close
Pergi ke kandungan

Aliakbar Gulasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliakbar Gulasan
Ahli Dewan Undangan
bagi Karambunai
Menyandang jawatan
29 November 2025
Didahului oleh Yakub Khan
Majoriti365 (2025)
Pengerusi
Lembaga Koko Malaysia
Dalam jawatan
1 Julai 2020  30 September 2021
Perdana Menteri
Menteri
Didahului olehAnyi Ngau
Digantikan olehRahimah Majid
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
ADUN Lantikan
Dalam jawatan
8 Oktober 2020  14 November 2025
Maklumat peribadi
Lahir (1971-02-08) 8 Februari 1971 (umur 55)
Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah
Parti politik PAS
PasanganDatin Rohayati Bilmahruf
Ibu bapa
  • Gulasan Mushall Khan (bapa)
  • Ruhujah Musturullah (ibu)
KediamanSabah Sabah
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli Akademik

Aliakbar bin Gulasan (Jawi: علي أكبر بن ڬولاسن) (lahir 8 Februari 1971) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dusun-Bajau-Pakistan. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Karambunai Dewan Undangan Negeri Sabah. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Aliakbar dilahirkan di Kampung Kota Ayangan Keningau dan seterusnya menetap di Tenom, Sabah. Beliau anak keempat daripada lapan beradik. Ayah beliau, Gulasan bin Mushall Khan, awalnya bekerja sebagai pemandu kereta penumpang menggunakan kereta Land Rover (Tenom-Keningau). Ayahnya juga mempunyai tanah getah dan koko. Selepas itu, ayahnya juga menjadi pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom. Emak beliau, Ruhujah binti Musturullah pula bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa[1].

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Anthony Tenom bermula 1978 sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Anthony Tenom dari Tingkatan 1 hingga 5 (1983-1987). Kemudian beliau meneruskan persekolahan dalam Tingkatan Enam di SMK Gunsanad Keningau (1988-1989).

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Geografi. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga lulus Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar pada 1995 dan kemudian meneruskan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Geografi Bandar pada 2009[1].

Selepas berjaya menamatkan pengajian di UKM pada 1995, beliau diterima berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak November 1996. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia ejak 1 Julai 2020[1]. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2].

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2025, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N16 Karambunai dengan majoriti 365 undi, menewaskan sepuluh calon lain dalam pertandingan sebelas penjuru. Kemenangan tersebut menjadikan beliau wakil rakyat PAS pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri Sabah serta kerusi pertama Perikatan Nasional yang dimenangi dalam PRN berkenaan.[3]

  1. 1 2 3 Utusan Borneo (15 Ogos 2020). "Dr Aliakbar Gulasan, membesar bersama koko". PressReader.
  2. Nur Fazlizai Ali (November 7, 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
  3. Ishak, Mahani (2025-11-29). "PRN Sabah: Aliakbar menang majoriti 371 undi, ucap terima kasih kepada pengundi Karambunai". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-01.
  4. "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2024" (PDF). www.sabah.gov.my.
  5. Sandra Sokial (4 October 2024). "Sarawak Premier heads Sabah TYT's Awards list". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2024. Dicapai pada 27 November 2024.
  6. "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2021" (PDF). www.sabah.gov.my.