Sultan Pahang
| Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang سلطان ڤهڠ دار المعمور | |
|---|---|
Wilayah/Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak 11 Januari 2019 | |
| dimasyhurkan 15 Januari 2019 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
| Pewaris takhta | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
| Penyandang pertama | Sultan Muhammad Shah |
| Pembentukan | 1 Mac 1470 |
| Persemayaman | Istana Abu Bakar, Pekan |
| Laman sesawang | istanapahang |
Sultan Pahang (Jawi: سلطان ڤهڠ) ialah gelaran raja berperlembagaan bagi negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Pahang ialah "Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang". Baginda merupakan ketua agama Islam di negeri Pahang dan sumber kepada segala darjah, gelaran, penghormatan di negeri ini.
Sejarah Kesultanan Pahang
[sunting | sunting sumber]Pengasas
[sunting | sunting sumber]Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.
Perebutan kuasa
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.
Serangan Acheh
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.
Di bawah pemerintahan Johor
[sunting | sunting sumber]Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).
Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.
Pemerintahan sendiri
[sunting | sunting sumber]Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini
Bendera Diraja Pahang
[sunting | sunting sumber]Bendera diraja Pahang merujuk kepada panji-panji peribadi yang digunakan oleh Sultan Pahang dan anggota utama kerabat diraja sebagai lambang rasmi kedudukan mereka dalam institusi Kesultanan Pahang. Setiap panji mempunyai reka bentuk tersendiri yang biasanya menampilkan warna diraja, lambang negeri atau lambang peribadi, dan digunakan dalam istiadat rasmi, pada kenderaan diraja serta di kediaman rasmi bagi menandakan kehadiran individu tersebut.
Berikut merupakan senarai Bendera Diraja Pahang :







Makna Warna
[sunting | sunting sumber]Warna yang digunakan pada panji peribadi kerabat diraja Pahang mempunyai makna simbolik yang berkait dengan tradisi diraja Melayu, kedaulatan pemerintahan serta kemakmuran negeri.
| Warna | Makna |
|---|---|
| Kuning Diraja | Melambangkan kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan tertinggi institusi diraja. Warna ini merupakan warna utama yang dikaitkan dengan raja-raja Melayu. |
| Putih | Melambangkan kesucian, keikhlasan serta keadilan dalam pemerintahan. |
| Hitam | Melambangkan kekuatan, keteguhan serta kestabilan pemerintahan negeri. |
| Emas | Melambangkan kemakmuran, kekayaan serta kebesaran institusi diraja Pahang. |
Gelaran Penuh
[sunting | sunting sumber]Gelaran penuh Sultan Pahang terkini ialah:
Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya
Sejarah gelaran penuh Sultan dan Pemerintah Pahang
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan sejarah gelaran penuh pemerintah Pahang berdasarkan warkah sejarah, catatan Sejarah Melayu, dan protokol rasmi Istana Abu Bakar:
Kesultanan Pahang Lama
(Era Melaka & Johor-Pahang)
[sunting | sunting sumber]| Tempoh | Gelaran penuh | Ringkasan gelaran penuh |
|---|---|---|
| 1470–1623 | Sultan yang mempunyai Takhta Kerajaan di dalam Negeri Pahang serta dengan segala Daerah Takluknya sekalian | Sultan Pahang |
| 1623–1806 | Sultan yang mempunyai Takhta Kerajaan di dalam Negeri Johor dan Pahang serta dengan segala Daerah Takluknya sekalian | Sultan Johor dan Pahang / Sultan Johor-Pahang |
- Nota: Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Shah II tanpa waris, takhta Pahang dan Johor disatukan di bawah Sultan Abdul Jalil Shah III pada tahun 1623.
Era Pemerintahan Bendahara Pahang
[sunting | sunting sumber]| Tempoh | Gelaran penuh | Ringkasan gelaran penuh |
|---|---|---|
| 1806–1881 | Yang Teramat Mulia Sri Paduka Dato' Bendahara Sewa Raja yang mempunyai Takhta Kerajaan di dalam Negeri Pahang serta Daerah Takluknya | Bendahara Pahang / Raja Bendahara |
- Pahang ditadbir secara autonomi oleh Dinasti Bendahara selepas perpecahan Empayar Johor-Riau.
