close
Pergi ke kandungan

Batang Kali

Batang Kali merupakan sebuah mukim yang juga merupakan bandar di Hulu Selangor. Batang Kali diklasifikasikan sebagai bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Batang Kali juga dikira sebagai tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza. Bandar ini pernah menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020. Batang Kali terletak di dalam mukim Batang Kali.

3°27′36″U 101°39′18″T / 3.4601368°U 101.6550138°T / 3.4601368; 101.6550138

Batang Kali
باتڠ كالي
Bandar Kediaman dan Perniagaan
Bandar Belia
Map
Peta interaktif bagi Batang Kali
باتڠ كالي
Koordinat: 3°28′U 101°38′T / 3.467°U 101.633°T / 3.467; 101.633
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahHulu Selangor
MukimUlu Yam, Batang Kali, Bandar Rasa
Kerajaan
  Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Hulu Selangor
  Kepadatan314.23/km2 (813.9/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
  Musim panas (WMP)Tidak dipakai
Poskod
44200, 44300 dan 48200

Pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali tertumpu di mukim Batang Kali yang dinamakan sebagai Bandar Utama Batang Kali. Mukim Batang Kali juga turut merangkumi sebahagian kawasan Genting Highlands seluas 1133.12 hektar di Gunung Ulu Kali. Berikut merupakan antara pertumbuhan di mukim Batang Kali:

  • Pusat perniagaan dan kawasan perumahan Ligamas (Seksyen 3)
  • Pusat perniagaan Usel Maju dan kawasan perumahan Tamu Hill Park (Seksyen 4)
  • Pusat Perdagangan Ara (Seksyen 5)

Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.

Perkembangan Pembangunan di Bandar Utama Batang Kali

[sunting | sunting sumber]
Bandar Utama Batang Kali

Pembangunan di Bandar Utama Batang kali mula berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Ini berdasarkan pembangunan infrastruktur dan prasarana di kawasan Batang Kali seperti pasaraya Econsave, pusat beli belah Ligamas OASIS Street Mall, stesen keretapi Batang Kali dan deretan bangunan kedai yang memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Antara projek pembangunan di Bandar Utama Batang Kali adalah merangkumi perumahan, pusat perniagaan dan sekolah seperti:

  • Projek kondominium Bayan Residence di Taman Bayan
  • Perumahan Taman Ion Belian dan Ara Grove di Kampung Kuantan
  • Perumahan Laman Tamu di Tamu Hill Park
  • Kawasan perniagaan FÚ Town Commercial Precinct dan TF Value-Mart
  • Projek SMK Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali

Jaringan Jalan Raya

[sunting | sunting sumber]
EXIT 118 Bukit Beruntung

Kawasan Batang Kali dapat dihubungkan dari pelbagai pintu utama. Sebagai contoh, Batang Kali boleh diakses melalui pintu negeri Pahang iaitu dari Genting Highlands menerusi jalan B66. Batang Kali juga boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 melalui susur keluar Bandar Sungai Buaya EXIT 117 atau Bukit Beruntung EXIT 118 lalu melalui Jalan Persekutuan 1 LP 1. Berikut merupakan senarai jaringan jalan raya di Batang Kali:

Simbolik Penamaan Jalan di Batang Kali

[sunting | sunting sumber]
Papan tanda jalan di Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali

Daerah Hulu Selangor mempunyai identitinya yang tersendiri di mana setiap jalan di bandar-bandar Hulu Selangor akan dinamakan mengikut kategori-kategori alam sekitar seiring dengan persekitaran yang menghijau di daerah ini. Bagi mukim Batang Kali, penamaan sesebuah jalan ditetapkan mengikut 'sistem penamaan pokok'. Berikut merupakan simbolik bagi penamaan jalan di kawasan Batang Kali mengikut mukim:

  • Mukim Hulu Yam - sistem penamaan ikan
  • Mukim Batang Kali - sistem penamaan pokok

Kemudahan Awam dan Kemudahan Sosial

[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Awam

[sunting | sunting sumber]
Stesen Keretapi Batang Kali
Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway
Bahagian atas tiang lalu yang berukuran 45 meter

Kemudahan Sosial

[sunting | sunting sumber]

Masjid dan surau

  • Masjid Bandar Utama Batang Kali
  • Masjid Kg. Sungai Masin
  • Masjid As-Sajidin, Kg. Sentosa
  • Masjid Kampung Hulu Rening
  • Masjid Al-Falah, Hulu Yam Bharu
  • Surau Tinggi An-Nur, Kg. Kalong Tengah
  • Surau Al-Mustaqim, Tamu Hill Park
  • Surau At-Taqwa, Tamu Hill Park
  • Surau Al-Iman, Ligamas
  • Surau Al-Ihsan, Ligamas
  • Surau Taman Seri, Batang Kali
  • Surau Genting Permai, Batang Kali
  • Surau Nurul Falah, Kg. Kalong Hilir

