close
Pergi ke kandungan

Dekatlon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Olahraga
Dekatlon
Dekatlon menggabungkan empat larian, tiga lompatan, dan tiga lemparan.
Rekod lelaki
DuniaKevin Mayer 9126 pts (2018)
OlimpikRoman Šebrle 8893 pts (2004)
Rekod wanita
DuniaAustra Skujytė 8358 pts (2005)

Dekatlon merupakan acara gabungan dalam sukan olahraga yang terdiri daripada sepuluh acara balapan dan padang. Perkataan dekatlon berasal daripada perkataan Yunani, dari δέκα (déka, bermaksud "sepuluh") dan ἄθλος (áthlos, atau ἄθλον, áthlon, bermaksud "pertandingan" atau “hadiah”). Acara dekatlon diadakan selama dua hari berturut-turut dan juaranya ditentukan berdasarkan persembahan dalam kesemua acara. Persembahan dihakimi oleh sistem pungutan mata bagi setiap acara, bukannya berdasarkan kedudukan yang dicapai. Dekatlon dipertandingkan oleh atlet lelaki, manakala atlet wanita biasanya bersaing dalam acara heptatlon.

Secara tradisi, gelaran "Atlet Teragung Dunia" diberikan kepada seseorang yang memenangi dekatlon, oleh itu, atlet teragung dunia sepnjang zaman merupakan pemegang rekod dekatlon (Kevin Mayer setakat September 2018). Gelaran ini mula diberikan apabila Raja Gustav V dari Sweden memberitahu Jim Thorpe, "You, sir, are the world's greatest athlete" selepas Thorpe memenangi dekatlon di Olimpik Stockholm pada 1912. Pemegang rekod dunia dekatlon yang terkini ialah atlet Perancis Kevin Mayer, yang mencatat 9,126 mata di Décastar 2018.

Acara ini dibangunkan daripada pentatlon purba. Pertandingan pentatlon pernah diadakan di Olimpik Yunani purba. Pentatlon melibatkan lima disiplin – lompat jauh, lempar cakera, rejam lembing, pecut dan perlawanan gusti. Diperkenalkan di olimpik ketika 708 BC, pertandingan ini sememangnya terlalu masyhur selama beberapa abad. Pada abad ke-6 BC, pentatlon mula menjadi sebagai sukan keagamaan. Pertandingan sepuluh acara ini dikenali sebagai kejohanan "serba boleh", mirip dengan dekatlon moden, pertama kali dipertandingkan di kejohanan amatur Amerika Syarikat pada 1884 dan mencapai bentuk tekal pada 1890; pertandingan serba boleh ini diadakan di Sukan Olimpik Musim Panas 1904, meskipun diragui sama ada ia menjadi acara Olimpik yang rasmi ketika itu. Dekatlon moden mula tampil dalam program olahraga Olimpik pada temasya 1912 di Stockholm.

Sistem mata

[sunting | sunting sumber]
AcaraABC
Lari 100 m25.4347181.81
Lompat jauh0.143542201.4
Lontar peluru51.391.51.05
Lompat tinggi0.8465751.42
Lari 400 m1.53775821.81
110 m lari berpagar5.7435228.51.92
Lempar cakera12.9141.1
Lombol galah0.27971001.35
Rejam lembing10.1471.08
Lari 1500 m0.037684801.85

Sistem mata IAAF 2001 menggunakan formula berikut:[1]

  • Mata = INT(A(BP)C) untuk acara balapan (masa yang lebih cepat menghasilkan skor yang lebih tinggi)
  • Mata = INT(A(PB)C) untuk acara padang (jarak yang lebih jauh atau ketinggian yang lebih tinggi menghasilkan skor yang lebih tinggi)

A, B dan C merupakan parameter yang berbeza mengikut disiplin, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di sebelah kanan, manakala P merupakan prestasi atlet, yang diukur dalam saat (berlari), meter (melempar), atau sentimeter (melompat).[1]

Jadual dekatlon tidak harus dikelirukan dengan jadual yang disusun oleh Bojidar Spiriev, untuk membenarkan pembandingan kualiti relatif prestasi oleh atlet dalam acara-acara berbeza. Pada jadual ini, sebagi contoh, skor dekatlon sebanyak 9,006 mata bersamaan 1,265 "mata perbandingan", nombor sama bagi lompat kijang sejauh 18 m.[2]

Penanda aras

[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menunjukkan tahap penanda aras yang diperlukan untuk mencapai 1000, 900, 800 dan 700 mata bagi setiap acara.