Kesultanan Pahang Moden
[sunting | sunting sumber]| Tempoh | Gelaran penuh | Ringkasan | Sultan Pahang |
|---|---|---|---|
| 1881–1974 | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Jajahan Takluknya | Sultan Pahang | Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah |
| Sultan Mahmud ibni Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah | |||
| Sultan Abu Bakar | |||
| 1974–2024 | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya | Sultan Pahang | Sultan Ahmad Shah |
| Al-Sultan Abdullah | |||
| 2024–kini | Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya | Sultan Pahang | Al-Sultan Abdullah |
Senarai Sultan dan Pemerintah Pahang
[sunting | sunting sumber]Kesultanan Pahang Tua (1470–1617)
[sunting | sunting sumber]| No. | Gambar | Sultan Pahang | Pewaris Takhta | Tempoh pemerintahan | Tempoh masa pemerintahan | Sebab Tamat Pemerintahan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| (Wangsa Melaka-Pahang) | ||||||
| 1. | Sultan Muhammad Shah | Sultan Mansur Shah I | 1470–1475 | 5 tahun | Mangkat | |
| 2. | Sultan Abdul Jamil Shah | Tiada Waris | 1475–1475 2 Bulan | < 1 tahun | Tidak Diketahui | |
| 3. | Sultan Mansur Shah I (kali pertama) | Menyerahkan urusan kuasa kepada kekandanya yang lebih tua, Raja Ahmad (Sultan Ahmad Shah I) | 1475–1475 | < 1 tahun | Menyerahkan Kuasa. Diturunkan atau menyerahkan takhta secara aman kepada kekandanya yang lebih tua (Sultan Ahmad Shah I) kerana usia baginda yang masih terlalu muda ketika itu. | |
| 4. | Sultan Ahmad Shah I | Menyerahkan kembali takhta kepada adindanya, Raja Mansur (Sultan Mansur Shah I) | 1475–1497 | 22 tahun | Baginda menyerahkan kembali takta kepada adindanya (Sultan Mansur Shah I) akibat kekecewaan politik serta rasa duka,lalu memencilkan diri untuk beribadah di Lubuk Pelang sehingga mangkat (bergelar Marhum Syeikh) | |
| 5 | Sultan Mansur Shah I (kali kedua) | Raja Mahmud (Sultan Mahmud Shah I) (anakanda) | 1497–1519 | 22 tahun | Mangkat akibat gering | |
| 6. | Sultan Mahmud Shah I | Raja Muzaffar (Sultan Muzaffar Shah) (anakanda) | 1519–1530 | 11 tahun | Mangkat | |
| 7. | Sultan Muzaffar Shah | Raja Zainal Abidin (Sultan Zainal Abidin Shah) (adinda) | 1530–1542 | 12 tahun | Mangkat akibat dibunuh.Mengikut rekod sejarah baginda mangkat dibunuh oleh pihak istana akibat konflik peribadi/politik. | |
| 8. | Sultan Zainal Abidin Shah | Raja Mansur (Sultan Mansur Shah II) (anakanda) | 1542–1555 | 13 tahun | Mangkat akibat gering | |
| 9. | Sultan Mansur Shah II | Tanpa Waris tampuk pemerintahan digantikan oleh adinda - adindanya Sultan Abdul Jamal Shah & Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah | 1555–1560 | 5 tahun | Baginda terkorban dalam pertempuran laut sengit menentang armada Portugis Melaka sekitar tahun 1560. | |
| 10. | Sultan Abdul Jamal Shah memerintah bersama Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah | Raja Ahmad (Sultan Ahmad Shah II) | 1560–1590 | 30 tahun | Mangkat dibunuh.Baginda memerintah bersama adindanya namun akhirnya mangkat akibat pembunuhan politik dalam istana. | |
| 11. | Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah memerintah bersama Sultan Abdul Jamal Shah | 1560–1590 | 30 tahun | Mangkat secara semula jadi semasa memerintah bersama kekandanya. | ||
| 12. | Sultan Ahmad Shah II | Digantikan oleh Bapa Saudaranya Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah | 1590–1592 | 2 tahun | Baginda (Raja Ahmad) yang masih muda digantikan oleh bapa saudaranya, Sultan Abdul Ghafur,atas keputusan para pembesar demi menyelamatkan Pahang yang sedang bergolak. | |
