close
Pergi ke kandungan

Michael Ballack

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Ballack
Maklumat peribadi
Nama penuh Michael Ballack
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 38 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
1983–1995 Chemnitzer FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–1997 Chemnitzer FC II 18 (5)
1995–1997 Chemnitzer FC 49 (10)
1997–1998 1. FC Kaiserslautern II 17 (8)
1997–1999 1. FC Kaiserslautern 46 (4)
1999–2002 Bayer Leverkusen 79 (27)
2002–2006 Bayern Munich 107 (44)
2006–2010 Chelsea 105 (17)
2010–2012 Bayer Leverkusen 35 (2)
Jumlah 456 (117)
Pasukan kebangsaan
1996–1998 Jerman B21 19 (7)
1999–2010 Jerman 98 (42)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Michael Ballack (lahir September 26, 1976) ialah seorang bekas pemain bola sepak Jerman. Beliau dianggap salah satu pemain tengah terhebat di generasinya dan juga secara meluas dianggap salah seorang pemain Jerman paling genius pada eranya.

Dilahirkan di Görlitz, Jerman Timur, Ballack dikenali sebagai seorang pemain yang serba boleh dan sangat teratur, amat sesuai ketika menyerang, mahupun bertahan. Susuk badannya yang tinggi telah memberikannya kelebihan dalam perebutan bola di udara. Beliau menjadi sanjungan ramai ketika peranannya sebagai pemain tengah mewakili Bayer Leverkusen menunjukkan permainan yang berkesan apabila menyerang mahupun bertahan. Perpindahannya ke KBS Bayern Munich di bawah bimbingan Ottmar Hitzfeld dan Felix Magath telah memberikan Ballack peranan baru yang menyaksikannya lebih bertindak dalam peranan pertahanan, berbanding dengan serangan, dengan beliau tidak begitu kerap ke hadapan tetapi sebaliknya menumpukan usahanya pada perlindungan empat orang pemain di belakang serta mengagih-agihkan bola. Bagaimanapun, beliau kekal merupakan seorang pemain tengah petak ke petak kepada pasukan kebangsaan Jerman.

Ballack berupaya bermain dengan kedua-dua kakinya, serta di udara. Ciri-ciri ini telah memberikannya anugerah pemain tahunan Jerman buat tiga kali, iaitu pada tahun 2002, 2003, dan 2005. Beliau kini telah menjadi salah satu ikon sukan Jerman yang utama.

Pada tahun 2004, Ballack dijadikan kapten untuk pasukan kebangsaan Jerman oleh Jürgen Klinsmann, jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu. Joachim Löw, ketua jurulatih Jerman yang terkini, telah menunjukkan bahawa beliau akan mengekalkan Ballack sebagai kapten. Ballack telah memakai baju nombor 13 untuk setiap kelab yang pernah beliau main, termasuk juga pasukan kebangsaan Jerman. Beliau telah dimasukkan ke dalam FIFA 100.

Ballack dan pasangannya, Simone Lambe, mempunyai tiga orang anak, iaitu: Louis, (lahir pada 16 Ogos 2001), Emilio (19 September 2002) dan Jordi (17 Mac 2005). [1]

  1. "Data Peribadi". www.michael-ballack.com. Dicapai pada 5 Oktober 2006.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Oliver Kahn
Kapten Jerman
2004–2010
Diikuti oleh:
Philipp Lahm