Kuil

Bank & ATM

  • Ar-Rahnu X'Change - Bank Rakyat
  • Public Bank
  • ATM & CDM - Bank Rakyat
  • ATM & CDM - CIMB Bank
  • ATM & CDM - Maybank
  • ATM & CDM - Public Bank

Balai Polis

Klinik

  • Klinik Komuniti Batang Kali
  • Klinik Desa Batang Kali
  • Klinik Desa Genting Malek
  • Klinik Desa Hulu Rening

Pasar awam dan pasaraya besar

  • Pasar Awam Batang Kali
  • Kompleks Perniagaan Hulu Yam Bharu
  • Pasaraya Econsave
  • Pasaraya Segi Fresh
  • Pasaraya TF Value-Mart (akan datang)
  • Pasaraya YST

Stesen minyak

  • Stesen minyak Petronas Batang Kali 1
  • Stesen minyak Petronas Batang Kali 2
  • Stesen minyak Shell Batang Kali
  • Stesen minyak Caltex Batang Kali

Pusat Jualan dan Servis Kereta

  • Perodua Batang Kali (dalam pembinaan)

Medan selera

  • Medan Selera Bandar Utama Batang Kali
  • Medan Selera Dewan Dato' Abdul Hamid (ditutup buat sementara waktu)
  • Medan Selera Taman Ion Belian

Dewan dan auditorium

  • Dewan Dato' Abdul Hamid (ditutup buat sementara waktu)
  • Dewan Orang Ramai Batang Kali
  • Auditorium Dato' Abdul Hamid (ditutup buat sementara waktu)

Pusat beli belah

  • Ligamas OASIS Street Mall

Taman awam

  • Taman Awam Semarak
  • Taman Rakyat MADANI (dalam pembinaan)

Perkhidmatan pengeposan

  • CollectCo
  • DHL e-commerce
  • Flash Express
  • J&T Express
  • KEX Express
  • Nationwide Express
  • ParcelHub Mini
  • Pos Malaysia
  • Posstore Malaysia
  • Shopee Express

Perkhidmatan penghantaran makanan

  • Foodpanda
  • GrabFood Delivery
  • Misi Food Delivery
  • ShopeeFood

Kemudahan Lain

[sunting | sunting sumber]

Restoran

  • Ahmad's Fried Chicken - Seksyen 5 (ditutup sementara)
  • Ayam Gepuk Ori Selayang - Seksyen 5
  • Ayam Gepuk Pak Gembus - Seksyen 3
  • D'Apple Fried Chicken - Seksyen 5
  • Domino's Pizza - Seksyen 4
  • KFC - Seksyen 3
  • KungFu Sushi - Econsave Batang Kali
  • Marrybrown - Seksyen 4
  • Pizza Hut - Seksyen 4
  • Subway - Seksyen 5

Kafe

  • 7Café by 7-Eleven - Seksyen 3
  • Ai-CHA - Seksyen 5
  • Baker's Cottage - Seksyen 4
  • Bean with Me - Seksyen 5
  • Chagee - Seksyen 4
  • Coolblog - Econsave Batang Kali
  • Costa Coffee - Shell Batang Kali
  • Dek Cha Cafe - Seksyen 4
  • Deli2go - Shell Batang Kali
  • Kenangan Coffee - Seksyen 4 (akan dibuka)
  • Kopi Saigon - Seksyen 5
  • Mammabunz - Econsave Batang Kali
  • Mixue - Seksyen 4
  • Momoyo - Seksyen 4
  • Mykōri - Seksyen 5
  • Secret Recipe - Seksyen 4
  • Tealive - Petronas Batang Kali 2
  • Wakaka F&B - Segi Fresh Batang Kali, Seksyen 5
  • Wedrink - Econsave Batang Kali
  • ZUS Coffee - Seksyen 4

Kedai serbaneka

  • 7-Eleven - Jalan Jati, Seksyen 3 dan 5
  • 99speedmart - Seksyen 3, 4 dan 5, Pekan Baru Batang Kali (Jalan Jati)
  • CU Mart - Seksyen 5 (ditutup sementara)
  • FamilyMart - Caltex Batang Kali
  • KK Super Mart - Seksyen 3

Kedai barangan kelengkapan seharian

  • Al-Ikhsan Sports - Seksyen 5
  • Eco-Shop RM2.40 - Seksyen 5
  • Econ2 RM2 - Econsave Batang Kali (akan dibuka)
  • Guardian - Seksyen 5
  • HappyHome - Seksyen 5
  • MR.DIY - Ligamas OASIS Street Mall, Seksyen 5
  • Pasaraya Hari-Hari - Seksyen 4
  • Pasaraya Ku - Seksyen 4
  • Pasaraya Rakan - Seksyen 5
  • SWC Enterprice - Seksyen 4, Seksyen 5
  • Watsons - Caltex Batang Kali