| 13. | Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah | Raja Muda Abdullah (mangkat dibunuh bersama ayahandanya pada 1614) (anakanda) | 1592–1614 | 22 tahun | Mangkat dibunuh.Baginda bersama anakandanya (Raja Muda Abdullah) telah diracun/dibunuh di Padang Buluh,Pekan oleh salah seorang anakanda baginda yang lain (Raja Alauddin) yang mahu merebut takhta. | |
| 14. | Sultan Alauddin Riayat Shah | Merampas takhta dan tidak sempat melantik waris sebelum dijatuhkan oleh serangan Aceh | 1614–1615 | 1 tahun | Diusir/Diturunkan takhta.Selepas merampas takhta daripada ayahandanya,pemerintahan baginda runtuh apabila Kesultanan Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda menyerang Pahang secara besar-besaran,memaksa baginda melarikan diri ke kawasan pedalaman. | |
| 15. | Sultan Abdul Jalil Shah III kemudian menjadi Sultan Johor-Pahang pada tahun 1623 | Dilantik sebagai pemerintah Pahang bawah naungan sebelum empayar disatukan menjadi Kesultanan Johor-Pahang pada 1623 | 1615–1617 | 2 tahun | Kejatuhan Empayer & Pertukaran Geopolitik.Fasa pertama pemerintahan baginda di Pahang tamat selepas Kesultanan Aceh menawan sepenuhnya Pahang pada tahun 1617 dan membawa kerabat diraja sebagai tawanan.Baginda kemudiannya dilantik semula menjadi Sultan Johor-Pahang pada tahun 1623. | |
Kesultanan Johor-Pahang (1623–1830)
[sunting | sunting sumber]| No. | Gambar | Sultan Johor-Pahang | Pewaris Takhta | Tempoh pemerintahan | Tempoh masa pemerintahan | Sebab Tamat Pemerintahan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| (Wangsa Melaka-Johor) | ||||||
| 1. | Sultan Abdul Jalil Shah III | Sultan Abdul Jalil Shah (adinda) | 1623–1677 | 54 tahun | Mangkat di Kuala Pahang | |
| 2. | Sultan Ibrahim Shah | Raja Mahmud Sultan Mahmud Shah II (anakanda) | 1677–1685 | 8 tahun | Mangkat di Riau | |
| 3. | Sultan Mahmud Shah II | Tanpa meninggalkan waris sah. Takhta empayar beralih kepada Wangsa Bendahara melalui pelantikan Bendahara Tun Abdul Jalil (Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV). | 1685–1699 | 14 tahun | Mangkat ditikam oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam peristiwa bersejarah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi,Johor.Baginda tidak meninggalkan waris sah,menandakan berakhirnya zuriat keturunan Sultan Melaka. | |
| (Wangsa Bendahara) | ||||||
| 4. | Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV | Tengku Sulaiman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (anakanda) | 1699–1718 | 19 tahun | Diturunkan takhta.Baginda dijatuhkan daripada takhta ekoran serangan mengejut oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya sebagai putera kandung Sultan Mahmud Shah II | |
| (Wangsa Melaka-Johor) | ||||||
| 5. | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah | Tiada Waris | 1718–1722 | 4 tahun | Digulingkan.Ditumpaskan dan diusir keluar dari pusat pemerintahan oleh pakatan anak-anak Bendahara Johor bersama keturunan Lima Bersaudara Bugis. | |
| (Wangsa Bendahara) | ||||||
| 6. | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | Tengku Abdul Jalil Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (anakanda) | 1722–1760 | 38 tahun | Mangkat | |
| 7. | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V | Tengku Ahmad Sultan Ahmad Riayat Shah (anakanda) | 1760–1761 | 1 tahun | Mangkat di Selangor semasa dalam perjalan pulang ke Riau. | |
