close
Pergi ke kandungan

Sukan Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Asia
SingkatanAsiad
Acara pertamaSukan Asia 1951 di New Delhi, India
KekerapanEmpat tahun
Acara terakhirSukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia
TujuanAcara beraneka sukan untuk negara-negara Asia

Sukan Asia juga dikenali sebagai Asiad,[1] adalah sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Temasya sukan tersebut dikawal oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978. Sejak edisi tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan Persekutuan Sukan Asia.[2]

Kejohanan Sukan Timur Jauh

[sunting | sunting sumber]

Sebelum Sukan Asia diadakan, sebuah perhimpunan yang dikenali sebagai Kejohanan Sukan Timur Jauh wujud dan dibangkitkan buat julung kali di sebuah lokasi ditentukan antara Empayar Jepun, Kepulauan Filipina, dan Republik China. Temasya Kejohanan Sukan Timur Jauh diadakan untuk kali pertama di Manila pada 1913 dan disertai oleh 6 buah negara kawasan tersebut. Sepuluh lagi Kejohanan Sukan Timur jauh telah diadakan sehingga tahun 1934.

Pembentukan

[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia II, beberapa negara Asia telah mencapai kemerdekaan. Banyak negara Asia yang baru merdeka mahukan pembentukan satu jenis pertandingan baru yang menunjukkan penguasaan Asia tidak sepatutnya ditunjukkan melalui kekejaman tetapi dikuatkan melalui persefahaman. Semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1948 di London, England, perbualan antara ahli sukan China dan Filipina menimbulkan gagasan memulihkan Sukan Timur Jauh. Namun, Guru Dutt Sondhi wakil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa India, tidak percaya bahawa pemulihan Sukan Timur Jauh akan memaparkan secukupnya semangat perpaduan dan tahap pencapaian yang berlaku dalam sukan Asia. Sebagai akibatnya, dia mencadangkan kepada pemimpin-pemimpin sukan cita untuk mengadakan sebuah pertandingan baru iaitu Sukan Asia. Hal ini mencetuskan sebuah perjanjian untuk membentuk Persekutuan Olahraga Asia. Sebuah jawatankuasa persediaan telah ditubuhkan untuk merangkakan piagam untuk pertubuhan baru ini. Pada 13 Februari 1949, Persekutuan Olahraga Asia telah dirasmikan di New Delhi dengan nama Persekutuan Sukan Asia, dan New Delhi diumumkan sebagai tuan rumah pertama Sukan Asia yang dijadualkan untuk diadakan pada tahun 1950.

Krisis, penyusunan semula dan pengembangan

[sunting | sunting sumber]

Mulai tahun 1962, Sukan Asia mengalami pelbagai krisis. Pertama sekali, tuan rumah Indonesia menolak keizinan penyertaan Israel dan Taiwan atas masalah politik dan agama. Sebagai akibatnya, IOC menarik balik tajaannya terhadap temasya sukan tersebut dan menggantungkan Indonesia sebagai salah satu ahlinya. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) dan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) juga menarik balik pengiktirafan mereka terhadap temasya sukan tersebut.


1970


1973

  • Persekutuan mempunyai satu lagi percanggahan setelah Amerika Syarikat dan negara lain secara rasmi mengakui Republik Rakyat China dan negara Arab menentang Israel.


1977

Disebabkan rentetan peristiwa, Komiti Olimpik Kebangsaan (NOC) menyemak semula perlembagaan Persekutuan Sukan Asia. Persatuan baru yang dinamakan Majlis Olimpik Asia dibentuk. India sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 1982 dan OCA bercadang untuk tidak menggugurkan jadual waktu AGF lama. OCA secara rasmi mengawasi sukan ini bermula dari Sukan Asia 1986 di Korea Selatan.

Di edisi berikutnya, Taiwan (Republik China) diakui tetapi OCA tegas mengikut piawai IOC dan diberi nama China Taipei. OCA juga bersetuju dengan tetap pengecualian Israel seperti anggota dan permohonan negara untuk bersama ke dalam perlawanan Eropah.

Pengembangan

[sunting | sunting sumber]

Di Sukan Asia 1994, meskipun tentangan dari lain-lain bangsa, OCA membenarkan negara bekas jajahan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, dan Tajikistan.

Pada tahun 2006, entri Australia tidak diluluskan oleh Presiden OCA Sheikh Ahmad Al-Fahd Al-Sabah yang berpendapat kemasukan Australia ke Asia ialah tidak adil kepada negara benua Oceania.

