Parti Demokratik Progresif
Progressive Democratic Party Parti Demokratik Progresif 砂拉越进步民主党 | |
|---|---|
| Nama Malay | Parti Demokratik Progresif |
| Singkatan | PDP |
| Presiden | YB Dato' Seri Tiong King Sing |
| Setiausaha am | YB Dato Anyi Ngau |
| Timbalan Presiden | YB Datuk Henry Harry Jinep |
| Youth Leader | YBrs. Tuan Yiak Chiong Wei |
| Women Leader | YBhg. Cr Wendy Earnest Sadan |
| Pengasas | Datuk Peter Nyarok Entrie |
| Diasaskan | 2002[1] |
| Pecahan |
|
| Ibu pejabat | Lot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak |
| Akhbar | • Suara Sarawak • Utusan Borneo • The Borneo Post • TVS • Berita RTM • Media Prima Berhad (TV3, 8TV, & TV9) • ABC News Australia • SBS Australia • Media GPS (Tiktok rasmi GPS) |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda PDP |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PDP |
| Keanggotaan (2026) | 280,847 |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Berhaluan kanan |
| Hubungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2002–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (rakan gabungan) |
| Warna | Biru Kuning Indigo |
| Slogan | Perjuangan Rakyat, Sarawak Diutamakan (For the People's Struggle, Sarawak First) |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara: | 1 / 70 |
| Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 8 / 82 |
| Simbol pilihan raya | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Demokratik Progresif (Inggeris: Progressive Democratic Party), yang dahulunya dikenali sebagai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), merupakan sebuah parti politik yang berpangkalan di negeri Sarawak, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2002, parti ini diasaskan susulan pembatalan pendaftaran awal Sarawak National Party (SNAP). Parti ini merupakan salah satu parti pengasas dan komponen utama Gabungan Parti Sarawak, gabungan politik yang mentadbir negeri Sarawak.
Sejarah penubuhan
Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.
Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.
Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP. [3][4]
Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Setakat akhir Jun 2026, jumlah keahlian dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) kini mencecah sebanyak 280,847 ahli, sekaligus menjadikan Parti Demokratik Progresif (PDP) sebagai sebuah parti politik tempatan Sarawak yang kedua terbesar selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
Objektif parti
Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah sebuah parti politik demokrasi berhaluan kanan yang mengamalkan prinsip 10 Tonggak Demi Perjuangan PDP yang mesti dikekalkan dan diamalkan sepenuhnya oleh semua ahli parti serta semua pihak majlis tertinggi parti PDP.
10 Tonggak Demi Perjuangan Parti Demokratik Progresif (PDP)
1. Demi Perpaduan dan Keharmonian Rakyat
Mengutamakan penyatuan dan keharmonian semua kaum dan semua agama yang berbeza di Sarawak, sekaligus dapat menghapuskan sepenuhnya amalan diskriminasi kaum dan agama di wilayah ini. Perpaduan dan keharmonian masyarakat juga merangkumi amalan berbudi bahasa, sikap toleransi, hormat menghormati antara satu sama lain, jujur, ikhlas, amanah, berintergriti, berwawasan tinggi, berfikiran matang dan berilmu, serta harmoni dalam semua tindakan.
2. Demi Keamanan Wilayah Sarawak
Memastikan Sarawak sentiasa dalam keadaan yang lebih aman, damai, sejahtera, dan makmur tanpa sebarang gangguan mahupun ancaman yang sangat bahaya dari pihak luar termasuk ancaman dari mana-mana pihak yang mencemarkan dan memburukkan nama baik wilayah Sarawak.
3. Demi Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat
Mengutamakan hal ehwal berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak yang berbeza kaum, agama, jantina, dan juga latar belakang. Ini untuk memastikan tidak ada seorang pun dipinggirkan mahupun ketinggalan dalam mendapatkan dan memberikan pelbagai bantuan serta sokongan penuh dari Kerajaan Sarawak.