| 8. | Sultan Ahmad Riayat Shah | Tanpa Waris. Digantikan oleh adindanya Tengku Mahmud Sultan Mahmud Shah III | 1761–1761 | < 1 tahun | Baginda mangkat pada usia yang sangat muda (kanak-kanak) selepas hanya beberapa bulan menaiki takhta. | |
| 9. | Sultan Mahmud Riayat Shah III | Tengku Abdul Rahman Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (anakanda) | 1761–1812 | 51 tahun | Mangkat di Lingga | |
| 10. | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pada tahun 1830 | Tengku Muhammad Sultan Muhammad II Muazzam Shah (anakanda) | 1812–1830 | 18 tahun | Perpecahan Empayer (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824).Berikutan campur tangan barat,empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga berpecah dua.Baginda mengambil keputusan untuk menetap dan memerintah kepulauan Riau-Lingga secara berasingan bermula tahun 1830. | |
Sultan Riau-Lingga yang masih diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain (1830 - 1857)
[sunting | sunting sumber]| No. | Gambar | Sultan Riau-Lingga (Sultan de jure Johor-Pahang) | Pewaris Takhta | Tempoh pemerintahan | Tempoh masa pemerintahan | Sebab Tamat Pemerintahan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10. | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | Tengku Muhammad (anakanda) | 1830–1832 | 2 tahun | Mangkat | |
| 11. | Sultan Muhammad II Muazzam Shah | Tengku Mahmud (anakanda) | 1832–1835 | 3 tahun | Mangkat | |
| 12. | Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II (bapa saudara) Walau bagaimanapun, bermula tahun 1857 ini, pihak Bendahara Pahang tidak lagi mengiktiraf pengganti Sultan Riau-Lingga dan memutuskan hubungan ulayat tersebut secara total | 1835–1857 | 22 tahun | Dipecat oleh pihak penjajah.Baginda diturunkan daripada takhta secara paksa oleh kerajaan kolonial Belanda kerana kelantangan baginda menentang dasar imperialisme barat, sekali gus menamatkan tuntutan hak de jure ke atas wilayah Pahang. |
Kerajaan Bendahara Pahang (1770–1881)
[sunting | sunting sumber]| No. | Gambar | Bendahara Johor-Pahang Raja Bendahara Pahang Pemerintah autonomi Pahang | Pewaris Takhta | Tempoh pemerintahan | Tempoh masa pemerintahan | Sebab Tamat Pemerintahan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kesultanan Johor-Pahang (Wangsa Bendahara) | ||||||
| 1. | Bendahara Tun Abdul Majid | Tun Muhammad (Bendahara Tun Muhammad) (anakanda) | 1770–1802 | 32 tahun | Mangkat (Pemerintahan autonomi Pahang pertama) | |
| 2. | Bendahara Tun Muhammad | Tun Koris (Bendahara Tun Koris) (adinda) | 1802–1803 | 1 tahun | Mangkat akibat lemas.Baginda lemas selepas kapal laut yang dinaikinya karam dipukul ribut di pesisir pantai Endau semasa dalam pelayaran balik dari Johor ke Pahang. | |
| 3. | Bendahara Tun Koris | Tun Ali (Bendahara Tun Ali) (anakanda) | 1803–1806 | 3 tahun | Mangkat akibat menderita penyakit kronik (gering) | |
| 4. | Bendahara Tun Ali | Tun Mutahir (Bendahara Tun Mutahir) yang dimasyhurkan sebagai Engku Muda (Waris Ganti) pada tahun 1847 (anakanda) | 1806–1830 | 24 tahun | Mangkat setelah memegang tampuk pemerintahan Pahang secara yang aman selama lebih 50 tahun. | |
| Pahang bertuankan Sultan Riau-Lingga (Wangsa Bendahara) | ||||||
| 4. | Bendahara Tun Ali | Tun Mutahir (Bendahara Tun Mutahir) yang dimasyhurkan sebagai Engku Muda (Waris Ganti) pada tahun 1847 (anakanda) | 1830–1857 | 27 tahun | Mangkat setelah memegang tampuk pemerintahan Pahang secara yang aman selama lebih 50 tahun. | |
