Trufel

Trufel (bahasa Inggeris: truffle) ialah sporokarpa bagi banyak spesies kulat askus genus Tuber yang tumbuh di bawah tanah. Banyak jenis kulat lain diklasifikasikan sebagai trufel termasuk Geopora, Peziza, Choiromyces, Leucangium dan lebih dari seratus genus yang lain;[1] genus-genus ini tergolong dalam kelas Pezizomycetes dan ordo Pezizales. Kulat ini tumbuh rapat dengan akar pokok perumah dan sporanya disebarkan melalui haiwan-haiwan yang memakannya.[2]
Kulat ini mempunyai peranan ekologi yang penting dalam kitaran nutrien dan daya tahan kemarau. Ia juga bermanfaat kepada manusia sebagai suatu bahan makanan yang mengeluarkan perisa dalam masakan tertentu yang mampu mencapai harga mahal.
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Miselium truffel membentuk hubungan simbiotik dengan beberapa spesies pokok melalui penempelan termasuk pada akar pokok bic, birch, hazel, hornbeam, oak, pain, dan poplar.[3] Kulat ektomikorizom mutualistik seperti trufel memberikan nutrien berharga kepada tumbuhan sebagai ganti karbohidrat,[4] bahkan kulat jenis ini tidak mempunyai keupayaan untuk bertahan hidup di dalam tanah tanpa perumah seperti trufel.[5]
Spesies trufel tertentu seperti Tuber lebih suka tanah neutral atau alkali bersaliran baik dengan kandungan tanah liat atau kapur yang secukupnya.[6][7][8] "Buah-buah" kulat ini boleh tumbuh sepanjang tahun bergantung kepada spesies dan dapat ditemukan tertanam dalam tanah atau timbunan daun mati; bahkan sebilangan besar biojisim kulat terdapat pada lapisan humus tanah.[9]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab harganya yang tinggi[10] dan aromanya yang kuat, trufel digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Bekalan trufel boleh didapati secara komersial dalam keadaan segar ataupun yang telah diawet iaitu dalam larutan air garam yang cair.
Sebatian kimia yang terkandung dalam trufel ini mudah meresap ke dalam bahan lemak seperti mentega, krim, keju, avokado dan santan.
Memandangkan aroma daripada trufel meruap dengan lebih pantas apabila dihangatkan[11], trufel lebih umum disajikan secara mentah atau dihiris atas makanan panas yang ringkas bagi menonjolkan lagi rasanya seperti pasta mentega atau telur. Hirisan trufel yang nipis boleh juga dimasukkan ke dalam daging, diletakkan di bahagian bawah kulit unggas panggang, digunakan dalam penyediaan foie gras dan pâté mahupun sebagai inti.[12] Terdapat juga keju tertentu yang mengandungi trufel.[13] Selain itu, trufel turut digunakan untuk membuat garam trufel dan madu trufel.[14]
Dahulu, para cef mengupas trufel tetapi pada zaman moden ini, kebanyakan restoran memberus kulat tersebut dengan teliti dan menghiris atau memotongnya secara dadu tanpa membuang kulit bagi memanfaatkan ramuan berharga tersebut sepenuhnya.[15] Ada juga restoran yang mengeluarkan isi trufel tersebut yang berbentuk bulat dan menggunakan baki kulitnya untuk membuat sos.
Minyak
[sunting | sunting sumber]Artikel utama: Minyak trufel
Minyak trufel digunakan sebagai pengganti trufel yang lebih murah dan mudah untuk memberikan perasa atau untuk meningkatkan rasa dan aroma trufel dalam masakan. Sesetengah produk yang dijelnali sebagai "minyak trufel" tidak mengandungi trufel langsung atau hanya mengandungi cebisan varieti trufel yang murah dan tidak berharga yang tidak mempunyai nilai masakan dan sekadar untuk hiasan.[16] Sebahagian besar daripadanya ialah minyak yang telah diberikan perisa tiruan menggunakan agen sintetik seperti 2, 4-ditiapentana. [16]
Nama saintifik disertakan dalam senarai ramuan minyak trufel yang telah disatukan dengan trufel semula jadi.
Vodka
[sunting | sunting sumber]Trufel boleh membawa rasa yang lebih kompleks dan tepat berbanding minyak tanpa perasa sintetik kerana trufel mempunyai lebih banyak molekul aromatik yang boleh larut dalam alkohol. Kebanyakan pengeluar iklan menggunakan 2,4-ditiapentana memandangkan bahan kimia ini telah menjadi rasa utama kepada kebanyakan pengguna yang tidak pernah merasai trufel segar tetapi biasa dengan produk minyak trufel. Kebanyakan negara Barat tidak mempunyai keperluan label untuk arak dan pengguna sering tidak tahu sama ada perisa tiruan telah digunakan.[17] Bahan tersebut digunakan sebagai minuman keras tersendiri, campuran koktel atau sebagai perisa makanan.[18]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Læssøe, Thomas; Hansen, Karen (September 2007). "Truffle trouble: what happened to the Tuberales?". Mycological Research. 111 (9): 1075–1099. doi:10.1016/j.mycres.2007.08.004. ISSN 0953-7562. PMID 18022534.
