close
The Wayback Machine - https://web.archive.org/web/20140116123305/http://www.kudagalak.com/

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, May 25, 2013

Introduction to Horse Riding and Archery :: It's Sunnah!



Hamzah, (penjaga kuda di Perdana Stables milik Tun Dr Mahathir Muhammad di Pulau Langkawi) adalah seorang penunggang kuda yang tangkas, sedang menunggang Al Barriq. Al Barriq adalah kuda stallion Arab pemberian Raja Arab Saudi semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sejak kita lahir kita sudah terbiasa mendengar kuda yang dikaitkan dengan perjudian seperti loteri lumba kuda, juga yang berkaitan permainan polo. Yang banyak terlibat pula adalah para taukey kapitalis, taukey judi seluruh dunia, orang-orang atasan.
Budaya berkuda seolah-olah dipinggirkan dari seluruh lapisan masyarakat kita. Hingga terwujud satu mentaliti terkait iaitu, KUDA = JUDI = HARAM.
Yang Mulia Sultan Mizan, Yang Dipertuan Agong bila ditanya orang ” Kenapa gemar berkuda?”
Jawab baginda ” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”
Bahkan ! Berkuda ini adalah kesukaan Nabi. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa apa pun yang junjungan besar nabi kita buat akan segera dimusuhi, diburukkan dan diputar belit oleh musuh. Contohnya amalan poligami, ia satu sunnah yang menjadi amalan para solehin, dicemuh dan dimomokkan hingga dibenci sungguh oleh orang Islam sendiri.
Musuh Islam apabila melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda,  mereka tahu kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam. Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan dapat memanfaatkan umat Islam.
Mereka sangat-sangat berhasad dengki dan memburukkan segala yang dari Rasulullah sejak sekian lama dan merancang agar umat manusia sedunia menganggap baik semua kejahatan mereka.
Namun, pejuang Islam di TIMUR akhir-akhir ini telah berjaya meleraikan fitnah kepada Islam, bermula dari yang paling asas iaitu membudayakan kewajiban menutup aurat dengan memakai tudung, malah amalan poligami turut dibela semula.
Apabila Rasulullah SAW berkuda dan dilihat hebat serta nampak ada kekuatan, musuh Islam merosakkan budaya ini, maka dibuat berkuda ini dikaitkan dengan judi, hanya untuk orang atasan, maka mereka kawal kuda ini dari sampai ke umat Islam seperti juga mereka menghalang dari orang memperkatakan tentang Imam Mahdi.
Ada sesetengah kuda jenis Arab Sambrani mempunyai  tanda kebesaran iaitu tanda seperti huruf alif di lehernya dan tanda ini menunjukkan ia kuda keturunan kuda Rasulullah. Tanda ini diperturunkan kepada bakanya hingga sekarang. Tanda lekuk itu ialah satu ‘impression’ iaitu tempat  tekan ibu jari Rasulullah SAW semasa memegang lehernya untuk menaikinya.  Tanda ini juga dikenali dengan nama ‘ THE PROPHET’S THUMB’ . Inilah mukjizat.
FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
——————————————————————
Tun Dr Mahathir Mohamad mula meminati riadhah berkuda semasa berumur 60 tahun. Beliau mengekalkan kesihatan badannya dengan mengamalkan sunnah kegemaran Rasulullah ini.
Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim)
Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.
Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.
Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).
Dan ia bersabda:
“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi kebutuhannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim
Alifah, salah satu kuda peliharaan GISB di Kedah, mempunyai tanda “the prophet’s thumb’ di lehernya.

Thursday, May 9, 2013


KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA





HADITHRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)

TERAPI BERKUDA

Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). “Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan”.

Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.
Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat :-a) membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.
b) Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.
c) Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).
Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :-
i) Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka.
ii) Melatih mereka supaya mematuhi disiplin.
iii) Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.
iv) Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. v) Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua’lam

Monday, April 22, 2013

Siri Mengenal Jenis Kuda: Thoroughbred




Biodata

Jenis Kegunaan Kuda            :   Kuda tunggangan
Purata Ketinggian                  :   15.2 hh (tapak tangan)
Purata Berat                          :   500 kg (1,100 lb)
Variasi Warna                       :   Hitam, coklat keperangan, coklat kehitaman, kelabu, chestnut
Negara Asal                          :   England

Keterangan

Baka kuda ini adalah berasal dari Kuda Arab. Kuda Thoroughbred ini sangat bertenaga dan kelihatan elegan. Baka kuda jenis ini adalah baka yang utama untuk kegunaan berlumba, melompat, dan memburu. Kuda baka jenis ini yang paling laju pernah direkodkan ialah ia mampu berlari pada kelajuan 55-65 km/j (35-40 mph) dan boleh melangkah sejauh 6 meter (20 kaki) dalam 1 langkah tunggal.