| 5. | Bendahara Tun Mutahir | Tiada Waris | 1857–1863 | 6 tahun | Tumpas dalam Perang Saudara.Baginda bersama anakandanya kalah dalam Perang Saudara Pahang menentang adindanya,Wan Ahmad.Baginda terpaksa berundur ke Johor dan mangkat akibat kecederaan/sakit di Kuala Sedili pada Mei 1863. | |
| Negeri Pahang Moden (Wangsa Bendahara) | ||||||
| 6. | ![]() | Bendahara Tun Ahmad kemudian menjadi Sultan Pahang pada tahun 1881 | Sultan Mahmud Shah (anakanda sulung) | 1863–1881 | 18 tahun | Gelarannya tamat kerana dinaikkan taraf.Kuasa baginda sebagai Bendahara secara rasmi berakhir kerana baginda telah diiytiharkan dan ditabalkan oleh seluruh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang Moden yang Pertama pada tahun 1881. |
Kesultanan Pahang Moden (1881–kini)
[sunting | sunting sumber]| No. | Gambar | Sultan Pahang | Pewaris Takhta | Tempoh pemerintahan | Tempoh masa pemerintahan | Sebab Tamat Pemerintahan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| (Wangsa Bendahara) | ||||||
| 1. | ![]() | Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah[2] | Sultan Mahmud Shah (anakanda sulung) | 1881–1914 | 33 tahun | Turun takhta.Baginda menyerahkan kuasa pemerintahan negeri kepada puteranya (Sultan Mahmud) pada 1909 ekoran faktor usia yang terlalu tua dan masalah kesihatan (mangkat pada tahun 1914) |
| 2. | ![]() | Sultan Mahmud | Tanpa Waris tampuk pemerintahan diambil alih oleh adindanya Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah | 1914–1917 | 3 tahun | Mangkat di Rumah Rehat Kuala Pahang tanpa meninggalkan sebarang waris lelaki. |
| 3. | Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah | Tengku Abu Bakar (dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang yang pertama pada 4 Jun 1930) | 1917–1932 | 15 tahun | Mangkat di istana Pekan | |
| 4. | ![]() | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah | Tengku Ahmad Shah (anakanda) | 1932–1974 | 42 tahun | Mangkat di Istana Kecil Pekan setelah menerajui negeri selama 42 tahun |
| 5. | ![]() | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | Tengku Abdullah (anakanda) | 1974–2019 | 45 tahun | Turun takhta.Baginda menyerahkan takhta pemerintahan kepada putera mahkotanya pada 11 Januari 2019 atas keputusan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang berikutan masalah kesihatan baginda yang amat gering ketika itu (mangkat pada Mei 2019) |
| 6. | ![]() | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[3] | Tengku Hassanal (anakanda) | 2019–kini | 7 tahun (sedang memerintah) | Sedang Memerintah |
Pewaris Takhta Kesultanan Pahang
[sunting | sunting sumber]Institusi pewaris takhta Kesultanan Pahang telah melalui evolusi gelaran yang panjang seiring dengan perubahan sistem politik negeri. Bermula daripada gelaran Raja Muda pada era klasik, gelaran penggantian kemudiannya beralih kepada jurai Waris Bendahara semasa era empayar, sebelum gelaran rasmi Tengku Mahkota Pahang diperkenalkan dengan penuh adat istiadat pada tahun 1930 di bawah sistem perlembagaan moden bagi merujuk kepada putera sulung yang bakal mewarisi takhta kerajaan Darul Makmur.[4]
Kronologi Pewaris Takhta Kesultanan Pahang
[sunting | sunting sumber]Jadual di bawah merekodkan semua tokoh sejarah yang telah dilantik, diiktiraf, atau dimasyhurkan secara rasmi sebagai pewaris utama kepada takhta pemerintahan Pahang mengikut fasa-fasa sejarah:
| No. | Gambar | Pewaris Takhta (Gelaran) | Tempoh sebagai Pewaris | Tempoh masa pemerintahan | Sultan / Pemerintah di bawah Naungan | Kesudahan / Nota |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Era Kesultanan Pahang Tua (Wangsa Melaka-Pahang) — Gelaran: Raja Muda | ||||||
