MHPArena
| Nama silam | Stuttgarter Kampfbahn (1929–1933) Adolf-Hitler-Kampfbahn (1933–1945) Century Stadium (1945–1949) Neckarstadion (1949–1993) Gottlieb-Daimler-Stadion (1993–2008) Mercedes-Benz Arena (2008–2023)[1] |
|---|---|
| Alamat | Mercedesstraße 87, 70372 |
| Lokasi | Stuttgart, Baden-Württemberg, Jerman |
| Koordinat | 48°47′32″U 9°13′55″T / 48.79222°U 9.23194°T |
| Pemilik | Stadion NeckarPark GmbH & Co. KG |
| Pentadbir | VfB Stuttgart Arena Betriebs GmbH |
| Kapasiti | 60,058 (perlawanan liga), 54,812 (perlawanan antarabangsa)[2] |
| Rekod kehadiran | 97,553 (Jerman vs. Switzerland, 22 November 1950) |
| Saiz Padang | 105 m × 68 m (344 ka × 223 ka) |
| Permukaan | Rumput asli |
| Pembinaan | |
| Dibina | 1929–1933[1] |
| Dibuka | 23 July 1933 |
| Pengubahsuaian | 1949–1951, 1999–2003, 2004–2005 |
| Diperluas | 1993, 2009–2011, 2022–2024 |
| Kos pembinaan | 2.3 juta RM (1929–1933) €58 juta (2004–2005)[3] €63.5 juta (2009–2011)[4] €139.5 juta (2022–2024)[5] |
| Arkitek | Paul Bonatz/Friedrich Scholer (1929–1933) 'asp' Architekten Stuttgart (2004–2005, 2009–2011, 2022–2024) |
| Tuan rumah | |
| VfB Stuttgart (1933–kini) Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman (perlawanan terpilih) | |
| Laman sesawang | |
| www | |
Neckarstadion, dikenali secara rasmi sebagai MHPArena atas sebab penajaan, ia merupakan sebuah stadium yang terletak di Stuttgart, Baden-Württemberg, Jerman, dan menjadi gelanggang rasmi kelab Bundesliga, VfB Stuttgart. Stadium ini pernah menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak dalam Piala Dunia FIFA 1974, UEFA Euro 1988, Piala Dunia FIFA 2006, serta UEFA Euro 2024.
Selain itu, stadium ini juga menjadi lokasi bagi perlawanan Final Piala Eropah 1959, perlawanan ulangan Final Piala Pemenang Piala Eropah 1962, Final Piala Eropah 1988, serta perlawanan kedua Final Piala UEFA 1989. Stadium ini merupakan satu-satunya venue di Eropah yang pernah menganjurkan pelbagai perlawanan akhir bagi Piala Dunia, Kejohanan Eropah dan Piala Eropah/Liga Juara-Juara.
Stadium ini turut menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Eropah 1986 dan Kejohanan Olahraga Dunia 1993 sebelum ia dinaik taraf menjadi stadium khusus bola sepak pada tahun 2009.
Sebelum tahun 1993, stadium ini dikenali sebagai Neckarstadion ([ˈnɛkaʁˌʃtaːdi̯ɔn]), sempena sungai berdekatan iaitu Sungai Neckar. Antara tahun 1993 hingga Julai 2008, ia dinamakan Gottlieb-Daimler-Stadion. Pada awal musim 2008–09, stadium ini dinamakan semula sebagai Mercedes-Benz Arena, bermula dengan perlawanan persahabatan pramusim menentang Arsenal pada 30 Julai 2008.[6] Pada 1 Julai 2023, stadium ini sekali lagi dinamakan semula sebagai MHPArena.[7][8]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "Das Stuttgarter Stadion im Wandel der Zeit". stuttgarter-nachrichten.de (dalam bahasa Jerman). Stuttgarter Nachrichten. 28 June 2023. Dicapai pada 23 December 2023.
- ↑ "Extensive refurbishment work completed: MHP Arena Stuttgart shines in new splendor" (PDF). mhp.com. MHP Management- und IT-Beratung. 17 April 2024. Dicapai pada 9 May 2024.
- ↑ Gottlieb-Daimler-Stadion Fußball-Weltmeisterschaft 2006. Diarkibkan 18 Julai 2011 di Wayback Machine. ASP Architekten Arat.
- ↑ Mercedes-Benz Arena Stuttgart. Diarkibkan 18 Julai 2011 di Wayback Machine. ASP Architekten Arat.
- ↑ "Die MHP Arena: "Leuchtturmprojekt" und Top-Location mit exklusivem Tunnelclub". stuttgart.de (dalam bahasa Jerman). 15 April 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2024. Dicapai pada 10 May 2024.
- ↑ Arsenal: Friendly against VfB Stuttgart announced Diarkibkan 18 November 2015 di Wayback Machine
- ↑ "Porsche, MHP and VfB Stuttgart AG sign position paper". porsche.com. Porsche. 27 June 2023. Dicapai pada 1 July 2023.
- ↑ "Alliance of global brands for VfB". vfb.de. VfB Stuttgart. 27 June 2023. Dicapai pada 27 June 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Didahului oleh Stadium Heysel Brussels |
Final Piala Eropah 1959 |
Diikuti oleh: Hampden Park Glasgow |
| Didahului oleh Praterstadion Vienna |
Final Piala Eropah 1988 |
Diikuti oleh: Camp Nou Barcelona |
| Didahului oleh Stadium Nasional Tokyo |
Venua utama Kejohanan Olahraga Dunia [1993 |
Diikuti oleh: Ullevi Gothenburg |
| Didahului oleh De Kuip De Grolsch Veste |
Final Liga Negara-Negara UEFA 2025 bersama Allianz Arena |
Diikuti oleh: Akan ditentukan |