Apabila menunggang dalam perlumbaan, penunggang akn tunduk ke hadapan dalam kedudukan berlutut. Ini adalah supaya penunggang tersebut tidak memperlahankan kelajuan larian kuda itu jika penunggang meletakkan berat badan terlalu banyak di belakangnya.

Ciri-ciri Asas



Thoroughbred Hitam



Sumber:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Thoroughbred
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Bay_(horse)
3. Guru saya : Haji Rusnan Ngadio

Penghargaan:

1. Isteri dan anak : Zura Ghozali , 'Ukasyah
2. Teman seperguruan saya : Ustaz Hafiz Al-Faras, Ustaz Khairuddin, Bro. Azam
3. Senior saya : Robby, Nhopy
4. Junior saya : Muzaffar

Tuesday, April 9, 2013

Kasih Sayang (kuda)


Assalamualikum warahmatullah

Kasih sayang adalah satu anugerah yang maha hebat dianugerahkan kepada setiap makhluk Allah taala di bumi dan di langit, dengan asbab kasih sayang inilah wujud kecenderungan kuat semua makhluk untuk hidup bahagia dan aman damai didunia dan diakhirat, kisah tentang kasih sayang adalah suatu kisah yang sangat berpengaruh untuk membentuk kecenderungan yang tinggi dalam mencipta ragam kehidupan yang harmoni dan indah. Kerana kasih sayang kaitannya tentulah dengan pengaruh emosi yang kuat untuk melihat keamanan, kecintaan, keharmonian, dan kemunikasi yang lebih jelas, dengan kasih sayang juga manusia dan haiwan dapat hidup dengan lebih baik, dengan kasih sayang jugalah wujud kerjasama yang jitu antara makhluk-makhluk Allah taala.

Begitu juga bila kita ingin mendekati makhluk agung bernama kuda ini, ikatan persahabatan dan kasih sayang yang erat perlu diwujudkan untuk kita menguasai komunikasi yang jelas dengan kuda, kita tidak perlu hairan atau pelik dengan kaitan ini, kerana ia memang wujud dalam diri setiap makhluk. Anda tentunya pernah mendengar tentang ayat ini " tak kenal maka yak cinta", ayat ini cukup jelas menggambarkan ketakutan kita dengan sesuatu yang kita tidak kenali, kerana kita tidak cuba untuk lebih mengenali, maka wujudlah berbagai prasangka yang membuatkan anda terus menjauhi, dan kewujudan kasih sayang itu terus hilang dalam diri anda untuk sesuatu yang patut anda dekati dan kenali, saya bercakap tentang realiti dan pandangan bersahaja ramai orang tentang hal ini, tentulah ia berkaitan dengan kuda, sehingga hari ini kuda dipinggirkan dari kehidupan masyarajat manusia. Kerana apa, kerana tidak cuba mengenali dan mencintai, beberapa kali saya cuba jelaskan perkaitan antara kuda dan manusia sememangnya sangat akrab, kerana komuniti manusia dan kuda sudah hidup bersama sejak zaman berzaman, sehinggalah kita dimomokkan dengan kemewahan dan keperluan wanga ringgit yang banyak untuk menjadikan kuda sebahagian dari kehidupan kita.

Sememangnya anda tidak pernah mencuba, dan anda juga tidak pernah mencari, sebab itulah anda meminggirkan dan dipinggirkan, saya bukan bercakap tentang harimau atau singa untuk anda jinakkan, walaupun hari ini dengan kasih sayang ia telah dibuktikan dapat hidup dalam kelompok manusia, ini hanyalah tentang binatang jinak bernama kuda, ubah corak pemikiran anda, kuda tidaklah binatang yang suka menendang, kuda bukanlah binatang yang suka menggigit.
Pernahkah sehingga hari ini anda mendekati seekor kuda dan membelainya dengan penuh kasih sayang, memberinya satu ciuman dan bercakap dengannya seolah-olah ia memahami, dan saya yakin ia memang memahami.