| 1 | Raja Mansur | 1470 – 1475 | 5 tahun | Sultan Muhammad Shah | Menaiki takhta sebagai Sultan Pahang ke-3 | |
| 2 | Raja Ahmad | 1475 – 1475 | < 1 tahun | Sultan Mansur Shah I | Memegang urusan kuasa fasa pertama kerana adindanya masih terlalu muda; kemudian menaiki takhta sebagai Sultan Ahmad Shah I | |
| 3 | Raja Mansur | 1475 – 1497 | 22 tahun | Sultan Ahmad Shah I | Memegang status pewaris utama semula selepas penyerahan takhta; menaiki takhta kali kedua pada 1497 | |
| 4 | Raja Mahmud | 1497 – 1519 | 22 tahun | Sultan Mansur Shah I | Menaiki takhta sebagai Sultan Mahmud Shah I | |
| 5 | Raja Muzaffar | 1519 – 1530 | 11 tahun | Sultan Mahmud Shah I | Menaiki takhta sebagai Sultan Muzaffar Shah | |
| 6 | Raja Zainal Abidin | 1530 – 1542 | 12 tahun | Sultan Muzaffar Shah | Menaiki takhta sebagai Sultan Zainal Abidin Shah | |
| 7 | Raja Mansur | 1542 – 1555 | 13 tahun | Sultan Zainal Abidin Shah | Menaiki takhta sebagai Sultan Mansur Shah II | |
| 8 | Raja Ahmad | 1560 – 1590 | 30 tahun | Sultan Abdul Jamal Shah & Sultan Abdul Kadir | Pewaris bersama di bawah pemerintahan dua Sultan; menaiki takhta sebagai Sultan Ahmad Shah II | |
| 9 | Raja Abdul Ghafur | 1590 – 1592 | 2 tahun | Sultan Ahmad Shah II | Menjadi pewaris utama/pengganti rasmi sebelum menaiki takhta sebagai Sultan Abdul Ghafur | |
| 10 | Raja Muda Abdullah | 1592 – 1614 | 22 tahun | Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah | Mangkat dibunuh bersama ayahandanya di Padang Buluh; tidak sempat menaiki takhta | |
| 11 | Raja Bujang | 1615 – 1617 | 2 tahun | Sultan Alauddin Riayat Shah | Dilantik sebagai pemerintah fasa pertama di bawah naungan sebelum empayar disatukan menjadi Kesultanan Johor-Pahang pada 1623 | |
| Era Kesultanan Johor-Pahang (Pahang Di Bawah Naungan Empayar) — Gelaran: Yamtuan Muda / Raja Muda | ||||||
| 12 | Raja Abdul Jalil Shah | 1641 – 1676 | 35 tahun | Sultan Abdul Jalil Shah III | Dilantik sebagai Yamtuan Muda (Pewaris Takhta Empayar) dan bersemayam di Pahang; mangkat sebelum sempat menaiki takhta | |
| 13 | Raja Ibrahim ibni Raja Bajau | 1676 – 1677 | 1 tahun | Sultan Abdul Jalil Shah III | Menjadi pewaris utama di Pahang selepas kemangkatan ayahandanya; menaiki takhta Empayar Johor-Pahang pada 1677 | |
| 14 | Raja Sulaiman | 1699 – 1718 | 19 tahun | Sultan Abdul Jalil IV | - | |
| 15 | Raja Abdul Jalil | 1722 – 1760 | 38 tahun | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | - | |
| 16 | Raja Ahmad | 1760 – 1761 | 1 tahun | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah | - | |
| 17 | Raja Abdul Rahman | 1761 – 1812 | 51 tahun | Sultan Mahmud Riayat Shah III | ||
| 18 | Raja Muhammad II | 1812 – 1832 | 20 tahun | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | ||
| Era Kerajaan Bendahara Pahang (Negeri Autonomi Wangsa Bendahara) — Gelaran: Waris / Engku Muda | ||||||
| 19 | Tun Muhammad | 1770 – 1802 | 32 tahun | Bendahara Tun Abdul Majid | Menaiki takhta sebagai Raja Bendahara Pahang ke-2 | |
| 20 | Tun Koris | 1802 – 1803 | 1 tahun | Bendahara Tun Muhammad | Mangkat mengejut akibat lemas di laut, takhta diwarisi oleh adindanya | |
| 21 | Tun Ali | 1803 – 1806 | 3 vintage | Bendahara Tun Koris | Menaiki takhta sebagai Raja Bendahara Pahang ke-4 | |
| 22 | Tun Mutahir | 1847 – 1857 | 10 tahun | Bendahara Tun Ali | Diisytiharkan sebagai Engku Muda (Waris Ganti Pahang) pada 1847 sebelum mewarisi takhta penuh pada 1857 | |
| 23 | Tengku Mahmud | 1881 – 1909 | 28 tahun | Sultan Ahmad Muadzam Shah | Menaiki takhta Sultan Pahang Moden ke-2 pada 1914 selepas kemangkatan ayahandanya | |
