Signal Iduna Park
| Westfalenstadion BVB Stadion Dortmund (pertandingan UEFA) | |
| Nama penuh | Signal Iduna Park |
|---|---|
| Nama silam | Westfalenstadion Stadium Piala Dunia FIFA Dortmund (Piala Dunia FIFA 2006) |
| Alamat | Strobelallee 50 |
| Lokasi | Dortmund, Nordrhein-Westfalen, Jerman |
| Pemilik | Borussia Dortmund GmbH & Co. KGa[1] |
| Pentadbir | Borussia Dortmund GmbH & Co. KGa[perlu rujukan] |
| Suite Eksekutif | 11[perlu rujukan] |
| Kapasiti | 81,365 (perlawanan domestik),[2] 66,099 (perlawanan antarabangsa)[3] Sejarah kapasiti
|
| Rekod kehadiran | 83,000 |
| Saiz Padang | 105 kali 68 m (344 kali 223 ka) |
| Permukaan | Rumput hibrid |
| Pembinaan | |
| Dibina | 1971–1974[5] |
| Dibuka | 2 April 1974[5] |
| Pengubahsuaian | 1992, 1995–99, 2002–03, 2006[perlu rujukan] |
| Kos pembinaan | DM32.7 juta (1974) kira-kira €200 juta (2006) |
| Arkitek | Planungsgruppe Drahtler[perlu rujukan] |
| Tuan rumah | |
| Borussia Dortmund (1974–kini) Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman (perlawanan terpilih) Borussia Dortmund II (perlawanan terpilih) | |
| Laman sesawang | |
| signal-iduna-park | |
Signal Iduna Park [zɪɡˌnaːl ʔiˈduːna ˌpaʁk][6], atau Westfalenstadion (sebutan Jerman: [vɛstˈfaːlənˌʃtaːdi̯ɔn] ⓘ, har. Stadium Westphalia) ialah stadium bola sepak yang terletak di Dortmund, Nordrhein-Westfalen, Jerman. yang merupakan stadium utama bagi Borussia Dortmund. Stadium ini juga disebut sebagai BVB Stadion Dortmund dalam pertandingan UEFA, nama tersebut berasal daripada bekas wilayah Prusia, Westphalia.
Stadium ini mempunyai kapasiti liga sebanyak 85,365 penonton (berdiri dan duduk) dan kapasiti antarabangsa sebanyak 65,829 (duduk sahaja). Ia merupakan stadium terbesar di Jerman, keenam terbesar di Eropah, dan ketiga terbesar sebagai gelanggang kelab liga utama Eropah selepas Camp Nou dan Stadium Santiago Bernabéu. Ia memegang rekod Eropah bagi purata kehadiran penonton, yang dicatat pada musim 2011–12 dengan hampir 1.37 juta penonton sepanjang 17 perlawanan, dengan purata 80,588 setiap perlawanan. Jualan tiket musim tahunan mencecah 55,000 pada tahun 2015.
Südtribüne (tribun selatan) yang berkapasiti 24,454 merupakan teres terbesar untuk penonton berdiri dalam bola sepak Eropah. Terkenal dengan suasana yang sangat meriah, teres selatan ini digelar "Die Gelbe Wand", yang bermaksud "Tembok Kuning". Borusseum, muzium Borussia Dortmund, terletak di bahagian timur laut stadium.
Stadium ini pernah menjadi tuan rumah perlawanan dalam Piala Dunia FIFA 1974 dan 2006. Ia juga menjadi lokasi perlawanan akhir Piala UEFA 2001. Selain itu, pelbagai perlawanan persahabatan antarabangsa dan kelayakan kejohanan dunia serta Eropah telah berlangsung di sini, termasuk perlawanan dalam pertandingan kelab Eropah.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Systems, eZ. "Borussia Dortmund simplifies group structure / Corporate News / IR News / BVB Aktie". aktie.bvb.de.
- ↑ "Dortmunds Stadionkapazität erhöht sich" (dalam bahasa Jerman). Kicker. 16 July 2015. Dicapai pada 17 July 2015.
- ↑ "SIGNAL IDUNA PARK, Bayern Munich" (dalam bahasa Jerman). stadionwelt.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2015. Dicapai pada 26 July 2015.
- ↑ "30 Jahre Westfalenstadion" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 February 2014. Dicapai pada 2 December 2012.
- 1 2 Hesse, Uli (23 August 2018). Building the Yellow Wall: The Incredible Rise and Cult Appeal of Borussia Dortmund: WINNER OF THE FOOTBALL BOOK OF THE YEAR 2019 (dalam bahasa Inggeris). Orion. ISBN 978-1-4746-0626-4.
- ↑ "BVB spielt bis 2021 im "Signal-Iduna-Park"" [BVB to play until 2021 in "Signal Iduna Park"] (dalam bahasa Jerman). Ruhr Nachrichten. 9 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2012. Dicapai pada 9 May 2012.