4. Demi Kebebasan dan Kepercayaan Rakyat
Sarawak sentiasa mengamalkan hak kebebasan dan kepercayaan rakyat secara menyeluruh, seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan politik, kebebasan media akhbar, radio, televisyen dan media digital, kebebasan tradisi dan adat resam pelbagai kaum, hak asal peribumi bangsa Dayak Sarawak (Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan Penan), hak bangsa Melayu Sarawak dan bangsa Cina Sarawak, hak tanah adat peribumi Sarawak (NCR), hak golongan wanita & golongan belia, hak golongan kurang upaya (OKU), hak golongan kanak-kanak, dan hak golongan warga emas di Sarawak.
5. Demi Kemerdekaan Sarawak
Memastikan wilayah Sarawak terus merdeka dan bebas sepenuhnya daripada sebarang bentuk penjajahan luar wilayah sama ada penjajahan fizikal, penjajahan politik, mahupun penjajahan minda, selaras dengan status penuh Sarawak sebagai sebuah wilayah yang merdeka serta sebagai rakan kongsi yang penting dalam Malaysia.
6. Demi Hak Autonomi dan MA63 Sarawak
Memperjuangkan serta mempertahankan hak-hak autonomi dan kedaulatan penuh wilayah Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak. Ini termasuk hak kewarganegaraan rakyat Sarawak, hak imigresen wilayah Sarawak, hak autonomi pendidikan Sarawak, hak royalti minyak petroleum & gas asli Sarawak, hak autonomi kesihatan Sarawak, hak autonomi kewangan & pelaburan Sarawak, dan hak autonomi pemerintahan kerajaan sendiri Sarawak.
7. Demi Kestabilan Ekonomi dan Pembangunan Wilayah
Sarawak mesti menerapkan konsep ekonomi, kewangan, dan perdagangan yang berasaskan "ekonomi dan kewangan untuk seluruh rakyat Sarawak". Ini termasuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi, pembangunan infrastruktur asas Sarawak, dasar teknologi hijau dan sumber tenaga boleh diperbaharui Sarawak, dasar ekonomi hijau dan inovasi kejuruteraan moden Sarawak, dan kerjasama perdagangan dan ekonomi Sarawak dengan negara-negara maju di seluruh rantau Asia Tenggara, Asia Timur, Australasia (Australia & New Zealand), dan Kesatuan Eropah (European Union (EU)).
8. Demi Kestabilan Pentadbiran Kerajaan Sarawak
Kerajaan Sarawak mesti mengutamakan budaya adil dan saksama dalam penyampaian perkhidmatan awam kerajaan dan separa kerajaan di Sarawak, mengutamakan kestabilan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih cekap, adil, tegas dan berintergriti, memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan penjawat awam negeri Sarawak, serta menghapuskan sepenuhnya sebarang budaya negatif dan tidak sihat dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Sarawak terutamanya membanteras budaya rasuah, salah guna kuasa & pangkat, serta pengubahan wang haram.
9. Demi Kelestarian Alam Sekitar dan Biodiversiti
Kerajaan Sarawak sentiasa fokus sepenuhnya kepada kelestarian dan keseimbangan alam sekitar dan hidupan marin di Sarawak. Ianya merangkumi perlindungan terumbu karang dan hidupan laut perairan Sarawak, perlindungan kawasan hutan rizab semulajadi & kawasan hutan simpan di Sarawak, memelihara khazanah hutan, pergunungan dan perairan Sarawak, memelihara & memulihara semua hidupan liar yang terancam di Sarawak, serta menghapuskan semua kegiatan aktiviti pembalakan haram & aktiviti pembakaran terbuka di Sarawak.
10. Demi Masa Depan Belia dan Wanita Sarawak
Kerajaan Sarawak sentiasa memahami peranan golongan belia dan golongan wanita di Sarawak. Ini kerana mereka adalah aset penting dan sangat berharga untuk pembangunan menyeluruh wilayah Sarawak.
Ini termasuk pemerkasaan ekonomi mikro, kecil & sederhana untuk golongan belia dan golongan wanita, memanfaatkan penggunaan media sosial bagi tujuan promosi dan jualan produk buatan tempatan, melaksanakan sektor pembangunan usahawan untuk golongan belia, serta menggalakkan sektor ekonomi & kewangan digital untuk golongan muda di Sarawak.