Acara1,000 pts900 pts800 pts700 ptsUnit
Lari 100 m10.39510.82711.27811.756Saat
Lompat jauh7.767.366.946.51Meter
Lontar peluru18.416.7915.1613.53Meter
Lompat tinggi2.202.101.991.88Meter
Lari 400 m46.1748.1950.3252.58Saat
110 m lari berpagar13.814.5915.41916.29Saat
Lempar cakera56.1751.446.5941.72Meter
Lombol galah5.284.964.634.29Meter
Rejam lembing77.1970.6764.0957.45Meter
Lari 1500 m3:53.794:07.424:21.774:36.96Minit:Saat

Pemegang rekod dunia dekatlon terkini ialah Ashton Eaton, yang mencatat skor 9,045 mata di Kejohanan Dunia IAAF 2015.[3] Rekod itu diperbaiki oleh Kevin Mayer dengan skor 9,126 mata yang diperoleh di Décastar di Talence, Perancis, yang masih menunggu pengesahan daripada IAAF.

Lari 100 m (angin) Lompat jauh (angin) Lontar peluru Lompat tinggi Lari 400 m 110 m lari berpagar (angin) Lempar cakera Lombol galah Rejam lembing Lari 1500 m
10.55 (+0.3 m/s) 7.80 m (+1.2 m/s) 16.00 m 2.05 m 48.42 13.75 (-1.1 m/s) 50.54 m 5.45 m 71.90 m 4:36.11

Rekod terdahulu oleh Ashton Eaton (9,045):

Lari 100 m (angin) Lompat jauh (angin) Lontar peluru Lompat tinggi Lari 400 m 110 m lari berpagar (angin) Lempar cakera Lombol galah Rejam lembing Lari 1500 m
10.23 (-0.4 m/s) 7.88 m (+0.0 m/s) 14.52 m 2.01 m 45.00 WDB 13.69 (-0.2 m/s) 43.34 m 5.20 m 63.63 m 4:17.52
Rekod Skor Atlet Tahun
Dunia9,126 Kevin Mayer (FRA)2018
Junior dunia8,397 Torsten Voss (GDR)1982
Rekod benua
Afrika8,521 Larbi Bourrada (ALG)2016
Asia8,725 Dmitriy Karpov (KAZ)2004
Eropah9,126 Kevin Mayer (FRA)2018
Amerika Utara, Tengah dan Kepulauan Caribbean9,045 Ashton Eaton (USA)2015
Oceania8,490 Jagan Hames (AUS)1998
Amerika Selatan8,393 Carlos Chinin (BRA)2013

Catatan terbaik dekatlon

[sunting | sunting sumber]

Jumlah skor dekatlon untuk semua rekod dunia dalam acara masing-masing akan menjadi 12,560. Jumlah skor dekatlon untuk semua prestasi terbaik yang dicapai semasa dekatlon ialah 10,544. Kolum Perbezaan menunjukkan perbezaan mata antara mata dekatlon yang dianugerahkan kepada rekod dunia terkini individu dan mata yang dianugerahkan rekod dekatlon terkini untuk acara tersebut. Kolum Perbezaan % menunjukkan perbezaan peratusan antara masa, jarak atau ketinggian rekod dunia individu dan rekod dekatlon (selain kemasukan Jumlah, yang menunjukkan perbezaan peratusan antara mata dekatlon yang dianugerahkan). Perbezaan relatif mata lebih tinggi dalam acara melempar berbanding dengan acara berlari dan melompat.

