close
Pergi ke kandungan

Husain Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Dato' Haji
Husain Awang
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
15 September 2021  14 September 2024
PenggalKedua
Digantikan olehChe Alias Hamid
Dalam jawatan
17 Julai 2018  16 Julai 2021
PenggalPertama
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Menyandang jawatan
2017
Didahului olehSatiful Bahari Mamat
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
19992004
Didahului oleh Abdul Rahman Mohd
Digantikan oleh Che Mat Jusoh
Maklumat peribadi
Lahir (1946-08-10) 10 Ogos 1946 (umur 79)
Besut, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanTerengganu Terengganu
PekerjaanAhli politik, Pendakwah

Husain bin Awang (lahir 10 Ogos 1946) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili DUN Terengganu selama dua penggal (2018-2021 dan 2021-2024) dan mantan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu (1999-2004). Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu (2025-2027).[1] serta Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat yang dilantik sejak 2013 sehingga sekarang.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Besut Terengganu pada 10 Ogos 1946 dan mempunyai 10 orang cahaya mata dari seorang isteri, To' Puan Hajjah Meliah Muhammad. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh Besut dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (Atas)  Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu[2]. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu dan Kolej Islam Kelang[2].

Keputusan Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[3]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 N04 Hulu Besut Husain Awang (PAS) 2,701 44.18% Daud Abu Bakar (UMNO) 3,412 55.82% 6,399 711 83.14%
1990 N01 Kuala Besut Husain Awang (PAS) 3,502 48.19% Wan Zakaria Abd Rahman (UMNO) 3,704 51.81% 7,637 202 85.79%
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 P034 Setiu Husain Awang (PAS) 13,155 42.27% Tengku Mahmud Tengku Mansor (UMNO) 17,963 57.73% 32,415 4,808 82.79%
2008 P033 Besut Husain Awang (PAS) 18,786 39.01% Abdullah Md Zin (UMNO) 29,376 60.99% 49,303 10,590 84.49%

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  • Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) – Dato' (2002)
  1. http://dun.terengganu.gov.my/index.php/2015-10-17-08-54-40/yang-dipertua-dewan-undangan-negeri
  2. 1 2 https://buletinonline.net/v7/index.php/dato-haji-husain-awang-senator-baharu/
  3. "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.