Selain itu, pembangunan sukan dan aktiviti riadah harus diutamakan sepenuhnya oleh golongan belia dan golongan wanita di Sarawak. Sukan berpotensi seperti bola sepak, badminton, boling, olahraga, e-sukan (e-sports), sepak takraw, pickleball, tinju, muay thai, bola keranjang (basketball), dan sukan renang adalah merupakan jenis sukan yang mesti difokuskan oleh semua golongan muda di Sarawak.
Sejarah pilihan raya
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.
Pada pilihan raya umum DUN Sarawak 2021, PDP mencatatkan kemenangan mutlak dengan memperoleh 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Organisasi Kepimpinan Parti Demokratik Progresif (2026-2029)
| Jawatan | Nama | Nota |
|---|---|---|
| Presiden | YB Dato' Seri Tiong King Sing | Timbalan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Timbalan Presiden | YB Datuk Henry Harry Jinep | Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Naib Presiden Kanan | YB Datuk Dr. Penguang anak Manggil | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| YB Dato Sri Wong Soon Koh | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
| YB Dato Rolland Duat Jubin | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
| Naib Presiden | Encik Alexander Asing Sadai | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| YB Encik Friday Belik | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
| Tuan Roland Ting Hua Sing | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
| YB Dr. Johnical Rayong Ngipa | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
| YB Encik Baru Bian | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
| Setiausaha Agung | YB Dato Anyi Ngau | Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Timbalan Setiausaha Agung | - | |
| Bendahari Agung | - | |
| Timbalan Bendahari Agung | - | |
| Ketua Penerangan Parti | - | |
| Setiausaha Organisasi (Pilihanraya) | - | |
| Setiausaha Organisasi (Belia & Wanita) | - | |
| Ketua Pemuda PDP Nasional | YBhg. Tuan Yiak Chiong Wei | Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Timbalan Ketua Pemuda PDP | Encik Conrad Inti Robin | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Naib Ketua Pemuda (Kanan) PDP | Tuan Joshua Ting Fu Ying | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Naib Ketua Pemuda PDP | Captain Joseph Emmanuel | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Encik Danny Joseph | ||
| Encik Stanely Jerah | ||
| Tuan Marvelys Michael Dian | ||
| Encik Joannes Jelani | ||
| Setiausaha Pemuda PDP | Encik Deric Hii Hiong Hoe | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Ketua Penerangan Pemuda PDP | Encik Daniel Taha | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Exco Pemuda PDP Nasional | Encik Fredrick Tommy | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| YBhg. Cr. Martin Dinil | ||
| Tuan Cassidy Damian Yong | ||
| YBhg. Cr. Freddy Nyoi Tonik | ||
| Encik Jeffrey Anak Bugis | ||
| Encik Fabian Peter | ||
| Ketua Wanita PDP Nasional | YBhg. Cr Wendy Earnest Sadan | Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Timbalan Ketua Wanita PDP | Puan Liew Muk Moi | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Naib Ketua Wanita (Kanan) PDP | Puan Ngo Siik Mee | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS)Ahli |
| Naib Ketua Wanita PDP | Puan Dius Anak Kusam | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Puan Mampak Anak Mandaw | ||
| YBhg Dr. Cr. Stefanie Evelyn Inte | ||
| YBhg Cr. Roselin Anak Lasek | ||
| Setiausaha Wanita PDP | Puan Yong Ching King | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Bendahari Wanita PDP | - | |
