close
Pergi ke kandungan

Sarawak Media Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sarawak Media Group (atau lebih dikenali sebagai SMG) merupakan sebuah badan penyiaran televisyen, radio, dan media digital yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak serta diluluskan penyiarannya oleh Kementerian Komunikasi Malaysia. SMG juga merupakan agensi penyiaran televisyen yang terbaik di wilayah Sarawak, serta mendapat sokongan menyeluruh dari semua agensi media tempatan dan juga semua agensi media antarabangsa. SMG mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.

Sarawak Media Group (SMG)
JenisAgensi media & penyiaran wilayah Sarawak
Ditubuhkan10 April 2018
Stesen TVTVS
Pendapatan RM 238.5 juta
RM 6.41 juta
Ibu pejabatLG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No.1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
Kawasan siaran
NegaraMalaysia
WilayahSarawak
Pemilik
Orang penting
  • Dato Norhyati Ismail
    (Pengerusi SMG)
  • Mohamad Sardon Zainal
    (Ketua Pegawai Media TVS & Timbalan Pengerusi SMG)
Laman sesawang
www.smg.my

Sarawak Media Group (SMG) adalah merupakan sebuah agensi penyiaran televisyen & media digital yang masih beroperasi di Sarawak. Setakat tahun 2026, jumlah keseluruhan kakitangan Sarawak Media Group (SMG) adalah sebanyak 1,207 orang. Setakat ini, hanya sebuah stesen televisyen milik penuh Sarawak iaitu TVS yang kini beroperasi sepenuhnya di bawah SMG dan Kerajaan Sarawak sendiri. Dijangka lebih banyak lagi saluran televisyen baharu dan juga saluran radio baharu yang bakal beroperasi di Sarawak menjelang tahun hadapan, selaras dengan dasar autonomi penyiaran televisyen dan media digital Sarawak disertakan sekali dengan siapnya bangunan kompleks pusat penyiaran televisyen & radio sendiri milik Sarawak Media Group (SMG) di Petra Jaya, Kuching kelak.

Sebahagian besar rancangan atau program yang disediakan sepenuhnya oleh pihak Sarawak Media Group (SMG) menerusi TVS, adalah bertepatan dan lebih sesuai dengan aspirasi sebenar rakyat Sarawak, budaya & tradisi masyarakat Sarawak, semangat muhibbah rakyat, kerjasama perpaduan pelbagai kaum di Sarawak, semangat nasionalisme & perjuangan hak wilayah Sarawak, serta penyatuan masyarakat pelbagai etnik & pelbagai agama di seluruh Borneo.

Sarawak Media Group (SMG) dan TVS turut mengutamakan penyiaran tempatan dan seluruh rantau benua Asia secara amnya. Ini merangkumi siaran langsung kejohanan sukan berprestij tempatan dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Malaysia (SUKMA), Borneo Games, Sukan Asia (Asian Games), dan juga Sukan Olimpik. Selain daripada itu, penyiaran pelbagai semua acara, sambutan, & majlis rasmi Kerajaan Sarawak juga diutamakan bagi memenuhi aspirasi Sarawak menuju ke arah wilayah berpendapatan lebih tinggi dan seterusnya menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang lebih maju sepenuhnya pada tahun 2030.

Sarawak Media Group (SMG) kini sedang merancang untuk menubuhkan agensi penyiaran radio & podcast audio serta stesen radio milik penuh Sarawak Media Group (SMG) sendiri. Walau bagaimanapun, idea terbabit masih dalam proses perancangan ketika ini.

Bahagian pasaran

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah jumlah kakitangan tetap Sarawak Media Group (SMG), beserta jumlah pendapatan dan jumlah hasil bersih yang berjaya dikumpul hasil daripada pelaksanaan transformasi media Sarawak dan inisiatif menyeluruh Sarawak Media Group (SMG) mengikut tahun. SMG hanya berjaya mencatat keuntungan berganda pada tahun 2024 disebabkan oleh penyiaran penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 serta kejohanan Sarawak Regatta 2024.

Tahun Pendapatan (RM) Hasil bersih (RM) Jumlah kakitangan tetap SMG Catatan
2017 40 SMG ketika itu di bawah Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKPS).
2018 82
2019 32.8 juta 1.07 juta 115
2020 51.6 juta 1.48 juta 280
2021 50.7 juta 1.10 juta 322
2022 68.1 juta 1.42 juta 513
2023 82.9 juta 1.75 juta 736
2024 191.5 juta 4.87 juta 908
2025 216.8 juta 5.89 juta 1,130
2026 238.5 juta 6.41 juta 1,207

Senarai aset milik penuh Sarawak Media Group (SMG)

[sunting | sunting sumber]

Rangkaian saluran televisyen milik Sarawak Media Group (SMG)

[sunting | sunting sumber]
Nama Bahasa Waktu siaran Jenis rancangan
TVSMelayu, Inggeris, Iban, dan Mandarin24 JamBerita, hiburan, dokumentari, budaya, dan variasi umum

Rangkaian saluran radio milik Sarawak Media Group (SMG)

[sunting | sunting sumber]

Platform penstriman digital

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]