Timbalan Presiden UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | |
|---|---|
| Gelaran | Yang Berhormat |
| Bidang kuasa | Malaysia |
| Dibentuk | 1946 |
| Pemegang pertama | Abdul Razak Hussein |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Timbalan Presiden UMNO merujuk kepada jawatan kedua tertingi dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia dan pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 50-an.
Timbalan Presiden pertama UMNO ialah Tun Abdul Razak Hussein (1951-1970) dan diikuti oleh (mengikut turutan) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (1970-1973), Tun Hussein Onn (1973-1976), Tun Dr. Mahathir Mohamad (1976-1981), Tun Musa Hitam (1981-1987), Tun Abdul Ghafar Baba (1987-1993), Dato' Seri Anwar Ibrahim (1993-1998), Tun Abdullah Ahmad Badawi (1998-2003), Dato' Seri Mohd Najib Razak (2003-2009), Tan Sri Muhyidin Yasin (2009-2016), Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi (2016-2018) dan penyandang sekarang ialah Dato' Seri Mohamad Hasan (2018-sekarang).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kebiasaannya diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas kapasiti sebagai parti terbesar dan menjadi orang nombor 2 dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia.[1]
Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, parti tersebut tidak lagi menjadi kerajaan sebaliknya menjadi pembangkang. Oleh kerana itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dapat lagi dijawat.[2]
Setelah menjadi kerajaan semula dengan bergabung bersama-sama Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas bagi membentuk sebuah kerajaan campuran, Kerajaan Perikatan Nasional,[3] jawatan Timbalan Perdana Menteri masih tidak dapat dijawat oleh Timbalan Pengerusi Nasional kerana, penyandangnya, Mohamad Hasan bukan merupakan Ahli Dewan Rakyat Malaysia sebaliknya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Sebaliknya, Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin I.[4]
Senarai Timbalan Presiden UMNO
[sunting | sunting sumber]- Pulau Pinang
- Johor
- Negeri Sembilan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) mengiringi calon calon Barisan Nasional
- ↑ Sorotan 2018: BN kali pertama kalah dalam PRU
- ↑ Enam parti yang bentuk kerajaan sokong tubuh Perikatan Nasional
- ↑ Ismail Sabri mula tugas Timbalan Perdana Menteri