| Era Kesultanan Pahang Moden (Wangsa Bendahara) — Gelaran: Tengku Mahkota Pahang | ||||||
| 24 | ![]() | Tengku Abu Bakar ibni Sultan Abdullah | 1930 – 1932 | 2 tahun | Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah | Dilantik pada 4 Jun 1930; menaiki takhta sebagai Sultan Pahang Moden ke-4 selepas kemangkatan ayahandanya pada 1932 |
| 25 | ![]() | Tengku Ahmad Shah Al Musta'in Billah | 1944 – 1974 | 30 tahun | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah | Memegang jawatan selama 30 tahun; menaiki takhta sebagai Sultan Pahang ke-5 |
| 26 | ![]() | Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah | 1975 – 2019 | 44 tahun | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | Dilantik pada 1 Julai 1975; memegang gelaran selama 44 tahun sebelum menaiki takhta sebagai Sultan Pahang ke-6 |
| 27 | ![]() | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah | 2019 – Kini | 7 tahun | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | Pewaris takhta semasa (Tengku Mahkota Pahang ke-4); pernah menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja Pahang (2019–2024) |
Aturan Penggantian Takhta Semasa
[sunting | sunting sumber]Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, penggantian takhta adalah berdasarkan prinsip primogeniture lelaki, iaitu keutamaan diberikan kepada jurai keturunan lelaki sulung yang sah daripada keturunan Sultan yang memerintah. Sekiranya tidak mempunyai waris, takhta akan beralih kepada adinda lelaki Sultan mengikut kekananan umur, dengan syarat calon tersebut beragama Islam, berdarah raja yang sah, serta mendapat pengesahan daripada Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang.
Berikut ialah susunan hierarki penggiliran (line of succession) takhta Kesultanan Pahang semasa:
Merupakan Tengku Mahkota Pahang dan Putera sulung Sultan Abdullah. Beliau juga merupakan Pewaris pertama.
Merupakan Tengku Arif Bendahara Pahang dan Putera kedua Sultan Abdullah. Beliau juga merupakan Pewaris kedua.
3. Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
[sunting | sunting sumber]Merupakan Tengku Panglima Perang Pahang dan Putera ketiga Sultan Abdullah. Beliau juga merupakan Pewaris Ketiga.
Keturunan Kerabat Diraja Pahang Sekarang
[sunting | sunting sumber]| No. | Nama & Gelaran Rasmi | Hubungan | Darjah | Pasangan / Nota |
|---|---|---|---|---|
| PEMERINTAH & PASANGAN | ||||
| 1 | Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | Sultan Pahang ke-6 | DKP, DK, SAAS | Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang |
| 2 | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | Tengku Ampuan Pahang | DKP, DK, SSAP | Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang |
| 3 | Yang Amat Berbahagia Che Puan Julia Rais | Isteri Kedua Sultan Abdullah | - | Bonda kepada Tengku Puteri Iman Afzan, Ilisha Ameera & Ilyana Alia |
| WARIS TAKHTA & PUTERA-PUTERA | ||||
| 4 | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah | Tengku Mahkota Pahang | DK I, SSAP, SIMP | Kebawah Duli Paduka Mulia Pemangku Raja Pahang |
| 5 | YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah | Tengku Arif Bendahara | SSAP, SIMP | Suami kepada YHM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan |
| 6 | YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah | Tengku Panglima Perang | SSAP | Anakanda ke-3 (Kembar kepada Tengku Puteri Afzan) |
| 7 | YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah | Tengku Panglima Raja | SSAP, SIMP | Anakanda Angkat; Suami kepada YM Puteri Suraiya Afzan |