| Penolong Wanita Bendahari PDP | Puan Dominica Lucia Tingang | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Ketua Penerangan Wanita PDP | Puan Hellen Anak Anbi | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Timbalan Ketua Penerangan Wanita PDP | Puan Marthadaria Anak Michael Rigid | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Setiausaha Organisasi Wanita PDP | Puan Law Pick Yung | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Exco Pergerakan Wanita PDP Nasional | Puan Yong King Sing | Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) |
| Puan Susan Supanh Pu'un | ||
| Puan Ida Anak Jais | ||
| Puan Monica Engan | ||
| YBhg Cr. Lau Ngiung Ling | ||
| Puan Siti Zainab Abdullah | ||
Senarai Perwakilan PDP
Dewan Negara
| Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|
| 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pele Peter Tinggom, YB Tuan |
Dewan Rakyat
| Negeri | Bil. | Parlimen | Penyandang | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| P217 | Bintulu | Tiong King Sing, YB Dato' Seri | ||||
| P220 | Baram | Anyi Ngau, YB Dato | ||||
| Jumlah | Sarawak (2) | |||||
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
| No. | DUN | Penyandang | Catatan |
|---|---|---|---|
| N2 | Tasik Biru | YB Datuk Henry @ Harry Anak Jinep | Timbalan Menteri Pengangkutan II |
| N33 | Engkilili | YB Dr. Johnical Rayong Ngipa | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB |
| N39 | Krian | YB Encik Friday Belik | - |
| N48 | Meluan | YB Dato Rolland Duat Jubin | - |
| N52 | Dudong | YB Dato' Seri Tiong King Sing | Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia |
| N53 | Bawang Assan | YB Dato Sri Wong Soon Koh | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB |
| N76 | Marudi | YB Datuk Dr. Penguang Manggil | Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak |
| N81 | Ba'kelalan | YB Encik Baru Bian | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB |
Penyerapan Parti Sarawak Bersatu ke Dalam Parti Demokratik Progresif
Parti Sarawak Bersatu (PSB) ditubuhkan pada 17 Ogos 2014 merupakan parti serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang diketuai oleh mantan Menteri Kewangan 2 Sarawak, Wong Soon Koh. Walau bagaimanapun, PSB kekal sebagai rakan strategik Barisan Nasional dan diberikan enam kerusi pada Pilihan raya negeri Sarawak 2016 dan kesemua calonnya bertanding sebagai ahli langsung BN.
Statistik keahlian
Jumlah keahlian PDP mengikut kawasan DUN Sarawak
| Kawasan DUN | Jumlah keahlian (2026) | Nota / Catatan |
|---|---|---|
| N01 Opar | 3,384 | |
| N02 Tasik Biru | 32,798 | |
| N03 Tanjong Datu | 586 | |
| N04 Pantai Damai | 60 | |
| N09 Padungan | 7,031 | |
| N11 Batu Lintang | 1,617 | |
| N12 Kota Sentosa | 150 | |
| N14 Batu Kawah | 21,842 | |
| N19 Mambong | 10,793 | |
| N20 Tarat | 340 | |
| N25 Simunjan | 4,526 | |
| N30 Balai Ringin | 6,391 | |
| N31 Bukit Begunan | 1,005 | |
| N33 Engkilili | 22,739 | |
| N34 Batang Ai | 10,816 | |
| N39 Krian | 18,730 | |
| N45 Repok | 9,501 | |
| N46 Meradong | 1,096 | |
| N47 Pakan | 13,990 | |
| N48 Meluan | 10,891 | |
| N52 Dudong | 39,588 | |
| N53 Bawang Assan | 13,416 | |
| N65 Belaga | 3,700 | |
| N73 Piasau | 5,310 | |
| N74 Pujut | 9,893 | |
| N75 Senadin | 8,730 | |
| N76 Marudi | 11,959 | |
| N77 Telang Usan | 4,078 | |
| N81 Ba'kelalan | 5,887 | |
| Jumlah keseluruhan | 280,847 | |
Lihat juga
Pautan luar
- Laman Facebook SPDP
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
Rujukan
- ↑ "Parti Demokratik Progresif - Barisan Nasional". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 12 June 2018.
- ↑ Merupakan ideologi terkini Parti Demokratik Progresif (PDP) yang menerapkan fahaman berasaskan perjuangan rakyat Sarawak, mempertahankan hak dan kedaulatan Sarawak, serta mengutamakan penyatuan semua kaum dan agama di Sarawak, sekaligus dapat menghapuskan sebarang pengaruh atau unsur negatif yang dibawa oleh pihak parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia.
- ↑ Sarawak’s Snap deregistered by ROS, 5 Nov 2002, Malaysiakini
- ↑ SNAP to Seek Judicial Review of Deregistration, 26 Nov 2002, New Straits Times
