Parti Wawasan Negara
Parti Wawasan Negara | |
|---|---|
| Nama Inggeris | National Vision Party |
| Singkatan | WAWASAN |
| Presiden | Hamzah Zainudin |
| Pengerusi | Rais Yatim |
| Setiausaha agung | Saifuddin Abdullah |
| Timbalan Presiden | Tan Lek Khang |
| Naib Presiden | Abdul Rahim Thamby Chik Wan Saifulruddin Wan Jan Leong Kim Soon Mohd Omar Mustapha Ong Huan Cheng Guan |
| Bendahari Agung | Arifin Tobias |
| Ketua Penerangan | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
| Setiausaha Eksekutif | Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof |
| Pengasas | Huan Cheng Guan |
| Diasaskan | 9 Ogos 2009 (PCM) 13 Jun 2026 (WAWASAN) |
| Disahkan | 6 Julai 2026 (WAWASAN) |
| Pecahan | GERAKAN (Huan Cheng Guan, 2009) BERSATU (Hamzah Zainudin, 2026) |
| Didahului oleh | Parti Cinta Malaysia (2009–2026) |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Keanggotaan | 120,000 (2026)[1] |
| Ideologi | Nasionalisme Konservatisme kebangsaan Konservatisme sosial Multiracialisme |
| Kedudukan politik | Haluan kanan tengah |
| Hubungan kebangsaan | Gagasan Sejahtera (GS) (2015–2019) Barisan Nasional (BN) (2019–2026) Perikatan Nasional (PN) (2026–kini) |
| Warna | Merah Biru Putih |
| Slogan | Membina Konsensus Nasional Baru (Forming New National Consensus) |
| Dewan Negara: | 0 / 70
|
| Dewan Rakyat: | 6 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri: | 5 / 611
|
| Simbol pilihan raya | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Wawasan Negara (Jawi: ڤرتي واوسن نݢارا; singkatannya WAWASAN; Inggeris: National Vision Party) ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang berhaluan kanan tengah di Malaysia. Parti politik ini telah diambil alih daripada Parti Cinta Malaysia (Jawi: ڤرتي چينتا مليسيا; singkatannya PCM; Inggeris: Love Malaysia Party) pada 13 Jun 2026 oleh beberapa ahli-ahli parlimen yang menamakan diri mereka "Gerakan Reset Malaysia" yang diketuai oleh Dato' Seri Hamzah Zainudin.[2] Parti Wawasan Negara adalah sebuah parti komponen daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Parti Cinta Malaysia
[sunting | sunting sumber]
Parti Cinta Malaysia (PCM) telah ditubuhkan oleh beberapa tokoh politik dari parti GERAKAN, termasuk bekas naib presiden GERAKAN dan Ahli Parlimen Huan Cheng Guan,[4] dan bekas ahli bebas Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi Ngemah; Gabriel Adit Demong.[5]
Buat pertama kalinya, parti itu bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 2011 menggunakan logo sendiri selepas kelulusan diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagaimanapun, parti itu telah tewas pada satu-satunya kerusinya yang ada, Ngemah, dengan 995 undi kepada Barisan Nasional (BN) dan calon mereka tewas di kerusi lain seperti Simunjan, Balai Ringin, Machan dan Bekenu.
Walaupun kalah, PCM telah bertanding di pelbagai kerusi di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia serta dalam pilihan raya umum Malaysia 2013. Semasa PRU Malaysia ke-13, PCM masih gagal memenangi mana-mana kerusi yang ditandingi calonnya. Tambahan pula, kebanyakan calon mereka kehilangan deposit. Lantaran peristiwa tersebut, parti itu menutup semua pusat khidmatnya di negeri Pulau Pinang.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, PCM menjadi rakan strategik Gagasan Sejahtera (GS). Semua calon mereka sekali lagi tewas di semua kerusi yang ditandinginya dan kehilangan deposit. Akibatnya, parti itu tidak diwakili di Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia.