Senarai Edisi Sukan Asia

[sunting | sunting sumber]
Tahun Edisi Tuan rumah Dibuka oleh Tarikh Negara Peserta Sukan Acara Juara Ruj
1951 I India New Delhi, India Presiden Rajendra Prasad Mac 4–11 11 489 6 57 Jepun [3]
1954 II Filipina Manila, Filipina Presiden Ramon Magsaysay Mei 1–9 19 970 8 76 Jepun [4]
1958 III Jepun Tokyo, Jepun Maharaja Hirohito Mei 28–Jun 1 16 1,820 13 97 Jepun [5]
1962 IV Indonesia Jakarta, Indonesia Presiden Soekarno Ogos 24–September 4 12 1,460 13 88 Jepun [6]
1966 V Thailand Bangkok, Thailand Raja Bhumibol Adulyadej Disember 9–20 16 1,945 14 143 Jepun [7]
1970¹ VI 2,400 13 135 Jepun [8]
1974 VII Iran Tehran Shah Mohammad Reza Pahlavi September 1–16 19 3,010 16 202 Jepun [9]
1978 VIII Thailand Bangkok, Thailand² Raja Bhumibol Adulyadej Disember 9–20 19 3,842 19 201 Jepun [10]
1982 IX India New Delhi, India Presiden Zail Singh November 19–Disember 4 23 3,411 21 147 China [11]
1986 X Korea Selatan Seoul, Korea Selatan Presiden Chun Doo-hwan September 20–Oktober 5 22 4,839 25 270 China [12]
1990 XI Republik Rakyat China Beijing, China Presiden Yang Shangkun September 22–Oktober 7 36 6,122 29 310 China [13]
1994 XII Jepun Hiroshima, Jepun Maharaja Akihito Oktober 2–16 42 6,828 34 337 China [14]
1998 XIII Thailand Bangkok, Thailand Raja Bhumibol Adulyadej Disember 6–20 41 6,554 36 376 China [15]
2002 XIV Korea Selatan Busan, Korea Selatan Presiden Kim Dae-jung September 29–Oktober 14 44 7,711 38 419 China [16]
2006 XV Qatar Doha, Qatar Emir Hamad bin Khalifa Al Thani Disember 1–15 45 9,520 39 424 China [17]
2010 XVI Republik Rakyat China Guangzhou, China Perdana Menteri Wen Jiabao November 12–27 9,704 42 476 China [18]
2014
XVII
Korea Selatan Incheon, Korea Selatan Presiden Park Geun-hye September 19–Oktober 4 9,501 36 439 China [19]
2018*
XVIII
Indonesia Jakarta dan Palembang, Indonesia³ Presiden Joko Widodo Ogos 18–September 2 11,720 40 465 China [20]
2022
XIX
Republik Rakyat China Hangzhou, China September 10–25 Acara masa depan [21]
2026
XX
Jepun Nagoya, Jepun September 18–Oktober 3 Acara masa depan

¹ 1970 (Asalnya tuan rumah oleh Seoul, Korea Selatan)

² 1978 (Asalnya tuan rumah oleh Karachi, Pakistan)

³ 2019 (Asalnya tuan rumah oleh Hanoi, Vietnam)

Penyertaan negara

[sunting | sunting sumber]
Kod Negara / IOC Tahun daftar Nota
AFG Afghanistan1936
BAN Bangladesh1984
BHU Bhutan1984
BRN Bahrain1984
BRU Brunei Darussalam1988
CAM Cambodia1956
CHN People's Republic of China1932
HKG Hong Kong1952HKG ( Hong Kong) 1952-1996
INA Indonesia1952
IND India1900
IRI Iran1948
IRQ Iraq1948
JOR Jordan1968
JPN Japan1912
KAZ Kazakhstan1994RUS ( Rusia) 1900-1912
URS ( Kesatuan Soviet) 1924-1988
EUN ( Pasukan Bersatu) 1992
KGZ Kyrgyzstan1994RUS ( Rusia) 1900-1912
URS ( Kesatuan Soviet) 1924-1988
EUN ( Pasukan Bersatu) 1992
KOR Republic of Korea1948
KSA Saudi Arabia1972
KUW Kuwait1968
LAO Laos1980
LIB Lebanon1948
MAC Macau
MAS Malaysia1992MAL ( Malaysia) 1964-1988
MAL ( Malaya) 1956-1960
MGL Mongolia1964
MYA Myanmar1992BIR (Burma) 1948-1988
NEP   Nepal1964
OMA Oman1984
PAK Pakistan1948
PHI Philippines1924
PLE Palestine1996
PRK North Korea1972
QAT Qatar1984
SIN Singapore1948MAL ( Malaysia) 1964
SRI Sri Lanka1948
SYR Syria1948
THA Thailand1952
TJK Tajikistan1996RUS ( Rusia) 1900-1912
URS ( Kesatuan Soviet) 1924-1988
EUN ( Pasukan Bersatu) 1992
TKM Turkmenistan1996RUS ( Rusia) 1900-1912
URS ( Kesatuan Soviet) 1924-1988
EUN ( Pasukan Bersatu) 1992
TLS Timor-Leste2004
TPE Chinese Taipei1984
UAE United Arab Emirates1984
UZB Uzbekistan1994RUS ( Rusia) 1900-1912
URS ( Kesatuan Soviet) 1924-1988
EUN ( Pasukan Bersatu) 1992
VIE Vietnam1952
YEM Yemen1992
  • Bahasa Inggeris digunakan seperti yang diperuntukkan dlm IOC