Saya suka untuk bagi satu contoh yang berlaku kepada seorang pemilik kuda, setelah memelihara kudanya selama dua minggu, kudanya mati, sedangkan ia sudah cukup ilmu untuk memiliki kuda dan menjaganya, kenapa kudanya boleh mati, bila kami menyiasat, kami mendapati bahawa kudanya itu kekurangan kasih sayang dari pemiliknya, kerana pemiliknya hanya menyuruh penjaganya sahaja yang mengawasi kuda tersebut, dan dia tidak ambil tahu, jauh sekali untuk memberikan belaian,. Terkejut bukan, dan mungkin saat ini anda rasakan tidak logik, saya ketengahkan cerita seumpama ini sebagai titik permulaan untuk anda keluar dari logik sempit otak anda sendiri, saya gambarkan seolah-olah kuda itu berkata "buat apa lagi untuk aku hidup, sedangkan tuanku tidak kisah tentang kewujudanku, seola-olah aku ini tidak berguna". Kelakarkan bunyinya, tapi inilah yang sebenarnya berlaku, saya tahu kerana saya ada kuda, dan saya faham akan bahasa komunikasinya kerana sudah terlalu terbiasa dengannya, mungkin juga anda harus cuba untuk sampai ketahap ini, dan tinggalkan kesilapan anda, bagi saya memiliki kuda adalah satu keperluan dalam hidup manusia.

Saya cuba gambarkan kehidupan masyarakat di Amerika, kerana Amerika adalah sebuah negara yang direkodkan sebagai memiliki kuda yang terbanyak didunia, lebih kurang dalam 10 juta ekor, dan Malaysia langsung tidak tersenarai, kita boleh jadikn kehidupan mereka sebagai contoh yang baik, boleh dikatakan setiap sebuah rumah akan memiliki sekurang-kurangnya seekor kuda, dan kuda itu akan diuruskan sendiri oleh keluarga mereka, tentunya anak-anak mereka yang diutamakan, bermula dari membersihkan tahi sehinggalah memandikan dan memahami habitatnya dengan jelas, ini menjadikan kehidupan anak-anak mereka lebih berdisiplin dan hebat. Kerana apa, saat kita cuba untuk mengusai kuda kita perlu untuk ubah diri kita supaya sama dengan naluri kuda, sebagai contoh kuda tidak akan bergerak kalau tidak ada ketegasan ketika kita menunggangnya, jadi kita perlu lahirkan naluri yang tegas untuk menggerakkannya, bukan buat-buat tegas ye, kerana kuda pasti dapat mengesan kelemahan yang wujud dalam hati kita.

Apabila naluri tegas itu diwujudkan, maka ia memang akan jadi sebahagian dari tingkah laku kita, maka wujudlah satu kehidupan yang tegas dalam diri manusia bila dia selalu bersama kudanya

Saya teruja untuk kongsikan tentang ini, dan saya harap semua orang khususnya orang islam supaya menyedari hal ini dan cuba untuk mengubahnya, supaya kita dapat manfaat yang banyak dan besar dalam membina jati diri yang hebat dimasa akan datang, sekian dulu dari saya, insyaAllah kami disini akan kongsikan pelbagai keajaiban lagi tentang kuda kepada anda, sehingga anda nekad untuk miliki seekor kuda untuk keluarga anda,...

-Al Faras-

KANDANG YANG KUDA NAK KALAU DIA BOLEH MINTA

Assalamualikum warahmatullahi taala wabarakatuh,..