Huan Cheng Guan juga meletak jawatan daripada Timbalan Presiden PCM dan berhenti daripada politik aktif pada 14 Mei 2018 dalam menunaikan janjinya kerana Lim Guan Eng telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan akan dilantik sebagai Menteri Kewangan.[6]
Reset Malaysia dan rencana awal pengambilalihan dari Parti Keluarga Malaysia (PKM)
[sunting | sunting sumber]Terdapat enam ahli parlimen yang dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuklah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) susulan terdapat krisis perpecahan dalam parti politik tersebut sejak hujung tahun lepas.[7]
Terdapat 19 Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang hadir di Program Reset yang bertempat di Rumah Kelab Persatuan Universiti Malaya (PAUM) pada 14 Februari 2026, termasuklah enam ahli parlimen yang sudah dipecat oleh BERSATU.[8] Program ini diadakan bagi membina "rumah baharu" yang lebih kukuh berbanding struktur politik yang sedia ada, melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara, menyatukan rakyat pelbagai kaum, agama, dan wilayah demi kesejahteraan bersama, mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil dan membaiki perkhidmatan kerajaan. Di samping itu, Datuk Seri Hamzah juga mengisytiharkan bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan "musuh no. 1" beliau.
Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya berkata bahawa perbincangan sebanyak dua kali telah berlaku, Beliau juga menambah bahawa kini usaha bagi membuka laluan terhadap Ketua Pembangkang terbabit memimpin parti terbabit hampir pasti. "Perbincangan sudah diadakan sebanyak dua kali bersama Datuk Seri Hamzah dan ahli Parlimen lain (yang dipecat BERSATU) termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. Perbincangan terbaharu adalah minggu lalu pada Khamis dan boleh dikatakan 90 peratus sudah pasti Hamzah akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia," beliau tambah.
Walau bagaimanapun, proses selepas ini membabitkan persetujuan semua pihak dan isu berkaitan pelantikan perjawatan. Proses ini akan didahului dengan pemilihan parti yang akan diadakan kelak bagi menentukan kedudukan Ahli Parlimen Larut sebagai Presiden parti terbabit. Khairi Jaya juga berkata bahawa "akan ada pemilihan untuk lantik Datuk Seri Hamzah sebagai Presiden dan kita sedang susun perlembagaan parti bagi membolehkan perkara itu direalisasikan."[9]
Pembatalan rancangan awal dan Pengambilalihan Parti Cinta Malaysia
[sunting | sunting sumber]
Meskipun rundingan awal telah mencapai tahap akhir, rancangan pengambilalihan Parti Keluarga Malaysia oleh Hamzah Zainudin akhirnya tidak menjadi kenyataan. Hasrat untuk menggunakan platform penaja tersebut digugurkan sepenuhnya ekoran masalah status pendaftaran parti yang belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), selain bagi mengelakkan kekeliruan jenama dengan gagasan nasional milik bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, Hamzah bersama kumpulan ahli politik serpihan BERSATU beralih strategi dengan mengambil alih entiti Parti Cinta Malaysia yang sedia berdaftar, sebelum menjenamakannya semula sebagai Parti Wawasan Negara pada 13 Jun.
Pada 13 Jun 2026, Hamzah Zainudin semasa di Konvensyen Reset Malaysia 2026 mengumumkan bahawa sebuah parti baharu yang diambil alih daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diberi nama oleh Presiden PAS, Tan Sri Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang iaitu Parti Wawasan Negara.[10]
Parti Sedar Rakyat mendakwa kongres tahunannya pada Februari telah meluluskan pertukaran nama parti kepada Parti Wawasan Rakyat, dan permohonan rasmi telah dihantar kepada RoS pada 8 April. Perkara itu mencetuskan isu pertindihan nama dengan Parti Wawasan Negara yang diumumkan Hamzah Zainudin.[11] RoS mengesahkan permohonan Sedar sedang diteliti, tetapi belum menerima permohonan rasmi bagi Parti Wawasan Negara atau pindaan nama daripada Parti Cinta Malaysia.[12]