Farmasi

  • ALPRO Pharmacy (akan dibuka)
  • BIG Pharmacy - Seksyen 4
  • Health Lane Family Pharmacy - Seksyen 4
  • Sunway Multicare Pharmacy - Seksyen 3

Kawasan Perindustrian

[sunting | sunting sumber]

Beberapa kawasan di Batang Kali telah diwartakan sebagai kawasan perindustrian berdasarkan laman web rasmi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui sistem EIS MPHS.[2] Antara kawasan perindustrian yang terlibat termasuklah Kawasan Perindustrian MIEL Batang Kali.

Walaupun aktiviti perindustrian di Batang Kali tidak sepesat di kawasan Serendah mahupun Bukit Beruntung, perkembangan sektor ini masih menunjukkan pertumbuhan yang berterusan selari dengan peredaran masa. Kedudukan Batang Kali yang strategik iaitu berhampiran dengan Pusat Perindustrian Batu 29 di Hulu Yam serta Kawasan Perindustrian Zuhrah di Rasa turut menyumbang kepada perkembangan aktiviti perindustrian di kawasan ini.

Antara kawasan dan syarikat perindustrian yang masih aktif beroperasi sehingga kini termasuklah:

Kawasan Perindustrian MIEL Batang Kali

  • Selangor Foods Industries Sdn. Bhd.
  • Bonric Sdn. Bhd.
  • Zirco-Blast Sdn. Bhd.

Bandar Utama Batang Kali

  • Sunway Paving Solutions Sdn. Bhd.
  • Sunway Spun Pile (M) Sdn. Bhd.
  • Lesso Malaysia Industries Sdn. Bhd.

Selain itu, projek penanaman talian paip gas asli juga sedang giat dijalankan di sepanjang laluan LP 1 Jalan Kuala Lumpur-Rawang-Tanjung Malim yang berada dalam kawasan rizab jalan (Right of Way – ROW) yang dibenarkan. Projek ini melibatkan laluan dari Sungai Choh hingga ke Kawasan Perindustrian MIEL Batang Kali melalui Pekan Serendah dan Pusat Perindustrian Batu 29.

Menurut laporan Lawatan Teknikal dan Taklimat Projek Penanaman Paip Gas di Batang Kali oleh pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor bertarikh 1 Ogos 2025, kerja-kerja penanaman paip ini dilaksanakan menggunakan kaedah penggerudian arah mendatar atau Horizontal Directional Drilling (HDD) bagi mengurangkan gangguan terhadap persekitaran serta aktiviti harian penduduk setempat.[3] Pelaksanaan projek ini dijangka akan merancakkan lagi aktiviti perindustrian di kawasan Batang Kali pada masa hadapan, selari dengan aspirasi MPHS untuk menjadikan Hulu Selangor sebagai Hub Pembuatan Pengangkutan Negara.

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]
Rumah Hutan Bonda Rozita
Salah satu chalet terkenal di Rumah Hutan Bonda Rozita
Dusun Bonda Batang Kali
Kolam Air Panas Cholo-Cholo

Batang Kali sememangnya terkenal dengan pemandangan yang gian dan memukau mata dengan kepelbagaian tempat pelancongan, khususnya ekopelancongan. Berikut merupakan beberapa lokasi ekopelancongan yang terkenal yang boleh anda lawati di sekitar Batang Kali:

  • Huda's Heaven Resort
  • Rumah Hutan dan Rumah Sungai Bonda Rozita
  • Eko Murai Rimba
  • Sojuk Riverside
  • Dusun Bonda
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu
  • Cholo-Cholo Hot Spring & Resort
  • Teratak Tok Alang
  • Ratu Rening Resort
  • 82 Rening
  • Restu Ibu Resort
  • Rimba Kalong Eco Resort
  • The Estate Batang Kali
  • The Estate Hulu Rening

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tadika Awam dan Swasta

Sekolah Rendah

  • Sekolah Kebangsaan Batang Kali
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan
  • Sekolah Rendah Agama Batang Kali
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Utama Batang Kali
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batang Kali
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kg Gurney
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Chee
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batang Kali

Sekolah Menengah

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali (akan datang)

Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta

  • Kolej Komuniti Hulu Selangor
  • Pelita Akademi Sdn. Bhd.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Ride Free with Genting Rewards". Resorts World Genting. 1 Januari 2025.
  2. "EIS MPHS". Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
  3. "Lawatan Teknikal dan Taklimat Penanaman Paip Gas di Batang Kali". Majlis Perbandaran Hulu Selangor. 1 Ogos 2025. Dicapai pada 2 Ogos 2025.