Acara sukan

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah acara sukan yang telah dan akan dipertandingkan di Sukan Asia

Pungutan pingat

[sunting | sunting sumber]
KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China (CHN)14739947203187
2 Jepun (JPN)103210379853054
3 Korea Selatan (KOR)7456638272235
4 Iran (IRI)179181197557
5 India (IND)155201316672
6 Kazakhstan (KAZ)155158244557
7 Thailand (THA)132175279586
8 Korea Utara (PRK)110144179433
9 Taipei Cina (TPE)99144276519
10 Indonesia (INA)91120235446
11 Uzbekistan (UZB)83120140343
12 Filipina (PHI)67114230411
13 Malaysia (MAS)63101148312
14 Pakistan (PAK)446397204
15 Qatar (QAT)433156130
16 Singapura (SIN)4158114213
17 Hong Kong (HKG)3879112229
18 Bahrain (BHR)37252385
19 Kuwait (KUW)26303490
20 Mongolia (MGL)254691162
21 Arab Saudi (KSA)25132361
22 Vietnam (VIE)187093181
23 Israel (ISR)18161953
24 Myanmar (MYA)16285599
25 Sri Lanka (SRI)11102041
26 Syria (SYR)971632
27 Iraq (IRQ)7172347
28 Emiriah Arab Bersatu (UAE)7171741
29 Jordan (JOR)5162445
30 Lubnan (LBN)55818
31 Kyrgyzstan (KGZ)4233865
32 Tajikistan (TJK)471728
33 Turkmenistan (TKM)381223
34 Kemboja (CAM)3249
35 Makau (MAC)2112033
36 Bangladesh (BAN)15612
37 Korea (COR)1124
38 Oman (OMA)1034
39 Laos (LAO)041115
40 Afghanistan (AFG)04711
41 Nepal (NEP)022224
42 Brunei (BRU)0044
43 Yaman (YEM)0022
44 Palestin (PLE)0011
Jumlah (44 negara)47784750575015278

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. China's Great Leap: The Beijing Games and Olympian Human Rights Challenges. Seven Stories. 2011-01-04. ISBN 9781583228432.
  2. "OCA History". OCA. Dicapai pada 14 August 2010.
  3. "1st AG New Delhi 1951". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  4. "2nd AG Manila 1954". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  5. "3rd AG Tokyo 1958". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  6. "4th AG Jakarta 1962". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  7. "5th AG Bangkok 1966". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  8. "6th Asian Games Bangkok 1970". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  9. "7th AG Tehran 1974". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  10. "8th AG Bangkok 1978". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  11. "9th AG New Delhi 1982". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  12. "10th AG Seoul 1986". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  13. "11th AG Beijing 1990". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  14. "12th AG Hiroshima 1994". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  15. "13th AG Bangkok 1998". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  16. "14th AG Busan 2002". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  17. "15th AG Doha 2006". OCA. Dicapai pada 2010-07-22.
  18. . OCA http://www.ocasia.org/Game/GHAFDetails?q=aKk4+eLTtkU0FFSe77Fvufjxr631hlJmR6bMoIpOU7pG1zyq6sPKBMEaCmq+p4r9j/xB3ZRR0mxCugkfYKPiGw==. Dicapai pada 22 November 2010. Text "title 16th AG Guangzhou 2010" ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  19. . OCA http://www.ocasia.org/Game/GHAFDetails?q=aKk4+eLTtkU0FFSe77FvufSabEQ+7pbdEdiwzqmxViilKeU8DBtcRpORjJxkGRKoY+p7/Kby5fQysZ6i4RcR8g==. Dicapai pada 19 September 2014. Text "title 17th AG Incheon 2014" ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  20. "18th AG Jakarta-Palembang 2018". OCA. Dicapai pada 20 September 2014.
  21. "19th AG Hangzhou 2022". OCA. Dicapai pada 16 September 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]