Struktur kepimpinan
[sunting | sunting sumber]- Pengerusi:
- Presiden:
- Timbalan Presiden:
- Tan Lek Khang
- Naib Presiden:
- Setiausaha Agung:
- Bendahari Agung:
- Arifin Tobias
- Ketua Penerangan:
- Setiausaha Eksekutif:
- Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof
- Ahli Jawatankuasa Pusat:
- Dzowahir Ab Ghani
- Mohamed Farid Mohamed Zawawi
- Fathul Huzir Ayob
- Azahari Hasan
- Ibrahim Shah Abu Shah
- Suhaimi Mohd Ghazali
- Zulkifli Bujang
- Simon Suresh V. Varunamegam
- Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
- Asmawi Harun
- Abdul Aziz Ismail
- Dayang Saniah Awang Hamid
- Richard Ng Lai Kit
- Mohd Khoushaini Mohd Naim
- Tan Tee Beng
- Tun Fiqa Mohammad
- Phang Horng Woie
- Syed Hassan Syed Ali
- Yunus Nordin
- Muhammad Fadhli Ismail
- Wong Chan Giap
- Hussien Ridzuan Ibrahim Basri
- Bibi Sunita Sakandar Khan
- Richie Huan Xin Yun
- Mohd Hamdan Mohd Sharif
- Hazani Ghazali
- Pengerusi Badan Perhubungan Negeri:
- Johor: Zulkifli Bujang
- Kedah: Abdul Razak Khamis
- Kelantan: Farid Zawawi
- Melaka: Rahim Thamby Chik
- Negeri Sembilan: Badrul Hisham Shaharin
- Pahang: Asmawi Harun
- Pulau Pinang: Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
- Perak: Zainol Fadzi Paharudin
- Perlis: Azahar Hassan
- Sabah: Ariffin Tobias
- Sarawak: Duke Janteng
- Selangor: Suhaimi Ghazali
- Terengganu: Abdul Aziz Ismail
- Wilayah Persekutuan: Afnan Shahruddin
Senarai pemimpin utama
[sunting | sunting sumber]Pengerusi
[sunting | sunting sumber]| No. | Potret | Nama | Tempoh jawatan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| Mula | Akhir | Tahun dan Hari | |||
| 1. | Rais Yatim (lahir 1942) |
21 Jun 2026 | Penyandang | 35 hari | |
Presiden
[sunting | sunting sumber]| No. | Potret | Nama | Tempoh jawatan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| Mula | Akhir | Tahun dan Hari | |||
| 1. | Hamzah Zainudin (lahir 1957) |
21 Jun 2026 | Penyandang | 35 hari | |
Setiausaha Agung
[sunting | sunting sumber]| No. | Potret | Nama | Tempoh jawatan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| Mula | Akhir | Tahun dan Hari | |||
| 1. | Saifuddin Abdullah (lahir 1961) |
21 Jun 2026 | Penyandang | 35 hari | |
Wakil Rakyat
[sunting | sunting sumber]Dewan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Ahli Dewan Rakyat Malaysia
[sunting | sunting sumber]Terdapat 19 Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang hadir di Program Reset yang bertempat di Rumah Kelab Persatuan Universiti Malaya (PAUM) pada 14 Februari 2026.[13] Walau bagaimanapun, hanya 6 ahli Parlimen yang dibuang dari BERSATU dan menyertai WAWASAN secara rasmi.
| Negeri | No. | Kawasan persekutuan | Ahli |
|---|---|---|---|
| P029 | Machang | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal | |
| P042 | Tasek Gelugor | Wan Saiful Wan Jan | |
| P054 | Gerik | Fathul Huzir Ayob | |
| P056 | Larut | Hamzah Zainudin | |
| P061 | Padang Rengas | Azahari Hasan | |
| P082 | Indera Mahkota | Saifuddin Abdullah | |
| Jumlah | Kelantan (1), Pulau Pinang (1), Perak (3), Pahang (1) | ||
Dewan Undangan Negeri
[sunting | sunting sumber]Ahli Dewan Undangan Negeri Malaysia
[sunting | sunting sumber]| Negeri | No. | Kawasan persekutuan | No. | Kawasan negeri | Ahli |
|---|---|---|---|---|---|
| P009 | Alor Setar | N12 | Suka Menanti | Dzowahir Ab Ghani | |
| P011 | Pendang | N19 | Sungai Tiang | Abdul Razak Khamis | |
| P026 | Ketereh | N25 | Kok Lanas | Mohamed Farid Mohamed Zawawi | |
| P073 | Pasir Salak | N49 | Sungai Manik | Zainol Fadzi Paharudin | |
| P139 | Jasin | N24 | Bemban | Mohd Yadzil Yaakub | |
| Jumlah | Kedah (2), Kelantan (1), Perak (1), Melaka (1) | ||||
Pejabat kerajaan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan negeri
[sunting | sunting sumber]Kepimpinan Dewan Undangan Negeri
[sunting | sunting sumber]| Negeri | Portfolio | Penyandang | Kawasan negeri |
|---|---|---|---|
| Timbalan Yang di-Pertua | Abdul Razak Khamis | Sungai Tiang | |
