Mohamed Hashim bin Mohd Ali
Mohamed Hashim bin Mohd Ali | |
|---|---|
| Panglima Angkatan Tentera Malaysia | |
| Dalam jawatan 6 Oktober 1987 – 11 April 1992 | |
| Didahului oleh | Mohd Ghazali Che Mat |
| Digantikan oleh | Yaacob Mohd Zain |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamed Hashim bin Mohamad Ali 10 April 1935 Ipoh, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 1 Oktober 2025 (umur 90) Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat semadi | Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pasangan | Majmin Yahaya[1] |
| Pertalian |
|
| Anak | 3 |
| Ibu bapa | Khalijah Ahmad Mohd Ali Mohd Taib |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | |
| Cabang/khidmat | |
| Tahun khidmat | 1957–1992 |
| Pangkat | |
| Pangkalan |
|
| Anugerah tentera | |
Jeneral (B) Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Hashim bin Mohd Ali (10 April 1935 − 1 Oktober 2025) adalah bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Mohammed Hashim Mohd Ali dilahirkan di Ipoh, Perak kepada ibu bapa Melayu berketurunan Minangkabau Rawa yang berasal dari Klang, Selangor dan mempunyai darah keturunan dari Rao Mapat Tunggul, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Selepas sahaja beliau tamat persekolahan rendah, beliau memasuki Institut Victoria, Kuala Lumpur dari tahun 1949 hingga 1955. Semasa di VI, beliau menjadi ketua pasukan hoki dan juga menjadi wakil sekolah dalam acara renang. Beliau juga menjadi jurulatih sekolah untuk menguruskan peperiksaan anjuran Royal Life Saving Society.
Kerjaya Tentera
[sunting | sunting sumber]Mohamed Hashim menceburi bidang tentera sebagai kerjaya. Beliau menjadi kadet di Royal Military Academy, Sandhurst sekitar tahun 1955 hingga 1957. Pada bulan Disember 1957, beliau ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja dan dihantar bertugas dengan Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Beliau juga pernah menjadi pegawai pemerintah Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu DiRaja semasa bertugas di Sarawak. Beberapa perlatikan sebagai pegawai staf mengikut. Setelah dilantik sebagai Brigedier Jeneral, beliau dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Rejang Area Security Command atau RASCOM di Sarawak. Di sana beliau berjaya membantu mengembalikan kedamaian dan keamanan serta kestabilan kawasan tersebut.
Pada tahun 1980, selepas menghadiri kursus di National Defence College, India, beliau dilantik sebagai Ketua Staf di Kementerian Pertahanan Malaysia berpangkat Mejar Jeneral.
Pada tahun 1982, beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Divisyen Kedua Infantri yang berpangkalan di Pulau Pinang. Dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Divisyen tersebut, beliau menjalinkan hubungan rapat dengan Ketua Pemerintah Region 4, Royal Thai Army. Hasil hubungan rapat tersebut dan peningkatan kerjasama kedua pihak, tekanan ketenteraan yang diberikan telah melumpuhkan keupayaan pengganas Komunis dalam menjalankan pemberontakan bersenjata mereka sehingga akhirnya menandatangani perjanjian damai pada tahun 1989.
Setelah melepaskan jawatan sebagai panglima pemerintah Rejimen 2 Divisyen, beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Turus Tentera Darat.
Pada bulan November 1985, beliau dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat. Pada bulan Oktober 1987, beliau mengambil alih jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera sehingga persaraannya pada bulan April 1992 (persaraan wajib secara pilihan kerana umurnya yang sudah memasuki 55 tahun) selepas berkhidmat selama 35-37 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Mohamed Hashim adalah penandatangan Perjanjian Hatyai bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam tugasnya sebagai Panglima Angkatan Tentera.
Selepas Bersara
[sunting | sunting sumber]Selepas bersara, Hashim dilantik menjadi pengarah di beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur.
Hashim dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi SUKOM Ninety Eight Berhad, syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia untuk menganjurkan dan menguruskan Sukan Komanwel 1998 ke-16 di Kuala Lumpur yang diadakan pada 11 hingga 21 September 1998.
Trivia
[sunting | sunting sumber]Adik-beradiknya adalah seperti berikut, beliau merupakan anak paling bongsu keseluruhannya di antara kesemua adik-beradiknya:-
- Abang sulungnya adalah Ismail Mohamed Ali (1918-1998) adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 1962 hingga 1980 dan juga bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga adalah bekas penuntut Institut Victoria, Kuala Lumpur.
- Kakak sulung, Saleha Mohd Ali (1921-2011), seorang doktor perubatan seperti Siti Hasmah
- Kakak keduanya, Siti Hasmah Mohd Ali (1926-) merupakan isteri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Mahathir Mohamad.
- Abang kedua, Ahmad Razali Mohd Ali (1929-2001) (bekas Menteri Besar Selangor)
- Abang bongsunya, Jaafar Mohd Ali (1932-2003), seorang usahawan Melayu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- ↑ "Menempoh penghidupan baru yang beragam". Berita Harian. 12 December 1961. m/s. 2.
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
- Penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang
- Penerima Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari
- Penerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor
- Penerima Darjah Dato' Setia Diraja Kedah
- Penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor
- Penerima Johan Mangku Negara
- Penerima Kesatria Mangku Negara
- Penerima Ahli Mangku Negara
- Penerima Ahli Bintang Sarawak
- Penerima Pingat Peringatan Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Kelahiran 1937
- Kematian 2025
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Panglima Angkatan Tentera Malaysia
- Panglima Tentera Darat Malaysia