Kingdom for a HorseSteveMinisiri
1993Sharpe's RiflesSarjan/Leftenan Richard SharpeFilem televisyen
1993Sharpe's EagleKapten Richard SharpeFilem televisyen
1993Lady ChatterleyMellorsMinisiri
1993A Woman's Guide to AdulteryPaulMinisiri
1994JacobEsauFilem televisyen
1994Sharpe's CompanyKapten Richard SharpeFilem televisyen
1994Sharpe's EnemyMajor Richard SharpeFilem televisyen
1994Sharpe's HonourMajor Richard SharpeFilem televisyen
1994ScarlettLord Richard FentonMinisiri
1995Sharpe's GoldMajor Richard SharpeFilem televisyen
1995Sharpe's BattleMajor Richard SharpeFilem televisyen
1995Sharpe's SwordMajor Richard SharpeFilem televisyen
1996Decisive WeaponsPenceritaDokumentari
1996Sharpe's RegimentMajor Richard SharpeFilem televisyen
1996Sharpe's SiegeMajor Richard SharpeFilem televisyen
1996Sharpe's MissionMajor Richard SharpeFilem televisyen
1997Sharpe's RevengeMajor Richard SharpeFilem televisyen
1997Sharpe's JusticeMajor Richard SharpeFilem televisyen
1997Sharpe's WaterlooLeftenan Kolonel Richard SharpeFilem televisyen
1998The Canterbury TalesThe Nun's PriestSuara
Episod: "Leaving London"
1999Bravo Two ZeroAndy McNabFilem televisyen
1999Extremely DangerousNiel BryneMinisiri
1999The Vicar of DibleyDiri sendiriEpisod: "Spring"
2003Henry VIIIRobert AskeFilem televisyen
2004PrideDarkSuara
Filem televisyen
2006FacelessEddie Prey
2006Sharpe's ChallengeLt Col Richard SharpeFilem televisyen
2007Once Upon a Time in IranPenceritaDokumentari[19]
2008–10CrusoeJames Crusoe5 episod
2008Sharpe's PerilLt Col Richard SharpeFilem televisyen
2009Red RidingJohn DawsonMinisiri
2010The Lost FutureAmalFilem televisyen
2011Game of ThronesEddard "Ned" Stark10 episod
2012MissingPaul Winstone8 episod
2012AccusedSimon / TracieEpisod: "Tracie's Story"
2013Family GuyPortrait GriffenSuara
Episod: "No Country Club for Old Men"
2014Robot ChickenWalder FreySuara
Episod: "Catdog on a Stick"
2014–15LegendsMartin Odum20 episod
2015The Frankenstein ChroniclesJohn Marlott6 episod
Penerbit (2015)
2016The UntamedThe StrangerSuara
26 episod

Permainan video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan
1997GoldenEye 007Alec Trevelyan
2002The Lord of the Rings: The Two TowersBoromir
2006The Elder Scrolls IV: OblivionMartin Septim
2012Lego The Lord of the RingsBoromir
2013Papa Sangre IIPencerita/Panduan
2015KholatPencerita

Video muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Artis Tajuk Peranan
2002Moby"We Are All Made of Stars"Diri sendiri
  1. "Person Details for Shaun M Bean, "England and Wales Birth Registration Index, 1837-2008" — FamilySearch.org". familysearch.org.
  2. Jack de Aguilar. "Sean Bean Triumphs at International Emmys For Transvestite Teacher in 'Accused'". Contact Music. Dicapai pada 11 December 2013.
  3. 1 2 "Sean Bean Biography". Tiscali. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 14 September 2006.
  4. Trowbridge, Simon. The Company: A Biographical Dictionary of the Royal Shakespeare Company, Oxford: Editions Albert Creed (2010) ISBN 978-0-9559830-2-3
  5. The Company: A Biographical Dictionary of the RSC: Supplementary Material
  6. "Sharpe still cuts it". London: The Times. 22 April 2006. Dicapai pada 14 September 2006.
  7. "When Saturday Comes". The New York Times.
  8. "When Saturday Comes review". Rotten Tomatoes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-13. Dicapai pada 14 September 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. "FIFA World Cup and Official FIFA Events: Programming". FIFA Films. Retrieved 28 January 2013
  10. "Sean Bean on 'great honour' of playing a James Bond villain". Digital Spy. 30 October 2012. Dicapai pada 17 August 2013.
  11. 'Game Of Thrones' Star Sean Bean On Playing 'A Good Man For A Change' MTV Retrieved 20 April 2011
  12. fairiesfly (30 March 2012). "Mirror Mirror (2012)". IMDb.
  13. "Sean Bean Back For Silent Hill Sequel". Empire Online. Dicapai pada 17 March 2011.
  14. spyrosmet. "Missing (TV Series 2012)". IMDb.
  15. "Sean Bean To Divorce". National Ledger. 7 August 2010. Dicapai pada 9 August 2010.
  16. "Sean Bean splits from fourth wife after two years of marriage" (reprint). London: Daily Mail. 6 August 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  17. "'LOTR' star divorces for a fourth time". Canoe Inc. 22 December 2010. Dicapai pada 13 April 2011.
  18. Strang, Fay (21 November 2013). "It's Bean a good night! Sean leaves club arm-in-arm with new girlfriend Ashley". dailymail.co.uk. London. Dicapai pada 21 November 2013.
  19. "Radio and TV Narration". compleatseanbean.com.

Bacaan lanjutan

[sunting | sunting sumber]
  • Trowbridge, Simon: The Company: A Biographical Dictionary of the Royal Shakespeare Company, Oxford: Editions Albert Creed (2010) ISBN 978-0-9559830-2-3

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]