Perabad
Perabad atau sentenarian (bahasa Inggeris: centenarian, lit. 'warga abad') ialah mana-mana orang yang telah mencapai umur 100 tahun. Oleh kerana jangka hayat sewaktu lahir di seluruh dunia adalah jauh di bawah umur 100 tahun, istilah ini selalu dikaitkan dengan umur panjang. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa terdapat 316,600 orang perabad yang hidup di seluruh dunia pada tahun 2012,[1] dan 573,000 orang pada tahun 2020, hampir empat kali ganda berbanding anggaran tahun 2000 yang sebanyak 151,000 orang.[2]
Memandangkan populasi dunia dan jangka hayat terus meningkat, jumlah populasi perabad dijangka meningkat dengan ketara pada abad ke-21.[3] Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan di United Kingdom, satu per tiga daripada bayi yang dilahirkan di negara itu pada tahun 2013 dijangka hidup sehingga umur 100 tahun.[4]
Menurut tinjauan demografi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1998, Jepun dijangka mempunyai 272,000 orang perabad menjelang tahun 2050;[5] terdapat sumber lain pula mencadangkan bahawa jumlah itu mungkin lebih dekat dengan 1 juta orang.[6] Insiden perabad di Jepun adalah satu bagi setiap 3,522 orang pada tahun 2008.[7]
Di negara Jepun, populasi perabad sangat terpencong kepada wanita. Jepun pada tahun fiskal 2016 mempunyai 57,525 orang perabad yang berjantina perempuan berbanding 8,167 orang perabad yang berjantina lelaki, membentuk nisbah 7:1. Kadar peningkatan bilangan perabad pula adalah lebih terpencong pada nisbah 11.6:1.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Chapter 1: Setting the Scene" (PDF). UNFPA. 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 June 2013. Dicapai pada 11 January 2013.
- ↑ "World Population Prospects – Population Division – United Nations". population.un.org. Dicapai pada 19 February 2020.
- ↑ "Life expectancy to soar". BBC News. 9 May 2002.
- ↑ "[Archived Content] One third of babies born in 2013 are expected to live to 100". ONS. 11 December 2013. Dicapai pada 1 May 2016.
- ↑ "Demographics of older persons". UN. 1 October 1998. Dicapai pada 4 November 2010.
- ↑ "Japan centenarians at record high". BBC News. 12 September 2008. Dicapai pada 4 November 2010.
- ↑ De plus en plus de centenaires au Japon (PDF) Diarkibkan 27 September 2011 di Wayback Machine. Agence France Presse via Avmaroc.com. 12 September 2008. Retrieved 24 February 2013.
- ↑ "Aging Japan now has 65692 centenarians". The Japan Times. 13 September 2013. Dicapai pada 22 April 2017.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Koch, Tina; Kralik, Debbie; Power, Charmaine (2005). 100 Years Old: 24 Australian Centenarians Tell Their Stories. Camberwell, Vic: Viking. ISBN 0-670-02872-X.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kajian Perabad New England
- Kajian Perabad Okinawa
- Kematian Perabad melalui Universiti Princeton (diarkibkan 16 Februari 2006)
- Ahli politik AS yang hidup paling lama melalui Perkuburan Politik (diarkibkan 11 Januari 2009)
- "Nonagenarians" dan Perabad Terkenal melalui Genarians.com
- Penyelidikan dan perayaan perabad melalui AdlerCentenarians.org
- Living Beyond 100 melalui International Longevity Centre UK (diarkibkan 16 Jun 2017)
- Jadual bilangan perabad untuk negara terpilih, 1960 dan 1990 melalui Demogr.mpg.de
- Laman web Centenarians' Road Project (diarkibkan 24 Jun 2007)
- Orang Tertua di Britain