close
Pergi ke kandungan

Barisan Volkhov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan Volkhov (formasi pertama)
Aktif17 Disember 1941 – 23 April 1942
Negara Soviet Union
Cawangan Tentera Merah
JenisBarisan
PerananKumpulan tentera darat gempur
SaizEnam ketumbukan gabungan tempur, satu ketumbukan udara, tiga kor
PertempuranMembebaskan Pengepungan Leningrad
Kempen Musim Panas-Musim Luruh 1941
Kempen Musim Sejuk 1941–1942
Komander
Komander
terkenal
Marsyal Kesatuan Soviet Kirill Meretskov

Barisan Volkhov (Rusia: Волховский фронт) adalah sebuah formasi utama Tentera Merah semasa peringkat awal Perang Dunia Kedua. Ia dibentuk sebagai langkah segera untuk menghentikan kemaraan Kumpulan Tentera Darat Utara Jerman dalam penyerangan mereka ke arah Leningrad. Pada awalnya barisan ini beroperasi di selatan Leningrad, dengan rusuknya terletak di Tasik Ladoga.

Formasi pertama

[sunting | sunting sumber]

Barisan Volkhov telah dibentuk pada 17 Disember 1941 daripada rusuk kiri Barisan Leningrad dan elemen-elemen daripada Markas Simpanan Pemerintahan Tertinggi (Simpanan Stavka) semasa pelaksanaan operasi penyerangan Tikhvin di bawah pimpinan Jeneral Ketumbukan Kirill Meretskov, dengan Jeneral Grigory Stelmakh (bekas panglima Tentera Darat Ke-4) sebagai Ketua Staf dan Komisar Ketumbukan Pangkat Pertama A.I. Zaporozhets.[1]

Pada peringkat awal, Tentera Darat Ke-26 pimpinan Grigory Grigorievich Sokolov (kemudiannya menjadi Tentera Darat Gempur Ke-2) dan Tentera Darat Ke-59 pimpinan Ivan Galanin telah diserapkan ke Barisan ini. Barisan ini turut merangkumi Tentera Darat Ke-4 pimpinan Meretskov[2] dan Tentera Darat Ke-52 pimpinan Nikolai Klykov. Sokongan udara untuk Barisan ini disediakan oleh Ketumbukan Udara Ke-14 (Rusia: 14-я воздушная армия) yang diketuai oleh Mejar Jeneral I.P. Zhuravlev.[3] Tentera Darat Ke-8 yang dibentuk pada awal Januari juga telah ditambah kepada Barisan ini.[4] Pada mulanya, Barisan ini mengawal kawasan sepanjang 250 km. Formasi berjiran dengan Barisan ini ialah Tentera Darat Ke-54 daripada Barisan Leningrad (kemudiannya dimasukkan ke dalam Barisan Volkhov) dan Tentera Darat Ke-11 daripada Barisan Barat Laut.[1]

Matlamat Barisan Volkhov adalah untuk mara ke arah barat, bergerak menuju ke Barisan Leningrad.[5] Untuk mencapai matlamat ini, mereka perlu mengelirukan tentera Jerman dalam beberapa aspek. Contohnya, mereka menyerang musuh di kawasan berpaya, kawasan yang paling sukar dilalui di mana kelemahan Jerman mengimbangi kesukaran bergerak.[6] Taktik ini merupakan satu muslihat kerana tentera Soviet memberi tumpuan serangan pada sektor yang sangat sempit (16 kilometer).[6] Selain itu, Meretskov turut mengarahkan beberapa manuver palsu dan pengalihan perhatian. Salah satunya ialah strategi yang menyebabkan Jerman percaya bahawa tentera Soviet sedang menghimpunkan pasukan di Malaya Vishera, terletak di timur wilayah Volkhov.[6] Ini memberikan gambaran bahawa sasaran Barisan Volkhov adalah Novgorod, walhal serangan berlaku di lokasi lain. Sasaran sebenar Barisan Meretskov adalah melancarkan serangan utama ke arah selatan, ke Chudovo,[7] manakala sasaran utama Tentera Darat Ke-8 adalah di utara Mga.[6]

Tentera Darat Gempur Ke-2 dan Vlasov

[sunting | sunting sumber]