| Timbalan Yang di-Pertua | Mohamed Farid Mohamed Zawawi | Kok Lanas |
Pembangkang
[sunting | sunting sumber]| Negara | Portfolio | Penyandang | Kawasan persekutuan |
|---|---|---|---|
| Ketua Pembangkang | Hamzah Zainudin | Larut |
| Negeri | Portfolio | Penyandang | Kawasan negeri |
|---|---|---|---|
| Ketua Pembangkang | Mohd Yadzil Yaakub | Bemban |
Keputusan pilihan raya umum
[sunting | sunting sumber]| Pilihan raya | Jumlah kerusi dimenangi | Kerusi dipertandingkan | Jumlah undi | Peratusan mengundi | Keputusan pilihan raya | Pemimpin pilihan raya |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013
(PCM) |
0 / 222 |
3 | 2,129 | 0.02% | ▬ 0 kerusi; Tiada perwakilan di Parlimen | Huan Cheng Guan |
| 2018
(PCM) |
0 / 222 |
1 | 502 | 0.00% | ▬ 0 kerusi; Tiada perwakilan di Parlimen (Gagasan Sejahtera) | Huan Cheng Guan |
| 2022
(PCM) |
0 / 222 |
1 | 5,417 | 0.03% | ▬ 0 kerusi; Tiada perwakilan di Parlimen (Friends of BN) | Huan Cheng Guan |
Keputusan pilihan raya negeri
[sunting | sunting sumber]| Pilihan raya negeri | Dewan Undangan Negeri | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Perlis | Kedah | Kelantan | Terengganu | Pulau Pinang | Perak | Pahang | Selangor | Negeri Sembilan | Malacca | Johor | Sabah | Sarawak | Jumlah kerusi menang / Jumlah kerusi yang dipertandingkan | |
| Majoriti 2/3 | 2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 | |
| 2011
(PCM) |
0 / 71 |
0 / 6 | ||||||||||||
| 2013
(PCM) |
0 / 40 |
0 / 3 | ||||||||||||
| 2018
(PCM) |
0 / 40 |
0 / 1 | ||||||||||||
| 2026 | 0 / 36 |
0 / 56 |
||||||||||||
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Dokumen rasmi PCM yang digunakan untuk memohon menyertai PN tular, cetus persoalan apabila surat tersebut ditandatangani Datuk Seri Saifuddin Abdullah sedangkan pertukaran nama parti kepada Parti Wawasan Negara (PWN) masih belum mendapat kelulusan RoS". Facebook Malaysia Gazette. 23 Jun 2026. Dicapai pada 24 Jun 2026.
- ↑ "Ketua Gerakan Reset Malaysia Hamzah Zainudin umum penubuhan Parti Wawasan Negara". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-23.
- ↑ Mokhtar, Ahmad Samsuri (22 Jun 2026). "Kenyataan Media Pengerusi Perikatan Nasional". Facebook. Dicapai pada 23 Jun 2026.
- ↑ "Koh: Departure of Huan and some members will not affect Gerakan". Sun2Surf (dalam bahasa Inggeris). 20 December 2009. Dicapai pada 20 Jun 2026.
- ↑ "Independent Ngemah Assemblyman Joins Parti Cinta Malaysia". Bernama (dalam bahasa Inggeris). 10 December 2009. Dicapai pada 20 Jun 2026.
- ↑ Audrey Dermawan (14 May 2018). "Huan keeps promise to quit active politics". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2026.
- ↑ "17 pemimpin BERSATU dipecat". Berita Harian. Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2026.
- ↑ "19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah". Sinar Harian. Sinar Harian. Dicapai pada 3 Mac 2026.
- ↑ Halid, Suzalina. "Hamzah akan pimpin Parti Keluarga Malaysia". Berita Harian. Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2026.
- ↑ "TERKINI: Hamzah Zainudin tubuhkan Parti Wawasan Negara | Berita Harian". www.bharian.com.my. Dicapai pada 2026-06-13.
- ↑ "Nama 'Wawasan' sudah diambil, parti Sarawak beritahu Hamzah". Free Malaysia Today | FMT. 2026-06-14. Dicapai pada 2026-06-16.
- ↑ BASARUDDIN, AISYAH (2026-06-16). "RoS perjelas status Parti Wawasan Rakyat, Parti Wawasan Negara dan Parti Cinta Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 2026-06-16.
- ↑ "19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah". Sinar Harian. Sinar Harian. Dicapai pada 3 Mac 2026.
- Penubuhan 2026 di Malaysia
- Parti politik di Johor
- Parti politik di Kedah
- Parti politik di Kelantan
- Parti politik di Melaka
- Parti politik di Negeri Sembilan
- Parti politik di Pahang
- Parti politik di Perak
- Parti politik di Perlis
- Parti politik di Pulau Pinang
- Parti politik di Sabah
- Parti politik di Selangor
- Parti politik di Terengganu
- Parti politik di Wilayah Persekutuan
