close
Pergi ke kandungan

Buchis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buchis
Pusat kultus utamaHermonthis
Simbollembu jantan putih dengan muncung hitam

Dalam mitologi Mesir, Buchis (AFA: /buxis/; Yunani Purba: Βουχις, Qibti: ⲃⲱⲱϩ, ⲃⲟϩ; Jawi: بوخيس)[1] (juga dieja Bakh dan Bakha) merupakan pendewaan kꜣ ("kuasa, daya hidup", sebutan Egiptologi ka) bagi dewa perang Montu[2] sebagai lembu suci yang disembah di wilayah Hermonthis.[3]:95 Untuk dipilih sebagai penjelmaan Buchis Montu, seekor lembu jantan perlu mempunyai badan putih dan muka hitam. Apabila lembu-lembu ini—dan pada zaman kemudian ibu-ibunya juga—mati, mereka akan dimumiakan dan diletakkan di tanah perkuburan khas yang dikenali sebagai Bucheum.[3]:95–100

Berbeza dengan lembu suci Mesir lain (Apis dan Mnevis), kultus Buchis bermula menjelang akhir zaman firaun, dengan pengebumian terawal yang diketahui berlaku pada tahun pemerintahan ke-14 Nectanebo II (pertengahan abad ke-4 SM). Walau bagaimanapun, empat kultus lembu berbeza yang didedikasikan untuk Montu telah diketahui wujud pada zaman sebelumnya di Mesir Hulu, dan nampaknya Buchis ialah hasil sinkretisme mereka semua.[3]:95 Akhirnya, lembu Buchis dikenal pasti sebagai satu jelmaan Apis, dan seterusnya dianggap sebagai penjelmaan Osiris.

Tidak pasti bila kultus Buchis pupus. Kubur terakhir yang disahkan di Bucheum bertarikh tahun pemerintahan ke-12 Diocletian (sekitar 295 SM),[3]:100 manakala pengesahan terakhir pengebumian Buchis ialah stele yang melaporkan pelantikannya pada tahun pemerintahan ke-33 Diocletian (317 TM) dan kematiannya pada tahun pemerintahan ke-57 firaun yang sama (lebih tepat pada 4 November 340 TM).[nb 1][6][7][4]

  1. Pemerintahan Diocletian berakhir pada 305 TM (selepas kira-kira 20 tahun memerintah) dan dia meninggal pada 312 TM, namun penulis stele terus mengira tahun dari awal pemerintahan Diocletian seolah-olah dia masih hidup dan memerintah, sedangkan pemasangan dan kematian Buchis ini sebenarnya berlaku di bawah pemerintahan Licinius dan Constans masing-masing.[4][5]
  1. Černý, Jaroslav (1976). Coptic Etymological Dictionary. m/s. 29.
  2. W. Max Muller, Egyptian Mythology, Kessinger Publishing 2004, p.160
  3. 1 2 3 4 Dodson, Aidan (2004). "Kultus lembu". Dalam Ikram, Salima (penyunting). Divine Creatures: mumia haiwan di Mesir purba. American University in Cairo Press. m/s. 72–105. doi:10.5743/cairo/9789774248580.003.0004. ISBN 9789774248580.
  4. 1 2 Jean-Claude Grenier, "La stèle funéraire du dernier taureau Bouchis (Caire JE 31901 = Stèle Bucheum 20). Ermant - 4 novembre 340", BIFAO 83 (1983), pp. 197-208
  5. Stela pengebumian terakhir lembu Buchis
  6. M. W. Daly, Carl F. Petry, The Cambridge History of Egypt, Cambridge University Press 1998, p.28
  7. David Frankfurter, Religion in Roman Egypt: Assimilation and Resistance, Princeton University Press 1998, p.72

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]