| PUTERI-PUTERI DIRAJA | ||||
| 8 | YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan | Tengku Puteri Raja | SSAP | Isteri kepada YM Tengku Abu Bakar Ahmad |
| 9 | YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera | Tengku Puteri Raja | SIMP | Anakanda Sultan Abdullah & Che Puan Julia Rais |
| 10 | YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia | Tengku Puteri Raja | SIMP | Anakanda Sultan Abdullah & Che Puan Julia Rais |
| 11 | YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah | Tengku Puteri Raja | SSAP | Isteri kepada Yang Mulia FD Idzham FD Iskandar |
| 12 | YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah | Tengku Puteri Raja | SSAP | Anakanda bongsu Sultan Abdullah & Tunku Azizah |
| ADIK-BERADIK SULTAN (KERABAT BERGELAR) | ||||
| 13 | YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah | Tengku Muda Pahang | DK I, SSAP | Adinda Sultan Abdullah; Suami kepada Cik Puan Muda Julita Aishah |
| 14 | YAM Tengku Fahad Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah | Tengku Arif Temenggong | DK I, SSAP | Adinda Sultan Abdullah (Bonda: YABhg. Che Puan Besar Kalsom Abdullah) |
| No. | Nama & Gelaran Rasmi | Hubungan | Nota / Status
|
|---|---|---|---|
| GENERASI CUCU (ANAKANDA TENGKU PUTERI IMAN AFZAN) | |||
| 1 | Yang Mulia Tengku Zayn Edin Shah
|
Cucu Lelaki Sulung | Putera sulung kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan & YM Tengku Abu Bakar Ahmad (Lahir: 23 Julai 2019) |
| 2 | Yang Mulia Tengku Aleya Norlini
|
Cucu Perempuan | Puteri kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan & YM Tengku Abu Bakar Ahmad (Lahir: 2 Februari 2021) |
| 3 | Yang Mulia Tengku Jaden Khalid Shah
|
Cucu Lelaki | Putera kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan & YM Tengku Abu Bakar Ahmad (Lahir: 2023) |
| GENERASI CUCU (ANAKANDA TENGKU AMIR NASSER) | |||
| 4 | Yang Mulia Tengku Adam Ibrahim Shah
|
Cucu (Anakanda Angkat) | Putera sulung kepada YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah & YM Puteri Suraiya Afzan (Lahir: 27 Disember 2015) |
| 5 | Yang Mulia Tengku Sulaiman Abdullah Shah
|
Cucu (Anakanda Angkat) | Putera kedua kepada YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah & YM Puteri Suraiya Afzan (Lahir: 25 Jun 2018) |
| 6 | Yang Mulia Tengku Nuh Muhammad Shah
|
Cucu (Anakanda Angkat) | Putera ketiga kepada YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah & YM Puteri Suraiya Afzan (Lahir: 10 Mei 2022) |
| INFO TAMBAHAN | |||
| |||
Nota Tambahan
[sunting | sunting sumber]Darjah Kebesaran Pahang
[sunting | sunting sumber]
Nota Tambahan:
|
Panduan Gelaran & Protokol Diraja Pahang
[sunting | sunting sumber]
|
|
📌 Nota Protokol:
- Perkataan "Al-Sultan" adalah gelaran khas bagi Sultan Pahang ke-6 (Sultan Abdullah) sebagai pengganti kepada "Sultan".
- Penggunaan gelaran "Che Puan" diberikan kepada isteri-isteri kerabat diraja yang bukan berketurunan raja (orang kebanyakan).
- Gelaran "Tengku Puteri Raja" adalah gelaran khas yang dikurniakan secara peribadi oleh Sultan kepada puteri-puteri baginda.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010.
- ↑ "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
- ↑ Israr Khalid (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Jan". Astro Awani. Dicapai pada 12 Januari 2019. Unknown parameter
|dead-url=ignored (bantuan) - ↑ Laman Web Rasmi Pejabat Sultan Pahang. (2021). Sejarah Institusi Kesultanan Pahang Moden. Kerajaan Negeri Pahang.