Catatan terbaik dekatlon hanya diiktiraf apabila atlet menyempurnakan pertandingna sepuluh acara dengan skor melebihi 7,000 mata.[4]

Rekod dunia (WR) berbanding dengan catatan terbaik dekatlon (DB)
Acara Jenis Atlet Rekod Skor Perbezaan skor Perbezaan % Tarikh Lokasi Ruj
Lari 100 m
WR  Usain Bolt (JAM)9.58 s1,2021435.9416 Ogos 2009Berlin
DB  Damian Warner (CAN)10.15 s1,05928 Mei 2016Götzis[5][6]
Lompat jauh
WR  Mike Powell (USA)8.95 m1,3121928.0430 Ogos 1991Tokyo
DB  Ashton Eaton (USA)8.23 m1,12022 Jun 2012Eugene[7]
Lontar peluru
WR  Randy Barnes (USA)23.12 m1,29524717.0820 Mei 1990Westwood
DB  Edy Hubacher (SUI)19.17 m1,0485 Oktober 1969Bern
Lompat tinggi
WR  Javier Sotomayor (CUB)2.45 m1,2441837.3527 Julai 1993Salamanca
DB  Rolf Beilschmidt (GDR) &
 Christian Schenk (GDR)
2.27 m1,0611 Oktober 1977
28 September 1988
Jena
Seoul
pending  Derek Drouin (CAN)2.28 m1,0711737 April 2017Montecito[8]
Lari 400 m
WR  Wayde van Niekerk (RSA)43.03 s1,1641044.4814 Ogos 2016Rio de Janeiro[9]
DB  Ashton Eaton (USA)45.00 s1,06028 Ogos 2015Beijing[10]
110 m lari berpagar
WR  Aries Merritt (USA)12.80 s1,135875.007 September 2012Brussels
DB  Damian Warner (CAN)13.44 s1,04823 Julai 2015Toronto[11]
Lempar cakera
WR  Jürgen Schult (GDR)74.08 m1,38339024.586 Jun 1986Neubrandenburg
DB  Bryan Clay (USA)55.87 m99324 Jun 2005Carson
Lombol galah
WR  Renaud Lavillenie (FRA)6.16 m1,2841326.4915 Februari 2014Donetsk
DB  Tim Lobinger (GER)5.76 m1,15216 September 1999Leverkusen
Rejam lembing
WR  Jan Železný (CZE)98.48 m1,33129118.9625 Mei 1996Jena
DB  Peter Blank (GER)79.80 m1,04019 Julai 1992Emmelshausen
Lari 1500 m
WR  Hicham El Guerrouj (MAR)3m 26.00s1,21825515.8714 Julai 1998Rome
DB  Robert Baker (USA)3m 58.70s9633 April 1980Austin
Jumlah Rekod dunia12,5682,02416.11
Catatan terbaik dekatlon10,544
  1. 1 2 IAAF Scoring Tables for Combined Events, p. 24.
  2. IAAF Scoring Tables of Athletics – Outdoor – 2008 Edition Diarkibkan 6 Februari 2009 di Wayback Machine p. 154.
  3. "2015 World Championships Decathlon Results". IAAF. 29 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2018-11-12.
  4. van Kuijen, Hans (12 September 2013). Eaton and Melnychenko lead Talence fields, Lavillenie to make Decathlon debut – IAAF Combined Events Challenge. IAAF. Retrieved on 12 September 2013.
  5. "Warner sets 100 m (10.15) Decathlon World Best in Gotzis". watchathletics.com/. 28 May 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
  6. "100m Heat 6 Results" (PDF). sportresult.com. 28 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Januari 2017. Dicapai pada 28 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. "Ashton Eaton Breaks Decathlon 100 m and Long Jump World Records". www.oregonlive.com. 22 June 2012. Dicapai pada 23 June 2012.
  8. "2017 Sam Adams Combined Events Invitational – Men's High Jump Results". phototiming.com. 7 April 2017. Dicapai pada 9 April 2017.
  9. "Men's 400m Results" (PDF). Rio 2016 official website. 14 August 2016. Dicapai pada 15 August 2016.
  10. "Decathlon – 400 m Results". IAAF. 28 August 2015. Dicapai pada 28 August 2015.
  11. "110m Hurdles Results" (PDF). results.toronto2015.org. 23 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-23. Dicapai pada 25 July 2015.