 Kandang kuda adalah tempat kediaman untuk kuda, bukan untuk manusia. Jadi anda tidak perlu untuk menyediakan sebuah kandang seperti rumah manusia kepada seekor kuda, kerana kuda tidak akan selesa diperlakukan sedemikian, cara yang terbaik adalah cukup sekadar memberi keselesaan kepada kuda untuk hidup didalam kandang, kerana kuda itu asal habitatnya adalah liar. Persoalannya ialah bagaimanakah menyediakan kandang yang selesa lagi baik untuk kuda kesayangan anda, saya perhatikan ramai daripada pemilik kuda kurang sensitif dengan keadaan kandang kuda mereka, bagi mereka kandang kuda hanyalah tempat untuk kuda, dan mereka tidak ambil kira keselesaan dan kebaikan untuk kuda, sehinggalah kuda mereka dibentuk dengan cara yang kotor dan tidak berdisiplin. Asas pada pemikiran jenis ini ialah kerana mereka merasakan diri mereka lebih baik dari kuda, dan tentulah merekapun tidak berdisiplin, saya cadangkan untuk orang sebegini supaya jangan pelihara kuda.

Panduan kandang yang selesa untuk kuda (bukan anda) :

1) Kuda adalah seekor binatang yang besar, jadi menyediakan kandang yang luas untuk kuda adalah perlu, luas kandang kuda adalah mengikut saiz kuda, semakin besar kuda semakin luas kandangnya, ini khusus hanya kepada kuda yang jinak dan tidak agresif sahaja, kalau kuda yang jenis agresif disarankan untuk dikandangkan dalam kandang yang sempit, supaya memudahkan kita untuk jinakkannya, semakin luas tempat untuk seekor kuda yang agresif, semakin susah untuk dijinakkan. dicadangkan 15kaki lebar dan 15 kaki panjang untuk kuda yang jinak, untuk kuda yang agresif guna formula ni, semakin sempit kandang, semakin mudah ia dijinakkan.

2) Menyediakan kandang yang sentiasa kering, selain dari mengelakkan kuku kuda dari rosak, ia juga membantu kuda untuk berada dalam keadaan yang selesa, kerana kuda bukanlah ikan, seperti kita juga yang perlukan tempat yang kering untuk berehat, begitu jugalah dengan kuda. Untuk memastikan kandang kuda sentiasa kering dan selesa, gunakan habuk kayu yang anda boleh dapati dikilang-kilang kayu berhampiran rumah anda. Ramai orang silap kerana membiarkan kuda berada diatas pasir atau tanah sahaja, ini menyebabkan kuku kuda rosak dan mendatangkan penyakit pada kuku.

3) Pengudaraan yang baik dan bersih sangat penting bagi mereka yang ingin mengandangkan kuda, kerana aliran udara yang baik akan menjamin kesihatan kuda selain dari mengelakkan kuda dari stress, bukan saya bermaksud tidak perlu ada bumbung dan dinding, tapi cukup hanya pastikan kandang lebih terbuka untuk pengaliran udara yang bersih dan baik, ini juga membantu kandang kuda menjadi kering sentiasa.

4) Habuk kayu sangat penting untuk diletakkan dikandang kuda, kerana ia murah dan bersifat fiber, habuk kayu sangat lembut, mudah halus dan tidak mencederakan, dengan habuk kayu kandang mudah kering dan juga mudah untuk dibersihkan, selain itu juga habuk kayu adalah hamparan yang selesa untuk kuda.

5) Pastikan setiap sudut kandang kuda tiada tempat yang tajam dan boleh mendatangkan kecederaan, kerana kuda adalah seekor binatang, kuda tidak hanya akan diam dalam satu-satu sudut dikandang, kuda akan bergerak bebas dikandang, dikhuatirkan kuda akan tercera ketika melakukan pergerakan dikandang maka anda mesti pastikan setiap sudut dalam kandang tiada bucu yang tajam, tabiat kuda juga adalah suka bergesel-gesel pada dinding kandang dan pagar kandang. Sebenarnya  hanya membantu untuk mengurangkan impak keceraan kepada kuda, kerana kuda adalah binatang, risiko tercedera sentiasa ada, semuanya terpulang atas kebijaksanaan pemilik kuda.

 Kandang adalah rumah dan tandas bagi kuda, jadi kandang jugalah tempat kuda mendapat penyakit, untuk mengurangkan risiko penyakit pada kuda, anda hendaklah sentiasa peka dengan keadaan kandang kuda anda, dengan panduan yang diberi In Shaa Allah sangat membantu.
Gmbaran awal kesihatan kuda adalah didalam kandang.

