Senandung Melayu merupakan album hasil nukilan Syura yang diterbitkan pada 2002. Album ini menampilkan 10 buah lagu yang dinyanyikan oleh Syura, lagu baru di dalam album ini iaitu Dendang Pusaka & Tenung -Tenung Renung-Renung dan selebihnya ialah lagu pop asli nyanyian artis terdahulu seperti lagu 'Mak Inang Kampung' nyanyian Zaleha Hamid & Allahyarham Sudirman Arshad yang telah diadun semula susunan muziknya dan lain lagu lagi.Album ini turut tercalon dalam Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003 , lagu di dalam album ini iaitu 'Tenung -Tenung Renung-Renung' yang merupakan kesinambungan dari lagu 'Pandang -Pandang Jeling-Jeling' nyanyian Siti Nurhaliza & Tan Sri Dato S. M. Salim mara ke Final Anugerah Juara Lagu ke-17 dalam kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif