close
Pergi ke kandungan

Sertralin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sertralin
Data klinikal
Sebutan/ˈsərtrəˌln/
Nama dagangZoloft dan lain-lain[1]
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa697048
Data lesen
Kategori
kehamilan
Liabiliti
ketagihan
Tiada[3]
Kaedah
pemberian
Mulut (tablet dan larutan)
Kelas ubatPerencat serapan semula serotonin terpilih
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • UK: POM (Preskripsi sahaja)
  • AS: Rx sahaja
  • Rx sahaja
Data farmakokinetik
Bioketersediaan44%
Pengikatan protein98.5%
MetabolismeHati (penyahmetilan N, kebanyakannya oleh CYP2B6)[4]
MetabolitNorsertralin
Penyingkiran separuh hayat~23–26 jam (66 jam [metabolit kurang aktif[5], norsertralin])[6][7][8][9]
PerkumuhanBuah pinggang
Pengecam
  • (1S,4S)-4-(3,4-Diklorofenil)-N-metil-1,2,3,4-tetrahidronaftalen-1-amina
CompTox Dashboard (EPA)
Data kimia dan fizikal
FormulaC17H17Cl2N
Jisim molar306.23 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • ClC1=CC=C([C@H]2C3=C([C@H](CC2)NC)C=CC=C3)C=C1Cl
  • InChI=1S/C17H17Cl2N/c1-20-17-9-7-12(13-4-2-3-5-14(13)17)11-6-8-15(18)16(19)10-11/h2-6,8,10,12,17,20H,7,9H2,1H3/t12-,17-/m0/s1 ☑Y
  • Key:VGKDLMBJGBXTGI-SJCJKPOMSA-N ☑Y
  (verify)

Sertralin, yang dijual di bawah jenama seperti Zoloft, merupakan ubat antimurung kelas perencat penyerapan semula serotonin terpilih (SSRI).[10] Ia digunakan untuk merawat kecelaruan kemurungan major, kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan panik, kecelaruan tekanan pascatrauma, penyakit senggugut teruk dan kecelaruan keresahan sosial.[10] Sertralin diberikan secara oral, iaitu melalui mulut.[10]

Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, disfungsi seksual dan masalah tidur.[10] Kesan sampingan yang serius antaranya ialah peningkatan risiko bunuh diri pada golongan yang di bawah umur 25 tahun dan sindrom serotonin.[10] Keselamatan menggunanya semasa mengandung atau menyusu adalah tidak jelas.[11] Ia tidak boleh digunakan bersama dengan ubat perencat monoamina oksidase.[10] Sertralin dipercayai berfungsi dengan meningkatkan kesan serotonin dalam otak.[10]

Sertralin telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1991 dan pada mulanya dijual oleh Pfizer.[10] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai alternatif kepada fluoksetin.[12] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[10] Di Amerika Syarikat, kos borong adalah kira-kira AS$1.50 sebulan pada tahun 2018.[13] Pada tahun 2016, ia merupakan ubat psikiatri yang paling biasa dipreskripsikan di Amerika Syarikat,[14] dengan lebih daripada 37 juta preskripsi.[15] Pada tahun 2017, ia ubat ke-14 yang paling kerap dipreskripsikan di Amerika Syarikat dengan lebih daripada 38 juta preskripsi.[16][15]

  1. "Sertraline". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2015. Dicapai pada 11 May 2015.
  2. "Sertraline (Zoloft) Use During Pregnancy". Drugs.com. 4 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
  3. Hubbard, John R.; Martin, Peter R. (2001). Substance Abuse in the Mentally and Physically Disabled. CRC Press. m/s. 26. ISBN 9780824744977. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2020. Dicapai pada 8 August 2020.
  4. Obach, R. Scott; Cox, Loretta M.; Tremaine, Larry M. (2005-02). "Sertraline is metabolized by multiple cytochrome P450 enzymes, monoamine oxidases, and glucuronyl transferases in human: an in vitro study". Drug Metabolism and Disposition: The Biological Fate of Chemicals. 33 (2): 262–270. doi:10.1124/dmd.104.002428. ISSN 0090-9556. PMID 15547048. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. Sertraline FDA Label Wayback Machine di Wayback Machine (diarkibkan 30 Oktober 2020) Last updated May 2014
  6. Brunton L, Chabner B, Knollman B. (2010) Goodman and Gilman’s The Pharmacological Basis of Therapeutics, Twelfth Edition. McGraw Hill Professional. ISBN 9780071769396
  7. Obach RS, Walsky RL, Venkatakrishnan K, Gaman EA, Houston JB, Tremaine LM (January 2006). "The utility of in vitro cytochrome P450 inhibition data in the prediction of drug-drug interactions". The Journal of Pharmacology and Experimental Therapeutics. 316 (1): 336–48. doi:10.1124/jpet.105.093229. PMID 16192315. S2CID 12975686.
  8. DeVane CL, Liston HL, Markowitz JS (2002). "Clinical pharmacokinetics of sertraline". Clinical Pharmacokinetics. 41 (15): 1247–66. doi:10.2165/00003088-200241150-00002. PMID 12452737. S2CID 28720641.
  9. DeVane CL, Donovan JL, Liston HL, Markowitz JS, Cheng KT, Risch SC, Willard L (February 2004). "Comparative CYP3A4 inhibitory effects of venlafaxine, fluoxetine, sertraline, and nefazodone in healthy volunteers". Journal of Clinical Psychopharmacology. 24 (1): 4–10. doi:10.1097/01.jcp.0000104908.75206.26. PMID 14709940. S2CID 25826168.
  10. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 "Sertraline Hydrochloride". Drugs.com. The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2019. Dicapai pada 8 Januari 2018.
  11. "Sertraline (Zoloft) Use During Pregnancy". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2020. Dicapai pada 7 January 2018.
  12. World Health Organization (2023). The selection and use of essential medicines 2023: web annex A: World Health Organization model list of essential medicines: 23rd list (2023). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/371090. WHO/MHP/HPS/EML/2023.02.
  13. "NADAC as of 2018-01-03". Centers for Medicare and Medicaid Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2019. Dicapai pada 7 January 2018.
  14. Grohol, John M. (12 October 2017). "Top 25 Psychiatric Medications for 2016". Psych Central. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2020. Dicapai pada October 22, 2018.
  15. 1 2 "Sertraline Hydrochloride - Drug Usage Statistics". ClinCalc. 23 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  16. "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 11 April 2020.