Andrey Vlasov telah dilantik sebagai Timbalan Panglima di bawah Meretskov dan mengetuai Tentera Darat Gempur Ke-2 (Rusia: 2-ая Ударная Армия). Pada 7 Januari 1942, beliau memimpin Operasi Penyerangan Lyuban untuk memecahkan kepungan ke atas Leningrad. Operasi ini dirancang sebagai operasi gabungan antara Barisan Volkhov dan Barisan Leningrad di sepanjang 30 km, dengan ketumbukan-ketumbukan lain dari Barisan Leningrad (termasuk Tentera Darat Ke-54) sepatutnya mengambil bahagian mengikut jadual. Selepas menyeberangi Sungai Volkhov, tentera Vlasov berjaya memecah masuk ke garisan Tentera Darat Ke-18 Jerman dan menembusi sejauh 70–74 km ke kawasan belakang Jerman.[1] Namun, ketumbukan lain (Tentera Darat Ke-4, Ke-52, dan Ke-59 Barisan Volkhov, Kor Ke-13 Kavalri, serta Kor Ke-4 dan Ke-6 Raifal Pengawal) gagal memberi sokongan yang diperlukan, dan tentera Vlasov terperangkap. Kebenaran untuk berundur telah ditolak. Dengan serangan balas pada Mei 1942, Tentera Darat Gempur Ke-2 akhirnya dibenarkan berundur, tetapi ketika itu ia telah terlalu lemah dan dihancurkan sepenuhnya. Vlasov telah ditawan oleh tentera Wehrmacht pada 6 Julai 1942.[8]

Kumpulan Beroperasi Volkhov

[sunting | sunting sumber]

Barisan ini telah dibubarkan dan elemen-elemennya disusun semula sebagai Kumpulan Beroperasi Volkhov dan dimasukkan ke dalam Barisan Leningrad pada 23 April 1942.[9]

Operasi Strategik

[sunting | sunting sumber]


Operasi Barisan dan Ketumbukan

[sunting | sunting sumber]

Formasi kedua

[sunting | sunting sumber]
Barisan Volkhov (formasi ke-2)
Aktif9 Jun 1942 – 15 Februari 1944
Negara USSR
CawanganGabungan tempur
JenisBarisan
PerananOfensif ketenteraan
SaizEnam ketumbukan gabungan tempur, satu ketumbukan udara, tiga kor
PertempuranMembebaskan Pengepungan Leningrad
Kempen Musim Sejuk (1942–43)
Kempen Musim Panas-Musim Luruh (1943)
Komander
Komander
terkenal
Marsyal Kesatuan Soviet K. A. Meretskov

Barisan ini dibentuk semula pada 9 Jun 1942 daripada Kumpulan Beroperasi Volkhov di bawah Barisan Leningrad dan berkhidmat sehingga 15 Februari 1944, terlibat dalam pembebasan Kepungan Leningrad serta menyertai operasi lain termasuk:

Operasi Strategik

[sunting | sunting sumber]
  • Penyerangan Strategik Leningrad–Novgorod tahun 1944 (Rusia: Ленинградско-Новгородская стратегическая наступательная операция 1944 года)
  • Pembebasan kepungan Leningrad melalui Operasi Iskra (Rusia: Наступательная операция «Искра» 1943 года)


Operasi Barisan dan Ketumbukan

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 3 Meretskov, On the service of the nation, Bab 6
  2. (Formasi Kedua) Diarkibkan 2012-03-20 di Wayback Machine. ВОВ-60 - (4-я Отдельная армия) Tentera Ke-4 Bebas (Formasi Pertama) adalah sebahagian daripada Front Barat.
  3. 14-я воздушная армия dengan kebenaran daripada laman web Aviators of the Second World War (penyelidikan oleh V.V. Kharin)
  4. Meretskov, On the service of the nation, Bab 6. Perintah susunan Front pada 1 Januari 1942 boleh didapati di sini
  5. Chaney, Otto Preston (1996). Zhukov. Norman: University of Oklahoma Press. m/s. 257. ISBN 0806128070.
  6. 1 2 3 4 Glantz, David (2005). Soviet Military Deception in the Second World War. New York: Franc Cass and Company, Ltd. m/s. 96. ISBN 9781136287657.
  7. Kleinfield, Gerald; Tambs, Lewis (2014). Hitler's Spanish Legion: The Blue Division in Russia in WWII. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books. m/s. 155. ISBN 9780811713917.
  8. Aleksandr Solzhenitsyn. The Gulag Archipelago. Harper & Row Publ., New York (1973), hlm. 252–253.
  9. Kementerian Pertahanan Persekutuan Rusia
  • Meretskov, K.A., On the service of the nation. Moscow, Politizdat, 1968 (Rusia: Мерецков К.А. На службе народу. — М.: Политиздат, 1968.)
  • Bonn/Glantz, Slaughterhouse: Handbook of the Eastern Front, Aberjona Press, Bedford, PA, 2005
  • John Erickson, The Road to Stalingrad, 1975, p. 278, 332
  • Lubbeck, William and David B. Hurt. At Leningrad's Gates: The Story of a Soldier with Army Group North, Philadelphia, PA: Casemate, 2006 (ISBN 1-932033-55-6).