close
Pergi ke kandungan

Mahdzir Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mahdzir Khalid
SHMS, SSDK (Kedah); DPMP (Perak); BKM (Kedah)
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
Menyandang jawatan
1 Jun 2025[1]
Menteri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
30 Ogos 2021  10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan
Didahului oleh Abdul Latiff Ahmad
Digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Padang Terap
Dalam jawatan
5 Mei 2013  10 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Nasir Zakaria
Digantikan oleh Nurul Amin Hamid
Majoriti4,442 (PRU-13)
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
30 Jun 2018  18 Mac 2023
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal
Digantikan olehWan Rosdy Wan Ismail
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad
Dalam jawatan
12 Mei 2020  30 September 2021
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob (Ogos 2021 - Oktober 2022)
Muhyiddin Yassin (Mac 2020 - Ogos 2021)
Didahului olehAhmad Badri Mohd Zahir
Digantikan olehHasan Ariffin
Menteri Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015  10 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan
Didahului oleh Muhyiddin Yassin
Idris Jusoh
Digantikan oleh Maszlee Malik
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Pedu
Dalam jawatan
21 Mac 2004  3 April 2013
Didahului oleh Wan Jaafar Wan Ahmad
Digantikan oleh Kama Noriah Ibrahim
Menteri Besar Kedah ke-9
Dalam jawatan
28 Disember 2005  8 Mac 2008
SultanSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Didahului oleh Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Digantikan oleh Azizan Abdul Razak
Maklumat peribadi
Lahir (1960-12-15) 15 Disember 1960 (umur 65)
Pokok Sena, Kedah
Parti politik UMNO
Gabungan politik
lain
BN
PasanganDatin Seri Diraja Noraini Abdullah
Ibu bapaChe Dah Yaakob
Khalid Yaakob
KediamanKampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
PekerjaanAhli Politik

Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid (lahir 15 Disember 1960) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan juga mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar (2021-2022), mantan Menteri Pendidikan (2015-2018) dan mantan Menteri Besar Kedah (2005-2008). Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi UMNO Kedah.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (19811982).

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan dengan empat orang anak. Anak sulungnya, Siti Hajar merupakan seorang akauntan di Kuala Lumpur. Anak‑anak beliau yang lainnya adalah Mohd Saddam yang berkerja sebagai juruterbang, Mahd Sallehuddin dan Mahani.

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.[3]

Menteri Besar Kedah (2005-2008)

[sunting | sunting sumber]

Memangku Menteri Besar Kedah

Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato' Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006.

Pelantikan Menteri Besar Kedah

Atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke‑9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Kedah: N8 Pedu.[4][5][6][7][8]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Buang undi Majoriti Keluar
2004 Mahdzir Khalid (UMNO) 7,684 56.26% Wan Jaafar Wan Ahmad (PAS) 5,785 42.36% 13,657 1,899 87.29%
2008 Zamri Yusuf (PKR) 6,047 39.78% Mahdzir Khalid (UMNO) 8,780 57.76% 15,200 2,733 87.53%
2023 Mohd Radzi Md Amin (PN) PAS 14,397 64.21% Mahdzir Khalid (BN)UMNO 8,024 35.79% 22,421 6,373 78.38%
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Undi Majoriti Keluar
2013 Mahdzir Khalid (UMNO) 20,654 55.66% Mohd Nasir Zakaria (PAS) 16,202 43.69% 37,904 4,442 90.33%
2018 Mahdzir Khalid (UMNO) 16,384 42.09% Khairizal Khazali (AMANAH) 7,254 18.64% 38,923 1,099 85.61%
Mohd Azam Abd Aziz (PAS) 15,285 39.27%
2022 Mahdzir Khalid ( BN) UMNO 17,258 35.49% Nurul Amin Hamid (PN) PAS 28,217 58.03% 48,629 10,959 81.31%
Muaz Abdullah (PH) AMANAH 2,702 5.56%
Razali Lebai Salleh (PEJUANG) 452 0.93%

Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.

  1. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mahdzir-khalid-dilantik-pengerusi-keda-baharu
  2. "Waking up to new politics". The Star. Star Publications (Malaysia). 10 March 2008. Dicapai pada 2 May 2010.
  3. "The complete list of Ministers and Deputy Ministers in Najib's new Cabinet". ABN News. 15 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2014. Dicapai pada 23 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 May 2013. Percentage figures based on total turnout, excluding informal votes.
  5. "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 11 March 2017. Results only available from the 2004 election.
  6. "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]