- ↑ Lepp, Heino. "Spore release and dispersal". Australian National Botanic Gardens. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ↑ "Non-cultivated Edible Fleshy Fungi". Dicapai pada 2008-05-17.
...it has been known for more than a century that truffles were mycorrhizal on various trees such as oak, beech, birch, hazels, and a few others
- ↑ Allen, M.F.; Swenson, W.; Querejeta, J.I.; Egerton-Warburton, L.M.; Treseder, K.K. (2003). "Ecology of ycorrhizae: A conceptual framework for complex interactions among plants and fungi". Annual Review of Phytopathology. 41 (1): 271–303. doi:10.1146/annurev.phyto.41.052002.095518. ISSN 0066-4286. PMID 12730396.
- ↑ Kohler, Annegre (2015). "Convergent losses of decay mechanisms and rapid turnover of symbiosis genes in mycorrhizal mutualists". Nature Genetics. Nature Genetics: Lawrence Berkeley National Laboratory, United States Department of Energy. 47 (4): 410–5. doi:10.1038/ng.3223. OCLC 946824824. PMID 25706625.
- ↑ Jaillard, B; Barry-Etienne, D; Colinas, C; de Miguel, AM; Genola, L; Libre, A; Oliach, D; Saenz, W; Saez, M (2014). "Alkalinity and structure of soils determine the truffle production in the Pyrenean Regions" (PDF). Forest Systems. 23 (2): 364–377. doi:10.5424/fs/2014232-04933.
- ↑ Hansen, Karen (2006). "Basidiomycota truffles: Cup fungi go underground" (PDF). Newsletter of the FRIENDS of the FARLOW. Harvard University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-11-21. Dicapai pada 2008-05-17.
Generally, truffles seems to prefer warm, fairly dry climates and calcareous soils
- ↑ Chevalier, Gérard; Sourzat, Pierre (2012), "Soils and Techniques for Cultivating Tuber melanosporum and Tuber aestivum in Europe", Soil Biology, Springer Berlin Heidelberg: 163–189, doi:10.1007/978-3-642-33823-6_10, ISBN 9783642338229
- ↑ Griffiths, Robert P.; Caldwell, Bruce A.; Cromack Jr., Kermit; Morita, Richard Y. (February 1990). "Douglas-fir forest soils colonized by ectomycorrhizal mats. I. Seasonal variation in nitrogen chemistry and nitrogen cycle transformation rates". Canadian Journal of Forest Research. 20 (2): 211–218. doi:10.1139/x90-030. ISSN 0045-5067.
- ↑ "Truffles: The Most Expensive Food in the World - CBS News". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). 2012-06-04. Dicapai pada 2026-06-07.
- ↑ "Volatilome changes during black truffle (Tuber melanosporum) ontogeny". Food Research International (dalam bahasa Inggeris). 194: 114938. 2024-10-01. doi:10.1016/j.foodres.2024.114938. ISSN 0963-9969.
- ↑ "Truffle Delights: Top Dishes in Bologna's Culinary Scene" (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-21. Dicapai pada 2026-06-07.
- ↑ Radulovic, Zorica; Paunovic, Dusanka; Miocinovic, Jelena; Satric, Ana; Miloradovic, Zorana; Mirkovic, Milica; Mirkovic, Nemanja (2023-10-01). "The effect of fresh or frozen black truffle Tuber aestivum on ripening and sensory quality of semi hard cheese". Food Bioscience. 55: 102979. doi:10.1016/j.fbio.2023.102979. ISSN 2212-4292.
- ↑ Galappaththi, Mahesh C. A.; McComb, Jen; Sapsford, Sarah J.; Hardy, Giles E. St J.; Burgess, Treena I. (2025-06-01). "The Australian truffle industry: History, challenges and opportunities". Journal of Agriculture and Food Research. 21: 101802. doi:10.1016/j.jafr.2025.101802. ISSN 2666-1543.
- ↑ "Review: Urbani Truffle Bar & Restaurant New Menu - Sathorn - Silom, Bangkok". Luxury Society Asia: Best Luxury Lifestyle Community (dalam bahasa Thai). 2019-05-06. Dicapai pada 2026-06-07.
- 1 2 Patterson, Daniel (2007-05-16). "Hocus-Pocus, and a Beaker of Truffles". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2026-06-13.
- ↑ "Beverage Alcohol Labeling Requirements". International Alliance for Responsible Drinking (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-14.
- ↑ "VODKA - the natural way to taste truffles? | Mycorrhizal Systems Ltd". www.mycorrhizalsystems.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-14.