-Al Faras-

Thursday, March 28, 2013

Kesihatan & Penjagaan Kuda

Seperti manusia, kuda juga menghidap penyakit. Antara penyakit yang selalu dihidapi ialah tak lalu makan dan penyakit kurap.

Seperti binatang ternakan lain juga, kalau tak lalu makan ubat yang diberi ialah Vitamin B-Complex. Manakala kurap pula ialah I-Vomax.

Kedua-dua jenis ubat itu ialah cecair dan dimasukkan dengan menggunakan jarum picagari.

Ada 2 jenis cara memasukkan ubat. Ubat yang berjenis vaksin selalunya ialah Veskular, iaitu intervein. Biasanya kawasan leher kuda, ditepuk-tepuk sehingga timbul urat (vein) dan dimasukkan jarum ke dalam urat, ditarik sikit darah, dan langsung dimasukkan ubat hingga cukup dosnya.

Manakala cara memasukkan cecair vitamin atau supplemen, ia hendaklah dimasukkan ke dalam otot (muscular). Contohnya ubat vitamin B-Complex kerana tak lalu makan.

Keperluan makanan kuda ada 3 perkara. Protein, Fiber, dan Mineral. Kekacang ialah sumber protein yang paling banyak. Untuk kos rendah, kita boleh guna hampas soya boleh dibeli dari kilang tempe atau kilang kicap :) Selain soya, pokok petai belalang pun boleh diberikan.

Untuk Fiber, anda boleh beri makan rumput atau sayuran yang hijau. Rerumput selalunya sangat sesuai untuk diet pemakan kuda yang sensitif atau tiada ketahanan usus.

Manakala sumber mineral pula boleh didapati dari sumber air bersih yang dicampur sedikit garam gunung. Walau bagaimanapun, menu diet untuk kuda yang kami kongsi di sini adalah hasil dari pengalaman semata-mata. Sila dapatkan nasihat pakar untuk penerangan lebih terperinci. Wallahu A'lam.

-Berkuda demi Sunnah-

Wednesday, March 27, 2013

Hak Kuda Dalam Kandang

Kandang kuda adalah aset yang sangat penting bagi sesiapa yang ingin memelihara kuda, walaupun pada asal habitat bagi kuda adalah liar kuda tetap dapat sesuaikan diri apabila dikandangkan, dan sebagai binatang yang tidak mempunyai tangan pada fitrahnya, jadi tabiat untuk menggaru atau menggesel-gesel adalah biasa bagi kuda, dan kebiasaannya kuda diluar kandang akan bergesel-gesel dengan apa sahaja yang tidak mencederakan dirinya, sama ada pokok kayu, tanah dan sebagainya,...

Jadi apabila kuda dikandangkan, kuda berada dalam keadaan tiada pilihan, dan hanya menerima apa yang disediakan oleh orang yang mengandangnya, kalau kandang itu menepati fitrah, aspek keselamatan dan keselesaan kuda maka masalah untuk melihat kuda didalam keadaan selesa dan sentiasa baik adalah tidak menjadi masalah walaupun dikandangkan, maksudnya, apabila kuda berada dalam keadaan ingin bergesel-gesel atau gatal, maka dia terpaksa menerima bucu kandang yang tajam atau keadaan yang merbahaya didalam kandang untuk bergesel dan ini akan menyebabkan kecederaan yang mungkin dalam masa yang lama akan mengakibatkan kematian binatang kesayangan kita...

Sebenarnya kita patut teliti dengan aspek keselamatan kuda peliharaan kita, kerana kuda adalah binatang yang sangat melundungi hak keselamatan diri mereka, sifat melindunginya itu tidak sama dengan manusia, kerana kuda lebih memberati dalam aspek keselamatan diri dan anak mereka,...jika terdapat bahaya dihadapan kuda, kuda akan segera bertindak untuk keselamatan, dan mereka cukup sensitif dengan keadaan sekeliling yang melibatkan keselamatan diri mereka, sikap inilah yang menggambarkan kuda adalah seekor binatang yang bijak,...

Untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini kepada kuda anda, anda patut mula belajar dan memahami habitat dan keadaan kuda, dengan cara belajar dan membuat kajian, semoga keselaman kuda kita sentiasa baik,...

Kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk memiliki kandang kuda yang terbaik dan paling jimat, nantikan yang terbaru dari kami.

-AL FARAS-